Sweet vampire?

Shaman Girl & Vampire Boy (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Sesudah subuh lagi Yume muncul di rumah Kris sambil membawa satu mangkuk tingkat. Mangkuk tingkat itu berisi sarapan buat Kris. Dia tidak sempat untuk memasak di rumah lelaki itu memandangkan hari ini dia perlu datang kerja lebih awal. Hari pertama kerja memang kena datang awal bukan?

 

"Adoi..awal bukan main awak datang ya? Mentang-mentanglah hari ni hari pertama awak kerja."bebel Kris sambil menyuap nasi goreng ayam ke mulutnya. Hmm, sedaplah pulak si bomoh ni masak.

 

Yume baru sahaja hendak membuka mulut untuk bertanya bagaimana lelaki itu tahu mengenai hal kerja itu tapi hajatnya terbantut bila dia teringat fakta tentang Kris. Haishh,kenapalah aku boleh asyik terlupa yang mamat vampire ni boleh baca fikiran orang?

 

"Tch, dia yang suruh kita cari kerja hari tu.. Sekarang nak bebel-bebel pula."

 

Pemuda itu tidak menjawab. Tekun saja dia menikmati sarapannya sambil sebelah tangannya meneliti sesuatu pada skrin telefon pintarnya.

 

"Hmm, awak pergilah kerja dulu. Nanti terlewat pula."

 

"Sejak bila pula kedai dibuka jam-jam sebegini?"ujar Yume sambil melirik jam di tangan. Baru pukul enam suku pagi tapi hari sudahpun beransur cerah. Mungkin kerana kedudukan negara mereka yang terletak dekat dengan negara matahari terbit iaitu Jepun jadi secara tidak langsung matahari di negara mereka terbit lebih awal berbanding negara lain.

 

Kris menghirup jus tomato dalam gelas yang dituang hamba abdinya sambil berkata,"Tu, kedai 7-11 ada je dibuka waktu-waktu macam ni."

 

Yume sudah menyeringai."Itu kedai serbaneka 24jam sebab itulah waktu macam ni pun ia masih dibuka! Hishh.."

 

Kris sudah ketawa kecil. Memang dia suka melihat gadis itu geram dan marah-marah. Nampak comel pula dia bila marah..kejap! Comel? Kris, kau sewel ke? Gadis bomoh berbau colok setiap masa ini kau kata comel?

 

"Apa-apa pun, saya perasan sesuatu yang abnormal pada awak hari ni."Kris sudah mengubah topik. Segera dihalau perkataan `Yume comel` jauh dari benak fikirannya.

 

"Apa yang abnormalnya?"tanya Yume pelik dan kurang faham akan penyataan dari lelaki di depannya itu. Dia menghirup sebentar teh limau yang dibawanya dari rumah.

 

Kris memegang garfu dan menunjuk ke arah gadis di depan."Awak tak panggil saya macam yang saya minta."

 

"Oh..awak ada minta saya panggil awak apa ya? Saya lupa"

 

Astagoo..muda-muda macam ni pun cepat lupa? Spontan Kris menggelengkan kepalanya perlahan sambil membuat bunyi cicak. Tiba-tiba saja jatuh seekor cicak di depannya. Masing-masing terperanjat dengan adegan tersebut. Ditenung saja cicak yang jatuh itu dengan mata mencerlung sehinggakan cicak itu berlari pergi dengan sendirinya. Kemudian mereka berdua pun ketawa.

 

"Tak sangka pulak awak buat bunyi cicak sampai cicak pun boleh datang kepada awak! Hebat!"balas Yume dengan ketawa yang masih bersisa. Apa yang berlaku tadi nampak agak kelakar baginya. Memang kelakar sampaikan Kris sendiri pun ketawa geli hati!

 

Dan entah kenapa rupa Kris yang sedang ketawa sambil menggelengkan kepala itu nampak begitu comel di mata Yume.

 

Okey dua orang makhluk ni memang pelik. Hahah.

 

"Saya pun tak sangka cicak akan jatuh di atas meja ni tadi..haha. Apa-apa pun,saya tak nak dengar awak ber`awak saya` lagi dengan saya. Saya dah bagitahu awak hari tu yang saya nak awak panggil saya dengan panggilan apa tapi memandangkan saya ingatan awak lemah macam orang tuan nyanyuk Jadi terpaksalah saya beritahu balik. Saya nak awak panggil saya MY LORD."

 

Yume mengerutkan dahi. Okey aku baru ingat dia pernah cakap macam tu dengan aku. Tapi kenapa my lord? Kenapa tak tuan ke intan payung ke tuanku ke? Ada-ada sajalah dia ni.,bisik Yume dalam hati. Dia mampu berbisik dalam hari saja memandangkan lelaki itu hanya boleh membaca fikiran manusia saja,bukan hatinya.

 

"Yes, my lord."

 

Dan entah kenapa berbunga-bunga hati lelaki itu mendengarnya.

 

 

Tengahari itu sewaktu Yume sedang rehat di bakeri tempat dia bekerja, si tuan punya bakeri yang bernama Hanbin baru saja memunculkan diri dari rumah. Menurut Kai, lelaki itu baru datang di waktu ini kerana semalaman dia berjaga di bakeri untuk mencipta resepi roti baru. Yume hanya menganggukkan kepala tanda faham. Patutlah sedari pagi lagi dia tidak nampak bayang mahupun kelibat lelaki itu,rupanya dia sedang berehat di rumah.

 

"Err..bos nak minum apa-apa ke?"tanya Yume dengan senyuman sewaktu bosnya itu duduk di satu sudut bakeri yang juga merupakan kafe. Kiranya tempat Yume bekerja itu dua dalam satulah, bakeri yang juga dalam masa yang sama merupakan sebuah kafe. 

 

Hanbin merenung wajah gadis di depannya.

 

"Kenapa awak berbau colok?"

 

"Huh? Err..sebab saya tinggal di tokong?"

 

"Tokong?"Hanbin mengerutkan dahi. Biar betul dia ni?

 

Yume menganggukkan kepala."Yup. Atuk saya sekarang ni sami di sebuah tokong dan saya sekarang tinggal de

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Why not kome upvote cerita ni kalau kome rasa cerita ni best? Hahah

Comments

You must be logged in to comment
khaisara #1
Chapter 9: update soon...
sitifadhlina #2
Chapter 8: Tak sabar tunggu next capter!!!!
minlee123 #3
Chapter 8: Ayat vic lawak btw update soon
HeeYeon20 #4
Chapter 9: best!x sabar nak tunggu smpai bulan 2.huhuhuhu..
Azimah #5
Chapter 7: Wow....best nya cerita ni.....suka..suka...
Ania_woo #6
Chapter 7: so sawit ^^
jacksonwgt7 #7
Chapter 7: Sweet nyaa
Cute_panda12 #8
Chapter 7: Sweetnya si kris nie.Melting.
chichisakura99 #9
Chapter 7: Sweetnya dia. Nk gak kiss dr dia. Hahaha