Drama

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Pagi itu Minha terjaga dengan sendirinya. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia menguap sebentar sebelum menyedari sesuatu yang dirasakan agak abnormal sekarang. Disentuhnya bantal yang berada di bawah lehernya. Hmm..kejap..kenapa bantal yang aku buat alas kepala semalam tiba-tiba je berubah keras? Siap bergerak-gerak pulak ni..ishh seram..

 

"Selamat pagi..nyenyak tidur?"

 

Minha berpaling ke sebelah kanannya. Dengan jelas di dapat melihat tuannya si ketua mafia itu sedang berbaring di sebelahnya dengan senyuman di bibir sambil memandang tepat ke arahnya. Dan yang lebih teruk, baru sekarang dia menyedari dia tidur berbantalkan lengan kanan Dujun. Oh my..mana letak muka aku yang lawa ni.. malunya...

 

Dujun hanya tersenyum saja melihat reaksi maid-nya itu. Spontan dia menyilangkan kedua belah tangannya sambil memerhatikan Minha.

 

"Macam mana tuan boleh ada kat katil ni?"soal Minha dengan kedua belah tangannya menutup mukanya. Malunya bukan kepalang. Makin bertambah malunya saat melihat senyuman di bibir lelaki itu.

 

"Dengan berjalanlah.. Takkan merangkak pula,"

 

Ish..dia berloyar buruk pulak..getus Minha dalam hati. Cepat-cepat dia bangun dari katil. Namun tiba-tiba dia perasankan sesuatu yang melekat di dahinya. Eh..apa ni? Tuala basah? Macam mana boleh ada tuala basah kat dahi aku ni?,omel Minha dalam hati. Dia sempat menjeling ke arah tuannya yang masih berbaring di katil sambil memegang tuala basah tersebut. Kejap..takkanlah..

 

"Awak demam sambil meracau-racau semalam..itu yang saya letakkan tuala basah kat dahi awak tu.. Maaflah kalau saya buat macam tu tanpa pengetahuan awak.."ujar Dujun. Dia sudahpun duduk bersila di atas katil.

 

"Tuan..berjaga sepanjang malam untuk jaga saya?"

 

Dujun menggaru pipinya. "Err..takdelah sampai berjaga sepanjang malam. Saya cuma letakkan tuala basah kat dahi awak je, kemudian tertidur kat sebelah awak.. Takde benda-benda pelik berlaku macam yang awak sedang fikirkan sekarang."

 

Minha memandang wajah tuannya yang kini tiba-tiba berubah merah. Dia..malu ke? Macam comel je..hahah.. Kejap..comel? Sejak bila aku boleh nampak kecomelan pada wajah dan kelakuan tuan ni? Dujun yang sedari tadi memerhatikan kelakuan maid-nya itu mengerutkan dahi. Kenapa dia ni kejap kerut dahi,kejap gigit kuku..? Sakit ke?

 

"Hei Minha,awak okey ke?"soal Dujun yang sudahpun bangun dari katil sambil sebelah tangannya menyentuh dahi Minha. Hm..dah tak panas dah..bisik hati kecil Dujun sambil bibirnya mengukir senyuman. Apa lagi, spontan wajah maidnya itu berubah merah menahan malu. Masuk kali ini,sudah kali keenam tuannya berbuat sedemikian rupa..melakukan skinship yang mengakibatkan wajahnya berubah merah. Apakah maksud disebalik skinship ini?

 

"Eh okey je..terima kasih kepada sikap hospitaliti tuan semalam..saya tersangatlah okey. Tuan pula okey tak?"Minha memulangkan paku buah keras. Bukan sahaja dengan kata-kata,tapi dengan kelakuan juga. Spontan sebelah tangan Minha menyentuh dahinya,sama sepertimana yang dilakukan tuannya tadi dengan senyuman. Tadi kau buat kat aku macam ni kan..aku nak tengok apa reaksi kau,omel gadis itu dalam hati.

 

Dujun membiarkan saja maidnya berbuat demikian. Nak balas dendam ke..comelnya..,bisik hati kecil Dujun.

 

"Awak buat apa ni?"

 

"Err..nak tengok suhu badan tuan tinggi ke tak? Manalah tahu tuan berjangkit demam dengan saya ke,"dalih Minha,padahal saja nak test macam mana reaksi tuannya itu kalau dia berbuat demikian. Dipandangnya wajah lelaki didepannya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kenapa takda reaksi ni? Dia ni takda perasaan ke?

 

"Awak sentuh dahi saya sekarang...tak panas pun kan? Saya okey jelah.. Saya ni jarang dapat demam tau?"

 

Minha mengerutkan dahi takala melihat kedua belah tangan lelaki didepannya menarik-narik pipinya. Eii..dia ni,jawab je sudahlah. Tak payahlah nak tarik-tarik pipi aku yang fluffy macam gula-gula kapas ni.. Ingat pipi aku elastik macam getah ke?,omel Minha. "Sakitlah tuan!"Minha menolak tangan tuannya dari terus-menerus menarik pipinya. Kalau dibiarkan lelaki itu terus berbuat demikian, tidak mustahil pipi-pipinya itu hilang kegebuannya.

 

Dujun hanya ketawa melihat reaksi maidnya itu. Dia kemudiannya mengambil tuala yang tergantung dalam almari lalu menuju ke bilik air sambil berkata, "Saya nak mandi dulu. Sementara saya mandi,awak kemaslah beg awak dan beg saya."

 

Minha memegang kedua belah pipinya sambil menganggukkan kepala. Masih terasa sengal di pipi akibat ditarik tuannya tadi. Dia memerhatikan tuannya yang sudah masuk ke dalam bilik air. Gadis itu mengeluh perlahan sambil berjalan ke arah almari. Dikeluarkan baju tuannya yang tergantung dalam almari lalu dimasukkannya ke dalam beg. Begitu juga dengan bajunya.

 

 

Selesai sahaja mandi dan bersiap-siap, Dujun dan Minha terus turun ke kafeteria hotel untuk menikmati sarapan. Mata Minha bersinar-sinar sebaik sahaja melihat pelbagai jenis makanan yang berada di meja kafeteria. Hidangan bufetlah katakan. Dujun sudahpun bergerak ke meja berdekatan untuk mengambil pinggan. Perutnya meronta-ronta minta diisikan makanan. Mana taknya, dia langsung tidak menjamah makanan di majlis perkahwinan sepupunya Kyunsang kerana sibuk perhatikan Yongguk disebelah Minha. Lelaki itu asyik merenung maidnya sedangkan dia tahu Dujun berada tidak jauh darinya.

 

Lelaki tu..saja nak buat aku marah ke apa..spontan Dujun mengigit kuku tatkala memikirkan hal semalam. Minha pula yang sedari tadi memerhatikan kelakuan Dujun melambai-lambaikan tangan di depan kuku tuannya itu sambil berkata, "Tuan okey? Tuan lapar sangat ke sampai kuku sendiri pun tuan gigit?"

 

Dujun mengerdip mata. Dia menggosok matanya perlahan lalu memandang Minha didepannya. "Ah takda apalah.. Dah memang tabiat saya gigit kuku kalau saya cembu.."opps! Spontan Dujun berhenti dari meneruskan ayatnya.

 

"Cembu apa tuan? Macam tak habis je ayat tuan tu?"

 

Dujun tiba-tiba berpaling ke arah lain. Aduh..nyaris-nyaris terlepas cakap tadi. "Just forget it.. Awak nak makan apa? Biar saya tolong ambilkan."

 

Gadis itu tidak berkata apa. Dia mengikut langkah tuannya yang sedang mendekati meja hidangan. Ada sosej, tteokboki, nasi goreng..macam-macam ada! Lol. Dujun berpaling ke arah Minha.

 

"Nak sosej?"

 

Minha mengangguk.

 

"Roti bakar?"

 

Minha mengangguk.

 

"Penkek? Nasi goreng?"

 

Gadis itu menganggukkan kepala lagi sambil tersengih. Huishh..banyaknya makan? Badan kecik je..omel Dujun sambil tangannya menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan untuk Minha. Diberikan pinggan berisi makanan itu kepada Minha disebelahnya. Selepas selesai Dujun selesai mengambil makanan, Minha mengikut langkah lelaki itu ke sebuah meja untuk makan.

 

"Awak tunggu sini sekejap, saya nak pergi ambil minuman. Awak nak air apa?"

 

"Mm..air kosong pun dah okey tuan."balas Minha dengan senyuman.

 

Dujun yang tadinya sedang memandang Minha pantas berpaling ke depan. Fuh,boleh pecah jantung aku ni kalau terus tengok senyuman manis dia tu.. Cepat-cepat lelaki itu berjalan ke kaunter minuman.

 

Sementara itu,di suatu tempat...

 

"Hui..seram aku tengok bos kita tu."ujar Gikwang sendirian sambil memerhatikan bos mereka dengan maid-nya dari tingkat atas bangunan sebelah. Itu pun guna teropong berdefinisi tinggi. Begitu juga dengan ahli Beast Master yang lain yang juga sedang sibuk meneropong gerak geri bos mereka.

 

"Kenapa seram pula? Bos kita kan tengah menonjolkan sisi gentleman dia pada Minha..so sweettt~~~"ucap Hyunseung yang sangat menyukai benda-benda bersifat romantik.

 

Yoseob menyeringai. "Kenapa kita kena ikut bos sampai sini? Kan bos dah cakap kita tak perlu ikut dia?"

 

"Ala kau ni Yoseob..kau lupa ke janji kita pada tuan besar dulu? Sebagai bodyguard bos kita kena ikut dia ke mana saja bos pergi. Kalau bos tak bagi kita ikut dia,kita kena ekori bos senyap-senyap macam ninja. Keadaan kita dengan tuan ni boleh diibaratkan macam lebah dengan ratunya."

 

"Aku lagi suka perkataan samurai dari ninja. Dan lagi satu..bos kan lelaki, mana sesuai guna istilah ratu lebah.. Gunalah istilah lain."Gikwang tiba-tiba menyampuk. Matanya masih setia meneropong kelibat bosnya.

 

Junhyung yang sedari tadi sibuk mengunyah gula-gula getah sambil meneropong bosnya itu tiba-tiba bersuara. "Hmm guys..cuba tengok siapa yang sedang berjalan ke meja bos,"

 

Ahli Beast Master yang lain segera memfokuskan teropong ke arah meja dimana duduknya Min

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD