Separate Them!

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Himchan bersama ahli-ahli Bunny Killer yang lain sedang sibuk memerhatikan keadaan vila Dujun dari atas pokok. Ninjalah katakan. Dia kemudiannya mendail nombor ketuanya. Rasanya maklumat yang sudah diperoleh selama beberapa hari mereka mengintip vila itu sudah mencukupi untuk diberitahu kepada Yongguk.

 

"Helo..haa Himchan,ada apa kau call aku ni?"ujar Yongguk yang ketika itu sedang memandu menuju ke syarikatnya. Dia juga sama seperti Dujun iaitu merupakan seorang chaebol cuma yang berbezanya syarikat miliknya diuruskan oleh abang kembarnya Bang Yongnam. Peranan Yongguk pula untuk mengetuai klan Light Fang namun dia masih mempunyai saham tertinggi dalam syarikatnya.

 

Himchan tersengih ditalian. "Ketua, aku ada maklumat penting pasal perkara yang ketua minta aku buat tempoh hari. Ala, yang ketua suruh aku intip vila ketua Shadow Triad tu."

 

"Oh...cepatlah cakap."

 

"Kat vila tu memang ada maid bernama Minha..dan dia maid peribadi kepada Dujun. Lagi satu, Minha ni merupakan anak yatim piatu.."tiba-tiba Himchan mengesat matanya. 

 

Yongguk mengerutkan dahi apabila mendengar bunyi orang bawahannya itu menangis. "La..kau ni kenapa tiba-tiba je menangis?"

 

"Ahh..takdalah ketua, tiba-tiba teremosi bila dengar yang Minha ni anak yatim piatu. Aku kan anak yatim piatu jugak.."

 

"Hmm yelah. Dah takda maklumat lain ke? Kau takda intip pergerakan Dujun? Maksud aku, hari ni dia kemana, esok dia ke mana ke..?"

 

Himchan menggaru kepalanya. "Err...ada tapi dia cuma buat benda yang biasa je. Pergi kerja, balik dari kerja..kadang-kadang tu pagi-pagi dia pergi joging dengan orang kanan dia kat kaki bukit dekat vila dia..itu saja."

 

Yongguk mengangguk. "Okeylah. Teruskan intip diorang..dan siasat lagi pasal Minha tu. Nanti ada maklumat baru, kau maklumkan pada aku. Dah, aku ada kerja ni. Choww."balas Yongguk. Terus dimatikan taliannya.

 

 

Yongguk ketika itu sedang memandu apabila dia ternampak kelibat seseorang yang dikenalinya berada di sebuah perhentian bas. Eh..betul ke apa yang sedang mata aku tengok ni? Terus saja dia memberhentikan kereta di pinggir jalan lalu menurunkan cermin pintu keretanya.

 

"Yahh Shin Hyejeong, nak ke mana pagi-pagi tunggu bas kat sini?"tegur lelaki itu kepada seorang gadis yang sedang berdiri beberapa meter dari keretanya. Gadis itu yang sedang memerhatikan keadaan lalu lintas di jalan berpaling ke arah suara yang menegurnya. Eh..macam kenal je..bisik gadis itu perlahan.

 

"Bang Yongguk?"ucap gadis itu dengan mata terbeliak. Dia mengosok-gosok matanya.

 

"Ye.. Kau nak ke mana? Biar aku hantarkan. Cepat masuk."balas Yongguk dengan senyuman.

 

Hyejeong yang masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini tidak pula menolak ajakan Yongguk. Terus saja dia masuk dan duduk di sebelah Yongguk. Bukan apa, sudah hampir sejam juga dia berdiri menunggu bas di situ tapi sampai sudah tiada satu pun bas yang memunculkan diri. Sebab itu dia tidak menolak pelawaan lelaki itu. Lagipun..tumpang kereta orang boleh jimatkan duit. Hakhak

 

"Thanks sebab tumpangkan aku. Dari tadi aku tunggu bas tapi tak muncul-muncul jugak.."omel Hyejeong. Diperhatikan Yongguk disebelahnya. Sejak bila lelaki ini dah berubah menjadi sangat tampan dimatanya? Lol.

 

Yongguk tersengih. "Kau tak tahu ke? Bas kat kawasan ni memang lembap sikit perkhidmatannya.. Kau nak ke mana ni? Rushing ke tak? Kenapa tak suruh driver kau je hantarkan kau?"soal lelaki itu. Sekejap matanya memandang ke depan,sekejap matanya menjeling Hyejeong di sebelahnya.

 

Hyejeong menggeleng. "Aku mana ada driver.. Aku dah pindah keluar dari rumah. Sekarang aku duduk kat rumah sendiri je. Tak rushing pun sebab aku nak pergi shopping je.. Kenapa?"

 

"Hmm..takdalah. Lama kita tak jumpa so aku nak ajak kau pergi makan..nak tak?"

 

"Boleh juga."balas Hyejeong dengan senyuman.

 

Tidak berapa lama kemudian,mereka berdua tiba di sebuah kafe. Hyejeong masuk ke dalam kafe bersama Yongguk sambil memerhatikan keadaan di dalam kafe ini. Pelik..rasa macam pernah pergi kafe ni tapi lupa la pulak..omel Hyejeong. Dia kemudiannya duduk menghadap Yongguk.

 

"Kita..pernah datang sini ke? Rasa macam familiar je.."ucap Hyejeong setelah mereka selesai memesan hidangan. Yongguk tersenyum.

 

"Lupa? Kita selalu lepak kat sini masa belajar kat universiti dulu dengan boyfriend kau."balas lelaki itu sambil tangannya menongkat dagu. Matanya asyik memerhatikan Hyejeong. Kau masih cantik macam dulu Hyejeong..bisik hati kecilnya.

 

"Boyfriend? Maksud kau..Dujun? Tu bukan boyfriend..tu ex-boyfriend aku."

 

Yongguk mengerutkan dahi. Ex-boyfriend? "Sejak bila kau break dengan dia..dan kenapa? Bukankah korang saling mencintai sampai satu universiti meluat tengok korang?"perli Yongguk. Sejujurnya dia agak terperanjat mendengarnya. Sampai sekarang dia masih menyangka Hyejeong dan Dujun masih bercinta.

 

"Jujur betul ayat kau..takleh ke cakap tu bertapis sikit? Hmm..kami berpisah dalam dua tahun lepas rasanya..waktu tu aku kena sambung belajar ke luar negara sebab ayah yang suruh..so Dujun ambik keputusan untuk berpisah sebab dia tak yakin dia boleh teruskan hubungan jarak jauh ni..sama la juga macam aku."

 

"Tapi..kau masih cintakan dia kan?"soal Yongguk. Bukan dia tak tahu macam mana kisah cinta Hyejeong dengan Dujun. Mereka bertiga berkawan baik semasa belajar di universiti dan entah macam mana dia dapat tahu Hyejeong menyukai Dujun dalam diam dan Hy

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD