Bloody Nightmare

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Suatu petang, di taman ros belakang vila,Dujun dalam office wearnya berjalan menyusuri sebuah laluan berbatu yang akhirnya membawa dia ke sebuah bangku panjang di bawah sebuah pohon rendang. Disitu terdapat seseorang yang sedang menunggunya..

"Yoon Dujun!"

Kenapa maidnya memanggil dia dengan nama,bukan tuan? Dujun pun terus berjalan lalu berdiri betul-betul di depan Minha. Gadis itu sedang tersenyum manis kearahnya.

"Duduklah disebelah saya ni."ujar gadis itu sambil menepuk-nepuk ruang di atas bangku di sebelahnya.

Dujun sudah seperti robot. Dia menurut sahaja arahan gadis itu. Perlahan-lahan lelaki itu melabuhkan punggung disebelah Minha dengan dahi berkerut. Rasa aneh,hairan menyelubungi benak fikirannya.

"Panas kan hari ni?"tanya Minha sambil mengipas mukanya dengan tangan.

Dujun menganggukkan kepala."Ya,memang panas. Berpeluh saya dalam pejabat padahal dah pasang aircond.."

"Meh saya sejukkan badan awak."Tiba-tiba Minha menarik dan meleraikan ikatan tali leher Dujun. Kemudian dia membuka butang vest lelaki itu. Siap tersengih lagi.

Dujun menelan liur. Apa kena dengan dia ni..nak goda aku ke? Kuatkanlah iman aku..(lmao) Matanya ralit memerhatikan maidnya yang duduk begitu dekat dengannya sehinggakan hidungnya boleh tercium bau wangian yang dipakai gadis itu. Hatinya berdebar-debar!

Dan entah bagaimana mata mereka bertembung saat Minha mengangkat muka untuk memandang Dujun.

Dujun mengerdipkan mata bila terasa butang baju kemejanya dibuka hingga ke paras. Dada bidangnya tiba-tiba terasa sejuk ditampar angin lalu. Terasa seksi pula. Bhahaha.

"Bila kita nak kahwin?"

"Kahwin?"soal lelaki itu dengan pipi merah. Malu agaknya bila Minha merenungnya dengan gaya menjilat bibir.

"Ya,kahwin. Hari tu awak ajak saya kahwin kan? Jangan cakap awak dah lupa.."

'Bila masa aku ajak dia kahwin? Memang aku suka dia tapi..kahwin bukan keutamaan aku sekarang.. Banyak benda lagi yang aku kena buat,'bisik hati kecil Dujun.

"Maaf Minha tapi saya tak rasa saya boleh kahwin dengan awak sekarang."

"Kenapa pula? Awak dah tak cintakan saya?"

"Bukan macam tu! Saya masih cintakan awak tapi.."

"Saya benci awak!! Saya tak nak tinggal kat sini dah..Adios mi amor!"

"Eh Minha sayang,tunggu! Dengar dulu penjelasan saya!"

GEDEBUK!!

******

"Tuan?"panggil Minha sambil mencucuk-cucuk pipi tuannya yang terbaring di lantai dengan jari. Wajah lelaki yang masih tidur itu dipandang dengan dahi berkerut. Macam mana dia boleh tidur kat bawah ni? Mengigau sampai jatuh katil ke apa?

Dujun membuka kelopak matanya bila terasa seseorang sedang menggerakkan tubuhnya. Dia mengangkat mukanya.

"Minha..? Awak ke tu?"spontan lelaki itu duduk bersila di depan Minha lalu memegang muka gadis itu. Cuba memastikan apa yang dilihatnya adalah nyata,bukan mimpi.

"Ya tuan,ni saya Minha..maid tuan."balas Minha pelik. Sah tuan aku ni mengingau.

Tapi Dujun pula nampaknya tidak percaya makhluk di depannya itu adalah Minha. Dicubit dan ditarik-tarik pula pipi maidnya itu. Bila gadis itu mengaduh sakit,barulah dia percaya.

'Fuh..mimpi rupanya.. Aku ingatkan dia betul-betul tinggalkan aku..'fikir Dujun. Spontan dia menarik nafas lega.

'Sakit..wuuu'luah Minha dalam hati sambil mengusap pipinya. Entah apalah yang dimimpikan lelaki itu sampai pipinya pula yang menjadi mangsa cubitan. Dia yang tadinya duduk mencangkung sudah bangun untuk mengemas katil Dujun.

Dujun juga sudah bangun. Dia memandang Minha yang sedang mengemas katilnya.

"Maaf pasal tadi..tak sengaja."

"Takpa.. Tapi kenapa tuan boleh tertidur kat lantai? Tuan mengigau sampai terjatuh katil ya?"

Bila terdengar ayat Minha,barulah dia sedar punggung dan belakang badannya terasa sakit. Spontan dahinya berkerut menahan sakit. Memang sah aku jatuh katil sebab mimpikan dia semalam..

"Ye kot.. Saya nak pergi mandi dulu."cepat-cepat Dujun mengambil tuala yang dihulur Minha lalu bergegas masuk ke bilik air. Malu gamaknya bila disoal sedemikian oleh maidnya tadi.

Sementara itu,di taman pula.. Kelihatan Beast Master sedang sibuk menikmati sarapan. Junhyung si tukang masak menghidangkan penkek kepada rakan-rakannya. Yoseob pula membantu Junhyung menuangkan kopi ke dalam cawan.

"Aku tengok bos sekarang makin gatai."luah Gikwang.

"Gatai yang macam mana?"soal Hyunseung dengan kerutan di dahi. Entah kenapa luahan Gikwang itu kedengaran agak kelakar bagi rakan-rakannya sampaikan mereka ketawa terdekah-dekah.

"Gatai kemiang-miangan agaknya sebab aku dah beberapa kali jadi saksi."

"Saksi apa Abe Gik?"soal Dongwoon penuh minat sambil menghirup kopinya.

Junhyung yang sedang mengunyah penkeknya sudah menjulingkan mata keatas. "Itu jelah kerja korang,bergosip.."

"Ala kau ni,tak boleh tengok kitorang senang sikit ke?"protes Hyunseung.

"Aku tak senang kalau korang mengata bos sendiri."

"Aku bukan mengata bos lah Junhyung.. Aku cakap benda yang betul! Kalau korang nak tahu,hari tu aku ternampak bos dengan Minha buat benda tak senonoh kat taman.."

Yang lain sudah mengerutkan dahi. Mereka tertanya-tanya apa yang bos mereka dan maidnya lakukan.

"Tak senonoh macam mana? Tak kanlah dia dengan Minha buat hubungan seks kot?"

"Hissy,gila ke? Asal otak kau kuning sangat Dongwoon?"marah Yoseob sambil menyekeh Dongwoon.

Tapi yang lain hanya ketawa mendengar kata-kata Dongwoon. Tak mungkinlah bos mereka mampu berbuat demikian. Bukan gay okey! Dujun itu tiada nafsu nak buat benda macam tu sekarang. Tapi kalau dia mampu sekalipun tak akanlah buat di taman? Buat di dalam biliknya yang bertaraf hotel lima bintang saja sudah memadai.

"Ish.. Ke situ pulak kau fikir Dongwoon. Bos tu takdalah kemaruk seks sangat sampai nak baham Minha yang lawo tu. Diorang cuma berpelukan jelah. "

"Lerr..Itu yang kau cakap tak senonoh? Aku ingat bos buat macam apa yang adik Woon kita cakap tadi..pfft."Hyunseung tergelak kecil.

"Well,peluk tu pun dah jadi satu petanda yang positif dalam perkembangan hubungan cinta bos."

Yang lain menganggukkan kepala tanda setuju .

"Yelah,bos tu kan mana pernah sentuh perempuan. Even masa dia dengan Cik Hyejeong dulu pun dia cuma mampu pegang tangan je."sampuk Hyunseung.

Dongwoon,sambil memegang kepalanya yang masih sakit disekeh Yoseob sempat lagi buat gaya berfikir. Kemudian dia bertanya,"Bos dengan Minha dah bercinta secara rasmi ke? Kenapa aku takda dengar pun berita ni"

Gikwang sudah ketawa mengekek."Mana ada.. Kau ni macamlah tak tahu bos tu macam mana. Dia kan suka pendam perasaan. Kan Junhyung?"

"Siapa yang suka pendam perasaan?"

Kemunculan bos mereka disitu membuatkan masing-masing tiba-tiba tersedak udara. Junhyung sudah meraup mukanya. Alamak,bos datang! Habislah..

"Ni haa Dongwoon ni suka sangat pendam perasaan. Dia suka Puan Li tapi taknak luahkan."Yoseob menuding jari ke arah Dongwoon disebelahnya. Terpinga-pinga Dongwoon dibuatnya. Yang lain sedaya upaya menahan tawa.

Dujun yang ketika itu sudah duduk di kerusi kosong bersebelahan Junhyung mengerutkan dahi. Tidak pula dia sangka Dongwoon menyimpan perasaan terhadap Puan Li. Agaknya dia suka perempuan tua kot,fikir Dujun sambil mengunyah buah strawberi yang diambilnya dalam mangkuk.

"Abe Seobie ni mengarutlah! Bila masa pulak aku sukakan Puan Li.."

"Eleh..yang hari tu kau puji dia lawa tu kenapa? Siap belanja Puan Li makan aiskrim lagi."

Dongwoon menjeling Yoseob dan Gikwang disebelahnya. Spontan dia mengetap bibir sambil menahan geram. Eii Abe Gik dengan Abe Seobie ni kan..nak je aku cepuk diorang sampai lumpuh!

"Hmm bos tak kerja ke hari ni?"tanya Junhyung cuba membuka topik lain. Kesian pula dia melihat Dongwoon yang sedari tadi memuncungkan bibir. Merajuk agaknya kerana dijadikan kambing hitam oleh Yoseob tadi. Hahah.

Dujun menilik jam di tangannya.

"Awal lagi,baru pukul tujuh setengah pagi."

Hyunseung yang perasankan kelainan pada tangan bosnya tiba-tiba bertanya,"Cantiknya jam tangan bos.. Jam tangan baru ke? Bila bos beli?"

"Jam ni? Ada orang bagi sebagai hadiah."selamba saja si bos membalas sambil menghirup kopi dalam cawan yang dituang Junhyung. Mujurlah dia ada membawa sebiji cawan lebih tadi.

"Tapi kenapa korang tak mandi lagi ni? Bukan kejap lagi korang kena pergi pantau kawasan projek ke?"

Sambil bertanya Dujun memerhatikan pijama yang tersarung pada badan anak buahnya. Pijama Junhyung tiada corak,hanya berwarna biru saja. Koollah katakan. Pijama Gikwang bercorak kotak-kotak,Yoseob bercorak polka dot,Hyunseung bercorak bunga-bunga kecil sesuai dengan imej mat bunga dan romentiknya. Dongwoon punya pula bercorak teddy bear! Comel! Hakhak.

"Tadi takda airlah bos,"jawab Gikwang selamba. Memang betul tadi tiada air di vila,mungkin kerana ada sedikit gangguan bekalan air. Ahli Beast Master yang lain menganggukkan kepala tanda menyokong kenyataan Gikwang.

"Sekarang mesti dah ada. Pergi mandi!"

Bila sudah ditengking dek bos yang memang pantang melihat orang bersarapan dengan muka kusut-masai gara-gara tak mandi, Beast Master pun apa lagi....mulalah menikus masuk ke vila untuk mandi. Dalam sibuk-sibuk masuk ke vila sempat lagi mereka berdiskusi.

"Nasib baik bos tak dengar apa yang kita bualkan tadi.."

"Yelah. Nasib baik Yoseob pandai kambing hitamkan adik bongsu kita yang comel lote ni. Hahah"spontan Gikwang mencubit pipi Dongwoon.

"Hmmphh..asyik aku je yang jadi mangsa..bencik!"pantas Dongwoon menepis tangan Gikwang kerana geram. Terus dia berlari masuk ke biliknya.

Junhyung sudah menyeringai."Tengok..budak kecik tu dah merajuk. Salah koranglah asyik bahan dia je."

Hyunseung tiba-tiba tersengih."Sejak bila kau prihatin pasal Dongwoon ni? Selalunya kau yang asyik buli dia."

"Korang ni..aku tak prihatin,aku prihatin pun salah.. Dah lah,aku nak gi mandi. Bazir air liur je cakap dengan korang."

Selepas Junhyung masuk ke bilik,Gikwang membuka mulutnya."Eh eh..apa hal dua-dua merajuk ni? Berjanji ke apa?"

Yoseob dan Hyunseung sudah ketawa mengekek sambil mengelengkan kepala. Gikwang pun turut sama ketawa.

******

Entah mimpi apa Hyejeong mengajak dia makan tengahari bersama hari ini. Dujun,dalam ragu-ragu bercampur hairan pergi juga berjumpa sahabat baiknya itu. Kalau difikirkan sudah lama juga dia tidak bertemu empat mata dengan gadis yang pernah menjadi kekasihnya dulu.

Ala,setakat berjumpa saja apa salahnya? Dujun menghidupkan enjin keretanya lalu memandu keluar dari kawasan syari

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD