Thank You Kiss

Shaman Girl & Vampire Boy (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

Yume menggosok matanya perlahan sambil duduk bersila di katil. Hari ini hari cuti jadi dia bangun sedikit lewat. Dijeling jam loceng yang berdiri megah di atas meja tepi katil. Sudah pukul sebelas rupanya, patutlah rasa panas semacam saja..fikir gadis itu. Dia malas sebenarnya mahu bangun sekarang, kalau boleh dia mahu menghabiskan hari ini dengan bermalas-malasan di katil sampai ke petang namun dia tidak bisa berbuat demikian kerana sekarang dia berada di rumah Kris. Ya, rumah tuannya yang bernama Kris. Semalam dia sudah bersetuju dengan arahan tuannya itu untuk tinggal bersama. Alasannya kerana hamba abdi perlu tinggal bersama tuannya, barulah senang sikit untuk buat kerja. Yume bersetuju pun kerana Kris menyebut mengenai Atuk Akira yang mengamanatkan lelaki itu supaya menjaganya. Yume memang lemah sikit bila sebut tentang datuknya itu.

 

Seusai melipat selimut yang digunakannya malam tadi,Yume berjalan keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur. Dengan jelas dia dapat melihat figura seorang lelaki sedang memasak di sudut dapur. Sudah pasti itu Kris. Kenapalah mamat vampire ni berbakat sangat? Sudahlah kacak, punya banyak kuasa supernatural.. pandai memasak pulak tu. Cemburunya aku!

 

"Morning."tegur Yume dengan muka mamainya. Dia duduk di kerusi menghadap kaunter dapur sambil menguap perlahan. Kris yang sedang memasak menjeling sekilas ke arah gadis itu sebelum dia perlahan-lahan menggelengkan kepala.

 

"Morning too. Lambat betul awak bangun."Kris bersuara dengan nada selamba sambil menghidangkan sepinggan nasi goreng ayam yang sudah siap dimasak kepada Yume di kaunter dapur.

 

"Kenapa awak tak kejutkan saya awal-awal pagi? Kalau tidak tak adalah saya terbangun selewat ini."bebel gadis itu perlahan sambil memerhatikan tuannya yang sedang mengeluarkan satu jag jus oren dari dalam peti sejuk. Jag tersebut diletakkan di atas kaunter dapur bersama dua gelas yang diambil Kris dari rak pinggan mangkuk. Kemudian dia menarik satu kerusi berhampiran dan duduk menghadap Yume.

 

"Sebab awak tidur lena. Siap berdengkur lagi jadi saya tak sampai hati pulak nak kejutkan awak."

 

Tak sampai hati? Hmm yelah tu..bisik gadis itu dalam hati sambil memerhatikan tuannya yang sedang menikmati nasi gorengnya. Kris yang perasan renungan tajam Yume cepat-cepat mengangkat muka dan memandang wajah gadis itu dengan sebelah kening terangkat. Pelik dengan kelakuan hamba abdinya itu.

 

"Berhenti pandang saya dengan pandangan menggoda macam tu."

 

"Bila masa pulak saya goda awak?"marah Yume. Ada ke patut muka aku yang baru bangun ni dia kata muka menggoda? Buta ke apa?

 

Kris sudah ketawa mengekek melihat reaksi Yume. Dia meneguk jus oren yang dituangnya ke dalam gelas.

 

"Dah, dah. Makan cepat. Lepas tu pergi mandi. Kejap lagi kita keluar."Kris memberi arahan umpama bos. Memang dia bos pun..haha. Yume mendengar saja tanpa membalas sepatah pun. Malas pula nak berbalas cakap dengan si vampire  yang suka membahannya itu. Dia menikmati nasi goreng ayam yang dimasak lelaki itu dengan penuh senyap.

Selepas selesai bersarapan, Yume mengikut Kris masuk ke biliknya untuk mengambil tuala mandi. Semalam dia terlupa untuk mengambil tuala mandi ketika singgah di tokong untuk mengemas pakaian bagi dibawa ke rumah Kris, jadi terpaksalah dia meminjam tuala dari lelaki vampire itu. Nasib baiklah lelaki itu sudi meminjamkan dia tuala. Sekurang-kurangnya nampaklah juga sisi baiknya.

 

"Nah."Kris menghulurkan sehelai tuala yang agak tebal dan panjang kepada hamba abdinya yang sedang berdiri di sisi almari. Cepat-cepat Yume mengambil tuala mandi yang dihulur itu sambil matanya sempat memerhatikan keadaan dalam bilik Kris. Sangkanya bilik lelaki itu berkubang dengan pakaian kotor tapi tidak. Bilik lelaki itu lebih kemas dari biliknya di tokong!

 

"Apa yang awak tengok tu?"

 

"Huh? Ah..tak,saya cuma kagum dengan tahap kebersihan bilik ni."jawab Yume jujur.

 

Kris cuma tersenyum. "Jangan ingat lelaki tak pandai kemas bilik.. Dah,pergi mandi."arah lelaki itu dengan gaya tangan disilang. Yume menganggukkan kepala tanda faham. Cepat-cepat dia menghayun langkah ke arah pintu bilik lelaki itu untuk keluar.

 

"Hei hei hei, nak ke mana pulak tu?"

 

Yume berhenti melangkah lalu memalingkan mukanya memandang Kris yang berdiri tidak jauh darinya. "Mandilah. Tadi awak juga yang suruh saya pergi mandi kan?"

 

"Memanglah.. Tapi sebelum tu saya nak minta tolong awak sikit."

 

"Tolong? Tolong apa?"

 

"Tolong shavekan muka saya. Dan ini satu arahan."sesedap rasa saja si vampire memberi arahan. Lagaknya seperti jeneral tentera saja. Namun pandangan matanya tersangatlah menggoda sampaikan Yume tiba-tiba mengalihkan pandangannya ke arah lain kerana malu.

 

"Whoaaa...Kita ni masih dalam hubungan lord-slave ke?"Yume buat muka terkejut. Berkerut-kerut pula dahi Kris memandangnya.

 

"Of courselah! Dan sejak bila pulak hubungan lord-slave kita tamat?"soal Kis pelik sambil memandang muka gadis bomoh di depannya yang turut sama menunjukkan reaksi pelik.

 

"Sejak awak tak marah bila saya tak panggil awak lord..? Jangan marah saya ya sebab awak sendiri yang buat tak kisah bila saya tak panggil awak macam tu."

 

Kris menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Dia sendiri pun terlupa yang dia menyuruh gadis itu memanggilnya lord. Patutlah rasa semacam saja bila Yume memanggilnya awak saja semenjak dua menjak ini. Lol. Tanpa sedar dia menepuk dahi sendiri.

 

"Alahai..saya terlupa pulak saya ada suruh awak panggil saya lord. Hmm..cancellah panggil lord tu. Panggil bos saja dah lah."

 

Tiba-tiba Yume menghela nafas penuh lega. Fuh..nasib baik dia suruh aku panggil dia bos je. Aku lagi suka panggil dia bos dari lord, omel gadis itu dalam hati sambil mengurut dada. Memang dia lebih selesa dengan panggilan bos, mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan panggilan bos di tempat kerjanya.

 

"Okey bos. Haa, tadi bos cakap nak saya shavekan muka bos kan? Jomlah."

 

Kris menganggukkan kepala tanda faham. Dia kemudiannya mengajak hambanya itu ke bilik air dalam biliknya. Yume pun ikut sajalah. Dah nama pun hamba kan. Lmao. Masuk saja ke dalam bilik air itu,Kris terus berdiri di hadapan sinki. Diambil pencukur muka yang berada di dalam rak berhampiran berserta krim cukur lalu diberikan kepada Yume di sebelahnya.

 

"Nah.. Cukur elok-elok, jangan sampai kulit muka saya terluka pulak."

 

Yume tersengih. "Ini Hwang Yumelah, bos. Jangan risau, kulit muka bos selamat dalam jagaan saya asalkan bos tak bergerak masa bercukur tu. Saya ni pandai cukurkan bulu dekat muka sebab dulu saya selalu tolong atok saya bercukur."

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Why not kome upvote cerita ni kalau kome rasa cerita ni best? Hahah

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 9: update soon...
sitifadhlina #2
Chapter 8: Tak sabar tunggu next capter!!!!
minlee123 #3
Chapter 8: Ayat vic lawak btw update soon
HeeYeon20 #4
Chapter 9: best!x sabar nak tunggu smpai bulan 2.huhuhuhu..
Azimah #5
Chapter 7: Wow....best nya cerita ni.....suka..suka...
Ania_woo #6
Chapter 7: so sawit ^^
jacksonwgt7 #7
Chapter 7: Sweet nyaa
Cute_panda12 #8
Chapter 7: Sweetnya si kris nie.Melting.
chichisakura99 #9
Chapter 7: Sweetnya dia. Nk gak kiss dr dia. Hahaha