Bathroom Moment

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Setelah seminggu lamanya berehat, lengan Minha sudah tidak berbalut lagi. Yang tinggal hanya parut. Tapi ingatannya terhadap Dujun masih lagi belum pulih. Oleh sebab itu,keadaan kembali kepada sebelumnya,ketika gadis itu mula-mula bekerja di vila tersebut. Puan Li menerangkan kembali posisinya di vila tersebut dan tugas-tugas yang perlu dilakukannya. Berkerut-kerut dahinya apabila Puan Li memberitahunya bahawa dia perlu mengikut tuannya yang bernama Yoon Dujun itu ke mana sahaja kecuali ke tandas. Mujurlah tandas terkecuali,kalau tidak tak tahulah apa yang boleh terjadi nanti.

 

Jika Minha sudah sihat dari segi kesihatan tubuh badan, keadaan Dujun pula adalah sebaliknya. Masuk hari ini,sudah dua hari dia tidak ke pejabat kerana diserang demam panas. Pembetulan,bukan demam panas sahaja, dua sahabat baiknya iaitu batuk dan selesema turut sama menyertai si demam menyerang sistem tubuh badan Dujun. Lelaki itu pula bila diserang demam,seminggu baru kebah. Hari pertama dan kedua,Puan Li yang menjaganya. Masuk hari ketiga, Minha ditugaskan untuk menjaganya sepanjang hari. Semput Minha mendengarnya.

 

Minha masuk ke bilik tuannya sambil menatang dulang berisi makanan. Jam di dinding menunjukkan pukul lapan pagi dan Dujun masih lagi nyenyak tidur di katil dengan selimut tebal membaluti tubuhnya. Berpeluh-peluh Minha melihat keadaan Dujun. 'Nasib baik demam pakai selimut tebal macam tu,kalau tak demam pakai macam tu aku tak tahu nak cakap apa..'omelnya dalam hati. Diletakkan dulang tersebut di atas meja tepi katil.

 

"Tuan.. Tuan Dujun.. Bangunlah. Dah pagi dah ni."kejut Minha sambil menggerakkan bahu Dujun yang masih lagi tidur. Tiada reaksi positif. Minha menggerakkan lagi bahu lelaki itu dengan mengulang kembali ayatnya tadi. Masih tiada reaksi. Minha menyabarkan hati. Diulang kelakuannya tadi buat kali ketiga. Dan ada tanda positif..Lelaki itu menggerakkan badannya! Tapi sayang tuannya itu tidak pula bangun,sebaliknya memusingkan badannya membelakangi Minha.

 

'Hui..Orang kejut pun tak nak bangun? Liat betul!'getus hati kecilnya. Minha menggaru kepalanya,cuba memikirkan cara yang sesuai untuk mengejutkan tuannya itu. Tiba-tiba gadis itu memetik jarinya.

 

'Aha! Aku ada satu idea bernas.. Mesti dia bangun punya.. Kalau tak bangun juga aku anggap dia bukan manusia.. Pfft,'fikir Minha. Perlahan-lahan dia duduk di birai katil sambil tangannya bergerak ke arah badan Dujun..dan dengan selamba serta beraninya dia menggeletek lelaki itu! Apa lagi,terus terjaga lelaki itu dibuatnya. Dengan susah payahnya dia duduk dengan belakangnya disandarkan pada kepala katil sambil menggosok-gosok matanya. Minha yang tadinya duduk pantas bangun dari katil dan berdiri dengan muka tenang.

 

"Selamat pagi tuan. Sarapan dan ubat telah disediakan..Tuan nak bersarapan dulu ke atau nak mandi dulu?"soal Minha dengan nada sesopan mungkin. Risau kalau-kalau tuannya itu tiba-tiba melenting. Manalah tahu lelaki itu perasan bahawa dialah yang mengeletek badannya tadi. 'Tapi tengok gaya tuan Dujun macam mamai saja.. Mungkin dia tak sedar kot?'fikir Minha.

 

Dujun memandang Minha dengan mata merahnya. Kemudian dia berpaling ke arah meja katil dimana letaknya makanan. Kesian pula Minha melihatnya.

 

"Ada apa dalam dulang tu?" 

 

"Ada bubur ayam, teh halia dan ubat demam yang Doktor Lee bagi."jawab Minha perlahan. 

 

Dujun menguap perlahan. Masuk hari ni,sudah tiga hari berturut-turut bubur ayam dan teh halia menjadi hidangannya. 'Kalau lidah ini boleh bercakap,mesti dia complain..'fikir Dujun.

 

"Takda menu lain ke?"tanya Dujun.

 

Minha segera menggeleng. "Tuan tak suka ke menu ni?"

 

"Bukan tak suka..cuma bosan. Dah tiga hari berturut-turut menu sama saja.. Nak juga lidah saya merasa makanan lain." 

 

Minah sudah ketawa dalam hati. 'Alahai..comelnya tuan aku ni.. Sakit-sakit pun masih nak demand lagi..'

 

"Tuan ni.. Kalau tuan makan sembarangan nanti tuan lambat sembuh. Itu sebabnya chef masakkan bubur ayam untuk tuan. Tuan tak nak demam tuan ni kebah ke?"ujar Minha dengan penuh yakin. Diperhatikan lelaki di depannya yang sedang terbatuk-batuk.

 

'Tak nak..kalau tak kebah bolehlah tengok muka awak selalu..'bisik hati kecil Dujun. Dia merenung wajah maidnya. Spontan dia menghela nafas.

 

"Yelah..yelah.. Saya makan. Tapi dengan syarat..awak suapkan bubur tu."

 

Minha mengerutkan dahi. Pelik dengan syarat yang tuannya kemukakan. "Kenapa saya kena suapkan pula?"protesnya.

 

"Sebab saya tak larat nak gerakkan tangan saya.. Awak pun tengok betapa susahnya saya cuba bangun dan duduk tadi? Kalau awak tak nak suapkan macam-mana demam saya nak kebah.. Agaknya kalau saya lambat sembuh mesti syarikat saya tak terkawal, jatuh bankrap dan awak pun akan hilang kerja awak kat sini.."balas Dujun dengan nada sedih yang sengaja dibuat-buat. Siap terbatuk-batuk lagi,biar nampak benar sikit sakitnya. Tapi memang betul dia tak boleh gerakkan tangannya sebab terlalu lemah.

 

Minha menggaru kepalanya. Bila difikir-fikir masuk akal juga kata-kata lelaki di depannya. Dujun merupakan pemilik dan pewaris Kumpulan Yoon,jadi kalau dia meninggalkan pejabat dalam jangka masa yang panjang mesti seluruh syarikat terkesan dan tidak terkawal..dan boleh jadi juga kalau tiba-tiba syarikatnya itu jatuh muflis. Hmm.. Setakat suap tu apalah sangat. Bukan dia suruh cium pun. Tapi kalau suruh pun apa salahnya?

 

"Baiklah.."jawab Minha perlahan lalu duduk dibirai katil menghadap tuannya. Diambil mangkuk bubur yang berada di atas meja. Dikacau-kacau bubur tersebut dengan sudu bagi mengurangkan suhunya lalu disuapkan sesudu ke mulut lelaki di depannya yang sudah sedia terbuka.

 

"Okey tak tuan? Ke masih panas lagi bubur tu?"

 

Dujun menelan bubur yang disuap maidnya perlahan,lalu tersenyum. "Taklah.. Okey je. Nak air kosong."minta Dujun. Cepat-cepat gadis itu menuang air kosong dari dalam jag yang sudah sedia ada di atas meja ke dalam gelas dan disuakan gelas itu ke bibir tuannya.

 

Minha memerhatikan tuannya yang sedang minum air. Lemah benar nampaknya sampaikan hendak makan dan minum pun perlu dibantu. Seumur hidupnya,belum pernah dia melihat seseorang  diserang demam seteruk ini. 'Kejap..kalau nak bergerak pun susah maknanya tuan tak mandilah?'fikir Minha.

 

"Err.. Tuan cakap tuan tak dapat gerakkan badan sebab lemah. Jadi tuan tak mandilah?"

 

Lelaki itu menggelengkan kepala sambil tersengih. "Tapi saya pakai minyak wangi. So tak adalah berbau sangat badan ni."

 

'Huh..? Boleh pulak dia tak mandi dua hari berturut-turut.. Patutlah dia tak jawab soalan aku tadi. Kalau pakai minyak wangi pun belum tentu bau busuk tu hilang. Tapi apa boleh buat,dia sakit..'omel Minha dalam hati.

 

Dalam sibuk-sibuk menikmati bubur yang disuap Minha,mata Dujun jatuh pada lengan maidnya. Ditenung parut yang ada pada lengan gadis itu. Tiba-tiba timbul rasa bersalah di hatinya. Kalaulah peristiwa tempoh hari tidak terjadi,mesti lengan maidnya itu tidak berparut.. Agak-agak dapat ke bakal suami dia terima parut tu? Lol ke situ pulak fikirnya si Dujun ni.

 

"Tuan.."panggil Minha perlahan dengan riak muka serius setelah selesai menyuapkan bubur ke mulut tuannya. Dipandang muka tuannya yang sedang mengunyah isi ayam rebus dalam bubur tadi.

 

Dujun memandang Minha dengan sebelah keningnya terangkat. 'Alahai si comel ni.. Dah hilang rasa takut pada aku nampaknya. Siap panggil dan pandang muka aku dengan muka serius pulak,'bisik lelaki itu dalam hati. Minha masih setia menunggu balasan dari tuannya. Dia berani memandang tuannya dengan muka serius,terima kasih kepada keadaan lelaki itu yang sedang demam. Kalau lelaki itu sihat sejahtera jangan kata muka,kasut dan bayang-bayang lelaki itu pun takkan berani dipandangnya!

 

"Hmm.."

 

"Tuan tak rasa rimas ke sekarang? Dah dua hari kot tuan tak mandi.. Tuan cakap tuan pakai minyak wangi kan? Jangan terasa tapi hidung saya ni dah terbau sesuatu yang kurang menyenangkan bila duduk dekat dengan tuan. Saya tahu tuan tak berapa sihat sekarang tapi boleh tak kalau tuan mandi?"balas Minha dengan nada sesopan mungkin. Sebenarnya dia pantang kalau orang tak mandi berhari-hari dan hanya bergantung pada minyak wangi atau deodoran semata-mata. Nampak sangat pemalasnya. Dalam kes Dujun bolehlah dia bertolak ansur sebab lelaki itu kurang sihat, tapi mindanya asyik memaksanya untuk menyuruh lelaki itu mandi.

 

Terbatuk-batuk Dujun mendengarnya. Dia mengurut dadanya perlahan,bukan sebab terkejut dengan kata-kata Minha tetapi kerana semput tercekik udara. Ingin saja dia ketawa mendengar bebelan maidnya tapi ditahan. Dipandangnya wajah Minha yang nampak risau tatkala melihat dia batuk tadi.

 

"Tuan okey ke? Kata-kata saya tadi terlampau kasar ke? Maaf,saya tak patut cakap macam tu tadi.. Kalau tuan tak nak mandi takpelah,nanti saya.."

 

"Siapa cakap saya tak nak mandi? Saya bagi masa lima minit,cepat sediakan air panas untuk saya..dan juga pakaian untuk saya pakai. Kalau lambat saya akan.."belum sempat Dujun menghabiskan ayat,maidnya itu sudah berlari masuk ke bilik air di biliknya. Tersengih lelaki itu dibuatnya.

•••

Setelah siap menyediakan tab dengan air panas untuk tuannya,Minha berlari keluar dari bilik air,menuju ke almari dan mengambil pakaian yang dirasakan se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD