Shaman Girl

Shaman Girl & Vampire Boy (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

"Pagi yang gelap kini sudah terang, aku vampire dan engkau manusia,,ku tak kan pernah makan kamu oh yeah~~"Kris bernyanyi riang sambil menggoreng telur dalam kuali. Masuk hari ini sudah dua bulan dia tinggal di kawasan kejiranan yang penuh dengan manusia.. Ya,manusia. Manusia yang merupakan salah satu makanan kaum vampire. Makanan yang paling sedap selepas darah haiwan.. Tapi jangan risau,walaupun Kris adalah vampire tapi dia tidak pernah minum darah manusia. Mungkin kerana dia juga adalah manusia.. Lagi tepat,dia adalah makhluk kacukan vampire dan manusia. Yeah.

 

Selepas selesai bersarapan, Kris keluar ke bandar. Dia mahu mencari kerja daripada duduk tanam anggur di rumah. Dua hari lepas dia baru sahaja selesai menduduki peperiksaan akhir universitinya. Choi kau ingat vampire tak boleh masuk dan belajar kat universiti ke? Heh,boleh je asalkan reti sembunyikan identiti sebagai vampire.

 

"Hei Kris! Kau buat apa kat sini?"

 

Kris yang baru saja ingin melangkah masuk ke dalam sebuah kafe berpaling ke belakang.

 

"Ohohoi, Minhyuk! Aku tengah cari kerja,bosan kot duduk rumah masa cuti ni."balas Kris sambil memeluk sahabatnya, Minhyuk. Lelaki itu merupakan kawan baiknya di universiti.

 

"La yeke? Okey tapi sebelum kau pergi minta kerja apa kata kita pergi minum-minum dulu? Aku tengah sedih ni.."

 

Kris memandang wajah Minhyuk yang tiba-tiba monyok. Hmm..boleh sedih jugak rupanya mamat ni. Aku ingatkan 24jam dia ceria macam astro ceria,bebel si Kris dalam hati. Disebabkan Minhyuk nampak teramatlah sedih, Kris pun bersetuju untuk menemani sahabatnya itu minum. Mereka berdua masuk ke dalam kafe berhampiran.

 

"Mengapakah tuan hamba bermuram durja wahai sahabatku Minhyuk?"Kris sudah mula buat drama zaman kesultanan Melayu Melaka. Mentang-mentanglah dia dan Minhyuk masing-masing ambil subjek sastera.

 

"Hamba..baru sahaja putus cinta. Uwaaaahh!"terus saja lelaki itu menangis sambil memekup mukanya dengan tangan.

 

Kris menggaru kepalanya. Putus cinta lagi? Ni dah masuk kali ke sepuluh.. Alahai macam mana aku nak pujuk manusia yang putus cinta ni? Aku sendiri pun tak pernah pujuk orang.

 

"Woi,janganlah menangis.. Lelaki mana boleh menangis,nanti tak macho,"pujuk Kris sambil menepuk bahu sahabatnya. Digagahkan juga pujuk lelaki itu kerana ada mata-mata nakal yang sedang melihat kelakuan mereka berdua sambil berbisik-bisik. Mengumpat ler tu!

 

"Kesian lelaki tu.. Menangis sebab kena reject dengan lelaki di depan dia tu."

 

"Yelah.. Tak cukup kacak lagi ke dia tu sampai nak reject bagai? Memang gay macam tu agaknya.."

 

Ish orang perempuan ni memang mengumpat je kerjanya..,bisik Kris dalam hati.

 

"Tuan hamba cakap senanglah.. Tuan hamba tak tau macam mana rasanya dikhianati oleh perempuan yang dicintai.. Hamba ini,sudah tiga bulan menyulam cinta dengan si dia..tup tup si dia curang! Huwaaaa!"

 

"Ler Minhyuk, udah-udah ler nangis. Malulah orang kat kafe tengok.. Okey..err buat apa kau ingat kat perempuan tu lagi? Kau lupakan je dia tu dan cari cinta baru."

 

Minhyuk sambil menangis sambil bercakap,"Dimana kan ku cari ganti serupa dengannya,Kris.."

 

"Kau ni..belum cuba belum tahu.. Kau carilah cinta baru,mana tahu perempuan yang bakal kau jumpa ni lagi baik dari bekas kekasih kau yang curang tu?"

 

"Kau selalu cakap macam tu masa aku putus cinta dulu tapi perempuan yang aku jumpa semuanya akan tinggalkan aku! Kenapa aku ni malang sangat? Ah..nak bunuh dirilah kalau macam ni.."

 

Kris memegang tangan Minhyuk dengan muka seriusnya. "Janganlah bunuh diri..hutang aku pun kau belum bayar lagi. Jadi,sebelum kau nak bunuh diri tu ada baiknya kau bayar hutang aku dulu."

 

Minhyuk merengus kasar."Ciss,aku ingat kau nak pujuk aku? Apa punya kawan!"

 

"Apa punya kawan? Kau la yang `apa punya kawan´ tu! Kau nak bunuh diri hanya sebab putus cinta? Kau tahu tak itu semua perbuatan bodoh? Minhyuk,aku dah cakap banyak kali kat kau.. Bunga bukan sekuntum. Cuba kau tengok kat kedai bunga..ada ke diorang jual bunga sekuntum? Takda kan? Jadi aku nasihatkan kau carilah perempuan lain. Kau tu kacak,mesti ramai perempuan yang nakkan kau."kaw-kaw Kris bagi nasihat. Entah si Minhyuk faham ke tidak sebab kadangkala Minhyuk ni boleh tahan blur juga orangnya.

 

Minhyuk tunduk memandang lantai sambil mengesat air matanya. Memang lelaki ini mudah memgalirkan air mata..mungkin kerana dia sering menonton filem hindustan yang sedih-sedih. Dia tengok pun sebab ibunya yang minat.

 

"Betul cakap kau Kris.. Bunga bukan sekuntum.."

Selepas puas memujuk Minhyuk yang sedang patah hati, Kris membatalkan niatnya untuk mencari kerja. Dia ke taman untuk tenangkan fikiran. Macamlah dia fikir kuat sangat sampai nak tenangkan fikiran bagai..lulzz' Lelaki itu berbaring di atas hamparan rumpit menghijau di satu sudut taman. Tempat dia berbaring sekarang memang agak tersorok dari pandangan orang ramai. Sambil berbaring Kris memikirkan hal putus cinta yang dialami Minhyuk tadi. Hmm..Agaknya kenapalah manusia suka sangat jatuh cinta? Bila dah jatuh cinta akhirnya putus juga hubungan mereka ditengah jalan. Dah tahu perit rasa perpisahan kenapa mereka tidak kisah untuk jatuh cinta lagi macam apa yang Minhyuk buat?

 

Kris menarik nafasnya dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan. Sebenarnya jika berbicara soal cinta dia sendiri tidak pernah bercinta. Bukan dia tidak teringin berbuat demikian tetapi rasanya dia agak malang dalam hal cinta. Walaupun dikurniakan dengan wajah yang kacak tetapi tiada seorang perempuan pun yang jatuh hati kepadanya. Mungkin mereka tidak berani mendekati Kris kerana riak muka jejaka itu yang sering saja serius,garang dan keruh. Inilah yang orang selalu cakap, don't judge the book by it's cover. Tapi Kris tidak kisah. Dia lebih selesa jika tidak dikenali ramai. Mungkin sebab itulah hanya Minhyuk saja yang menjadi satu-satunya sahabat dia selain Mad,kucing peliharaannya.

 

Kris tiba-tiba menggaru pipi. Bisakah di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Why not kome upvote cerita ni kalau kome rasa cerita ni best? Hahah

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 9: update soon...
sitifadhlina #2
Chapter 8: Tak sabar tunggu next capter!!!!
minlee123 #3
Chapter 8: Ayat vic lawak btw update soon
HeeYeon20 #4
Chapter 9: best!x sabar nak tunggu smpai bulan 2.huhuhuhu..
Azimah #5
Chapter 7: Wow....best nya cerita ni.....suka..suka...
Ania_woo #6
Chapter 7: so sawit ^^
jacksonwgt7 #7
Chapter 7: Sweet nyaa
Cute_panda12 #8
Chapter 7: Sweetnya si kris nie.Melting.
chichisakura99 #9
Chapter 7: Sweetnya dia. Nk gak kiss dr dia. Hahaha