Gone

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Minha duduk di tepi jendela biliknya sambil memerhatikan permandangan luar vila. Dari jauh kelihatan ahli-ahli Beast Master sedang bermain sepak takraw.. Sepak takraw? Ah..apa apa sajalah. Lagipun bersukan baik untuk kesihatan..tak kisahlah main sukan apa pun,janji badan sihat.

 

Gadis itu memeluk lututnya lalu termenung. Hampir seminggu juga dia tidak bertemu muka dengan Dujun. Sepanjang seminggu itu hanya Puan Li yang bertandang ke biliknya,menghidangkan makanan bila tiba waktu makan. Tapi yang anehnya Puan Li tidak pula mengunci pintu biliknya sepertimana yang Dujun lakukan tempoh hari. Namun walaupun pintu bilik tidak dikunci,dia tidak pula keluar dari bilik. Dia lebih selesa duduk memerap di bilik sambil bermain game dan melayari internet di komputer riba yang diberikan oleh Puan Li tiga hari lepas. Kadangkala ahli-ahli Beast Master ada juga datang bertemunya,itu pun untuk bermain dengan Minjun si monyet Brazil itu. Ada juga sekali dua mereka mengajak dia bermain permainan poker,go stop dan lain-lain. Mafia apa main benda macam tu? LOL

 

Dongwoon yang berada di luar vila ternampak kelibat Minha yang sedang duduk termenung di tepi jendela biliknya. Spontan dia menggelengkan kepala.

 

"Aku tak fahamlah kenapa bos layan Minha macam tu. Kesian pula aku tengok dia. Setiap hari asyik termenung je kerjanya."Dongwoon bersuara perlahan ketika dia dan ahli Beast Master yang lain sedang duduk berehat di laman vila selepas selesai bermain sepak takraw tadi.

 

"Kau yang tak faham cerita,itu pasal lah kau pening."selamba saja Yoseob membalas sambil meneguk air mineralnya.

 

"Cerita apa bang?"tanya Dongwoon dengan dahi berkerut. Ada apa-apa yang dia tertinggalkah selama ini?

 

"Cerita yang keluarga Minha tu dulu pembunuh dan dibunuh oleh orang-orang kita kerana mereka disyaki terlibat dengan kemalangan tuan besar dulu."jawab Hyunseung yang duduk disebelah Junhyung sambil menggigit donut yang diambil dari dapur sebentar tadi. Tuan Besar merupakan panggilan mereka kepada ayah Dujun dulu.

 

Dongwoon sudah melopong. Namun kemudian dia mengerutkan dahinya. "Eh kejap.. Macam mana aku seorang je yang tak tahu pasal ni?"

 

"Ek eleh.. Semalam masa kita orang bergosip sakan kau tertidur. Itu pasal kau tak tahu."bebel Gikwang pula.

 

Tersengih Dongwoon mendengarnya. Spontan dia menggaru kepalanya. "Semalam mengantuk sangatlah bang.. Tapi tak sangka pula keluarga Minha tu pembunuh upahan. Eh kejap.. Bukan tuan besar meninggal sebab kemalangan ke?"

 

Junhyung menggelengkan kepala. "Nope. Memang tuan besar meninggal disebabkan kemalangan tapi kemalangan tu sebenarnya dirancang oleh...keluarga Minha."

 

Gikwang yang sedang mengunyah donut di tangannya tiba-tiba menyampuk. "Dan bos tak mengamuk bila dapat tahu pasal tu? Hebat."

 

Hyungseung yang juga sedang menikmati donut sudah tersengih. "Lembap. Kan bos kita tu dah jatuh hati pada Minha, jadi dia dah tak kisahlah Minha tu siapa.. Lagi pun yang jadi pembunuh tu ahli keluarga Minha, bukan dia."

 

"Baru aku faham kenapa orang cakap cinta itu buta."ucap Yoseob sambil mengibas mukanya dengan tangan. Panas. Dongwoon dan yang lain sudah ketawa mengekek mendengarnya.

 

"Tapi kan.. Hebat juga kau ya Junhyung? Macam mana kau boleh siasat sampai dapat maklumat sebijik-sebijik macam tu?"

 

"Biasa sajalah. Lagipun kebanyakan maklumat aku dapat dari pengkalan data klan kita. Dari situlah ada data tentang keluarga Minha."balas Junhyung sambil mengambil beg galasnya yang berada tidak jauh dari tempat dia duduk. Dia kemudiannya mengeluarkan satu fail berwarna merah lalu diberikan kepada Yoseob di sebelahnya.

 

Yoseob sudah mengerutkan dahi melihat fail tersebut. "Fail apa ni Jun?"

 

"Ah,aku pernah tengok fail ni. Ini fail yang ada maklumat orang yang dikehendaki oleh klan kita kan?"duga Hyunseung.

 

Junhyung menganggukkan kepala. Ingat polis,FBI dengan CIA saja yang ada pusat pengkalan data? Mafia pun ada jugak! Klan Shadow Triad mempunyai satu unit yang ditugaskan untuk mengumpul dan menjaga data-data tentang musuh serta orang yang perlu mereka buru atau dalam erti kata lainnya wantedlah. Golongan yang diburu ini pula kebanyakannya terdiri daripada individu yang mempunyai masalah dengan klan itu, contohnya lambat bayar hutang ke..pengintip dari klan mafia yang lain ke apa ke. LOL. Dan keluarga Minha yang dikatakan sebagai pembunuh upahan serta penyebab kematian tuan besar disenaraikan dalam golongan yang diburu klan tersebut. Sebab itulah pengkalan data klan itu mempunyai data lengkap tentang keluarga Minha.

 

Yoseob membuka fail merah itu lalu meneliti data-data yang ada. Setelah berpuas hati,dia memberikan fail itu kepada Gikwang. Pantas saja lelaki itu membelek-belek kertas di dalam fail dan membacanya dengan penuh minat. Dan tiba-tiba lelaki itu mengerutkan dahi. Riak wajahnya sudah berubah dari biasa ke hairan bercampur binggung.

 

"Ini.. Tak mungkin.."

 

"Apa yang tak mungkin?"tegur Yoseob pelik. Dipandang muka Gikwang disebelahnya yang sudah berkerut seribu dengan mata terbeliak memandang isi fail. Ahli Beast Master yang lain juga memandang Gikwang dengan penuh kehairanan.

 

"Tak mungkin.. Ini tak mungkin.. Yahoooo!"Gikwang tiba-tiba bangun lalu mula melompat-lompat dengan penuh gembira. Kejap..gembira? Apa yang berlaku sehinggakan lelaki itu boleh melompat-lompat kegembiraan bagai beruk mendapat iphone ni?

 

Junhyung yang sedari tadi menjadi pemerhati mencebik."Sawan ke apa mamat ni.."

 

* * * * *

 

Selepas selesai menikmati makan tengahari, Minha melayari internet. Tiba-tiba dia teringat akan akaun media sosialnya yang sudah berbulan tidak dibuka. Nasib baiklah dia masih ingat ID dan kata laluannya. Pantas saja dia meng-log masuk akaun tersebut.

 

'Hmm.. Banyak betul notifikasi FB aku ni..'omel hati kecilnya sambil matanya memandang skrin komputer ribanya. Selepas memeriksa notifikasi,dia memeriksa bahagian mesej pula. Terdapat satu mesej dari sahabat baiknya yang dihantar sebulan yang lalu! Cepat saja tangannya menggerakkan tetikus untuk membuka mesej tersebut.

 

`Minha! Rindu kau sangat-sangat wuu.. Aku sekarang tinggal kat Seoul. Kau tinggal kat mana? Ada masa nanti kita jumpa nak tak?` - Ki Youngri

 

Minha tersenyum. Pantas dia menaip sesuatu.

 

`Maaf baru balas. Aku sibuk sikit. Aku pun tinggal di Seoul juga! OMG JOM JUMPA!` - Mint Hacks 'Ah,kita jumpa esok jelah. Hari ni aku sibuk sikit. Nanti aku datang ke rumah kau,boleh? n.n - Ki Youngri

 

Minha tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Mahu saja dia ajak sahabatnya itu ke keluar ke kafe tetapi dia sedar dia tidak dibenarkan keluar dari vila sama sekali oleh Puan Li mahupun si Beast Master. Mereka berlima kini bagaikan pengawal peribadinya sahaja. Setiap masa mereka berkawal di luar pintu biliknya. Nasib baik juga mereka berkawal di luar bilik,kalau mereka berkawal di dalam bilik hmm...

 

'Kau bagi nombor telefon kau boleh? Telefon aku hilang.. Nanti esok aku textkan alamat rumah aku kat kau.' - Mint Hacks

 

Tidak sampai seminit,nombor telefon sahabatnya itu sudah berada dalam simpanannya. Minha tersengih. Rasanya tak salah kalau sahabatnya itu datang ke vila ini. Masakan tuan punya vila ini mahu marah pula. Lagipun sudah agak lama juga bayang lelaki itu tidak kelihatan di mana-mana..mungkin dia ke luar negara atas urusan kerja.

 

"Sekejap..dah kenapa aku tiba-tiba terfikirkan mamat tak guna tu? Hmmphh... Ikut suka dialah nak pergi mana pun,bukan jadi urusan aku pun.. Dah,dah.. Berhenti fikir pasal dia!"bebel gadis itu seorang diri sambil menampar-nampar pipinya dengan tangan,cuba memaksa bayangan lelaki bernama Yoon Dujun pergi dari benak fikiran dan juga hatinya..

* * * * *

 

Puan Li mengetuk pintu bilik Minha. Tidak berapa lama kemudian gadis itu membuka pintu dengan senyuman.

 

"Ah,Puan Li. Ada apa datang sini?"

 

"Jom pergi jalan-jalan,nak? Rasanya dah lama awak tak keluar kan?"ujar Puan Li dengan senyuman.

 

Minha mengerutkan dahi. "Nak keluar ke mana? Bukankah tuan tak bagi saya keluar dari vila ni?"balasnya perlahan. Pelik,depan Puan Li bibirnya mudah saja memanggil Dujun 'Tuan'. Depan Dujun tidak pula dia memanggil lelaki itu dengan panggilan yang sepatutnya tempoh hari.

 

Sebenarnya seisi vila sudahpun tahu kenyataan sebenar tentang Minha dan mengapa tuan mereka melarang gadis itu keluar dari vila. Cuma mereka saja berlagak tak tahu depan Minha. Setakat berlakon tu apalah sangat..LOL

 

"Jalan-jalan sekitar kawasan vila je. Oh,itu awak jangan risau. Tuan okey je kalau awak keluar dengan saya. Lagipun budak-budak Beast Master tu ikut sekali. Awak pergilah bersiap-siap dulu. Kejap lagi kita keluar ya?"

 

Minha tidak membalas. Dia hanya tersenyum saja. Apa salahnya keluar bersiar-siar? Mana tahu dia boleh lupakan si ketua mafia tak guna tu? Tapi mampu ke mindanya melupakan lelaki itu? Belum cuba belum tahu..

 

Setelah selesai bersiap-siap,Minha keluar dari bilik dengan monyetnya Minjun di bahu. Si kecil itu suka benar kalau dapat duduk di bahu orang. Nasib baiklah dia agak jinak jadi tidaklah Minha risau bila membawanya keluar.

 

Sebenarnya Minha sudah dapat mengagak siapa yang menghadiahkan monyet kecil itu kepadanya minggu lalu. Cuma dia pelik,kenapa si pemberi itu bersusah-payah untuk berbuat demikian. Akhirnya dia membiarkan saja persoalan tersebut berlegar-legar di kepalanya. Malas nak fikir. Membazir sel otak saja.

 

"Yo Minha! Minjun pun ada?"tegur Gikwang. Tanpa sedar dia sudah menjadi peminat si kecil itu. Dia memang minat binatang-binatang comel dan eksotik ini.

 

"Ya. Takpe kalau bawa dia sekali,dia kan jinak. Nak main dengan dia eh?"tanya Minha dengan sengihan. Pantas saja lelaki di depannya menganggukkan kepala.

 

Si kecil itu sudah berubah tempat dari bahu tuannya ke bahu Gikwang. Bukan main suka lagi si kecil itu bila berada di bahu Gikwang. Mana tidaknya,lelaki itu memberikan dia sebiji pisang.

 

'Monyet ni anggap Gikwang bapak dia ke apa..'bisik hati kecil Minha sambil memerhatikan gelagat Gikwang dan monyetnya. Mesra bukan main!

 

"Haa,kat sini rupanya awak Minha. Jom!"ajak Puan Li dengan penuh semangat. Hairan juga gadis itu melihat kelakuan wanita itu,tiba-tiba saja hiperaktif. Selalunya dia nampak elegan saja dengan uniformnya serta rambut bersanggul,sekarang dia nampak seperti wanita muda pula dengan seluar jeans dan kemeja lengan pendek serta rambut yang dibiar melepasi bahu. Tapi kalau diingatkan balik Puan Li tidaklah tua sangat,baru berusia 42 tahun. Lagipun dia belum berkahwin dan melahirkan anak jadi sebab itulah rupa dan bentuk badannya kelihatan seperti wanita berumur lewat dua puluhan.

 

"Woi..tutup mulut kau tu. Kang lalat masuk kang baru tahu."sergah Junhyung tatkala melihat Dongwoon yang sudah ternganga melihat penampilan wanita disebelah Minha. Barangkali terpegun dengan penampilan wanita itu. Cepat-cepat pemuda itu menutup mulutnya.

 

Minha dan Puan Li sudah berjalan keluar dari vila. Beast Master pun mengikut saja. Bodyguardlah katakan. Wakakaka.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD