Happy Birthday!

Mister Mafia's Maid
Please Subscribe to read the full chapter

Junhyung berdiri di sebelah meja kecil tepi tangga vila sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dijeling telefon rumah berwarna hitam metalik yang berada di atas meja kecil itu. Baru sebentar tadi Puan Li menyuruhnya untuk menghubungi Yongguk melalui talian telefon rumah untuk mengajaknya ke parti kejutan hari lahir Dujun malam ini. Tapi Junhyung bukannya reti sangat berkomunikasi melalui telefon. Pernah sekali dia disuruh Dujun untuk menelefon sepupunya Kyunsang untuk ke majlis makan malam syarikat,bila Kyunsang sudah berada di talian sampai sudah Junhyung tidak bercakap. Akhirnya Dujun pula yang terpaksa bercakap ditalian.

 

'Kenapalah Puan Li suruh aku..leceh betullah,'rungut lelaki itu dalam hati. Digagahkan juga tangannya mencapai gagang telefon yang berada tidak jauh darinya lalu didail nombor vila Yongguk yang diberi oleh Puan Li tadi. Selepas mendail lelaki itu menghela nafas sambil menunggu panggilannya dijawab.

 

"Helo,kediaman Bang Yonggik..eh, Bang Yongguk disini. Boleh saya tahu siapa di talian?" kedengaran suara seorang gadis dengan lenggok nada bak operator telefon menampar lembut gegendang telinga Junhyung.

 

'Hmm.. Macam pernah dengar suara ni..'

 

"Err.. Helo.. Saya pembantu Encik Yoon Dujun. Boleh saya bercakap dengan Encik Bang?"lambat-lambat lelaki itu bertanya. Terasa suaranya kini bergetar kerana malu.

 

"Ah.. Awak ni Junhyung kan?"

 

Junhyung mengerutkan dahi. "Macam mana awak boleh tahu saya ni siapa?"

 

"Saya tahulah.. Kita pernah berjumpa sekali,semasa awak dan tuan awak datang ke vila Tuan Yongguk tempoh hari. Dan saya ni jenis yang dapat kenal suara orang walaupun bercakap dalam telefon."

 

Junhyung sudah menyeringai. Dia sudah dapat membayangkan siapa yang bercakap ditalian sekarang.

 

"Kyungri..is it? "Soal Junhyung. Entah kenapa secara automatik bibirnya kini mengukir senyuman tatkala terbayangkan rupa maid Yongguk yang memang lawa di matanya itu. Kenapa ya?

 

Kyungri ditalian sudah tersenyum-senyum. Ingat juga dia pada aku,bisik hati kecilnya.

 

"Ya. By the way, Tuan Yongguk baru saja keluar dengan kekasih dia tadi. Ada hal apa awak tiba-tiba telefon bertanyakan pasal tuan ni?"

 

Huh? Kekasih? Sejak bila kawan baik tuan aku ni ada kekasih? Hmm kena korek rahsia ni!

 

"Saya telefon sebab nak jemput dia ke vila malam ni untuk parti hari jadi tuan saya. Tapi..sejak bila tuan awak dah ada kekasih ni?"

 

Kyungri yang berada ditalian tiba-tiba buat gaya berfikir. Macamlah Junhyung nampak dia buat macam tu. "Hmm.. Saya sendiri pun tak pasti bila tuan dah ada kekasih. Tapi kebelakangan ni ada seorang perempuan cantik yang selalu datang ke vila untuk berjumpa dengan tuan. Dan mereka nampak mesra semacam saja. Jadi saya andaikan mereka sedang bercinta. Ehehe."

 

Junhyung menepuk dahi. Pandai-pandai saja maid Yongguk ni buat andaian. Tapi dia musykil juga siapa perempuan cantik yang dikatakan Kyungri itu. Mungkinkah perempuan itu..

 

"Hmm.. Takpalah. Nanti tuan awak balik awak maklumkan pasal parti Tuan Dujun kepada dia ya. Dan tuan saya cakap awak sebagai maid juga boleh datang ke parti dengan tuan awak."

 

Kyungri mengerutkan dahi. Agak pelik dengan ayat terakhir yang keluar dari mulut Junhyung. Iyalah,takkanlah dia yang hanya berpangkat maid boleh mengikut tuannya ke parti hari jadi sahabat tuannya? Bukankah parti hari jadi golongan atasan hanya dihadiri oleh golongan atasan macam tuannya? Merendah diri betul si Kyungri ni.

 

"Eh..macam tak padan je saya ikut tuan saya ke parti orang kaya macam tuan awak ni."balas gadis itu segan. Kalau dia pergi pun dia juga yang akan merasa bosan. Lebih baik dia duduk di vila menonton drama. Cakap pasal drama sudah dua hari dia terlepas menonton drama Hyde,Jekyll, Me lakonan Hyunbin. Makin lama makin bertambah rindunya terhadap pelakon pujaan hatinya si Hyunbin itu. Dia tengok drama tu pun sebab ada Hyunbin,bukan sebab jalan cerita best ke apa. Lol

 

"Tuan Dujun bukan saja-saja ajak.. Dia cuma mahu awak berkenalan dengan maid-nya. Tuan Dujun berpendapat,tak salah kalau maid dia dan maid kawan baiknya berbaik-baik macam dia dan Tuan Yongguk."balas Junhyung. Iyalah tu,padahal itu semua cuma ayat yang direka-reka saja. Bosnya si Dujun mana pernah kisahkan hal maid-maid ni. Dia saja yang pandai-pandai tokok tambah cerita. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia sanggup bertindak demikian. Minda asyik terbayangkan muka Kyungri saja sekarang.

 

Kyungti tiba-tiba teruja. Dia sangka kawan tuannya itu tidak mempunyai maid,malah dia beranggapan bahawa Junhyung adalah butler Dujun. 'Bernas juga idea Tuan Dujun,nak maidnya berbaik-baik dengan aku. Hikhik..Tapi salah ke kalau orang kaya ada maid dan butler serentak? Entahlah Kyungri!',fikir gadis itu.

 

"Tak apalah,nanti saya fikirkan. Kalau saya dijemput pun saya kena tanya tuan dulu. Kalau tuan bagi saya ikut dia,saya ikutlah. Kalau tak,senyap jelah. Theehee.. Maaf ya Junhyung,saya ada kerja yang nak dibuat. Minta diri dulu ya.. Bye-bye!"

 

Tersengih saja Junhyung mendengarnya. Dia meletakkan gagang telefon kembali ke tempatnya setelah talian diputuskan. Dalam hati dia sudah berharap..berharap agar Yongguk membawa bersama maidnya itu dan juga 'kekasih'nya seperti yang diberitahu Kyungri tadi. Setelah puas melayan perasaan dia berpaling ke belakang untuk ke taman di belakang vila, menghabiskan kerjanya yang tergendala sebelum Puan Li meminta tolongnya tadi. Namun begitu dua orang lelaki tiba-tiba muncul di depannya dengan sengihan di muka.

 

"Abang Jun bercakap dengan siapa kat telefon tadi..hmm? Mesra bebeno nampaknya."tegur Dongwoon dengan sengih nakal. Disiku-siku Junhyung didepannya.

 

Junhyung agak terkejut dengan kehadiran Dongwoon dan Hyunseung tapi pandai menyembunyikan rasa terkejutnya dengan buat muka kering. Dia tidak menjawab,sebaliknya terus berjalan meninggalkan Dongwoon dan juga Hyunseung. Kalau dilayan dua orang ni memang tak buat kerjalah aku,omel lelaki itu dalam hati. Tapi Dongwoon dan Hyunseung tidak mahu mengalah. Mereka tertanya-tanya siapa yang bercakap dengan Junhyung ditalian sebentar tadi sehinggakan bibir lelaki tu asyik mengukir senyuman saja. Macam mana Junhyung yang tidak banyak reaksi itu boleh tiba-tiba tersenyum bila bercakap dengan si polan ni?

 

Hyunseung yang terlebih curious menggaru dagu. Hmm.. Tak boleh jadi ni..kena korek jugak rahsia dari si Joker tu. Aku tak nak mati dalam keadaan tertanya-tanya! Terus dia mengejar Junhyung yang sudah berada jauh di depan. Dongwoon pun ikut sama mengejar.

 

"Kau dah ada girlfriend ya Junhyung? Sampai hati kau tak bagitahu kami!"

 

"What the heck.. Bila masa pulak aku ada girlfriend?"marah Junhyung.

 

"Habis tadi kau bercakap dengan siapa? Siap tersenyum macam beruk matyeh je aku tengok."balas Hyunseung selamba.

 

Junhyung yang tadinya masih berjalan berhenti melangkah. Dia berpaling ke belakang. Dipandang wajah Hyunseung dengan muka yang sengaja diseriuskan sambil menghela nafas.

 

"Salah ke aku nak senyum? Dan apa kau cakap tadi..? Beruk matyeh? Meh beruk matyeh ni ajar kau sikit.."Tidak semena-mena kepala Hyunseung disekeh kuat oleh Junhyung. Meraung Hyunseung dibuatnya. Dongwoon yang menjadi pemerhati sudah ketawa.

• ° • ° •

 

Petang itu baru Dujun dan Minha pulang ke vila. Itupun kerana puas bersiar-siar. Mula-mula mereka makan di kedai ais krim,lepas itu Dujun mengajak maid-nya ke kedai bakeri pula. Selepas ke kedai bakeri,mereka singgah ke sebuah kedai menjual haiwan peliharaan untuk mencuci mata,itupun sebab Minha yang ternampak kedai itu. Setelah itu baru mereka pulang. Semasa bersiar-siar dengan tuannya tadi Minha gak terkejut. Dia langsung tidak menyangka terdapat banyak kedai-kedai menarik di sekitar kaki bukit itu. Dari restoran hinggalah ke game arcade! Kalau dari awal dia tahu di sekitar vila ada game arcade,sudah lama dia pergi melepak disana. Kaki game la katakan. Ekeke.

 

Balik saja ke bilik,Dujun terus membaringkan diri diatas katilnya. Letih! Tapi walaupun letih hatinya senang. Bersiar-siar dengan maid-nya siang tadi sudah dikira sebagai dating bagi Dujun. Bagi Minha tak tahulah dating ke tak. 

 

Sambil berbaring Dujun mengingat kembali apa yang berlaku siang tadi,ketika Minha mengajaknya ke sebuah pet shop. Dia menurut saja. Masuk saja ke dalam kedai,maid-nya seperti terkena histeria bila melihat kucing-kucing parsi,arnab,anak anjing dan lain-lain haiwan yang mungkin nampak begitu comel dimata gadis itu. Sampaikan katak pun dikatanya comel. Mungkin Minha ni memang pencinta haiwan tegar. Sedang Dujun membelek-belek kucing batu yang berada di dalam sangkar,dia perasankan Minha yang berdiri kaku di depan sebuah sangkar.

 

Dujun mendekati maidnya. Dipandang muka maidnya dari tepi. Matanya bersinar-sinar seperti melihat batu berlian! Bila dia berpaling ke depan,dia dapat melihat satu spesis haiwan yang belum pernah dilihatnya di dalam sangkar tersebut. Rupanya seakan-akan tupai tapi juga gak mirip dengan monyet. 'Haiwan apakah ini? Pening pula aku tengok rupanya,'fikir Dujun.

 

Dujun sudah berfikir semasak-masaknya. Mindanya asyik terbayangkan wajah Minha yang asyik sekali memerhatikan haiwan tersebut di pet shop tadi. Hmm.tak boleh jadi ni! Cepat-cepat dia bangun dan keluar dari biliknya. Sasarannya kini hanya satu..Pet shop!

 

• ° • ° •

 

Puan Li tersenyum saja bila melihat taman yang sudah dihias cantik,sesuai dengan acara yang mereka akan jalankan selepas ini. Set kerusi dan meja taman sudah pun disusun, muzik serta makanan dan minuman juga sudah tersedia. Yang tinggal hanya kedatangan si birthday boy.. Siapa lagi kalau bukan Yoon Dujun? Ekeke. Nasib baiklah lelaki itu tidak menjenguk ke taman vila pun sepanjang hari ni,terima kasih kepada Minha yang sudi bersiar-siar dengan Dujun.

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Tq sbb sudi support ff ni smpai tamat cx

Comments

You must be logged in to comment
tripletsmonsta #1
Kenapa bunny killer. Lawak betul. Kalau sebut banyak kali jadi bunny giler
Amywussi #2
Chapter 10: Wahh bestla cerite you...funny !!
xoxogirl2 #3
Wah mcm seronok je
misz_dina #4
Chapter 27: Alala,sweet ending dye. ^_^
inaequanimous
#5
Chapter 26: Happy ending tahniah okno mohon sequel dia dpt anak /slapped
_fs_abby
#6
Chapter 27: *rengek ke tak* satu, sebab ceta nii dh abis tpi author buat sequel. tak jadi rengeek XD hehehehe ! hwaiting!
amani123
#7
Yeah cerita author memang daebak hehehhe author semoga dpt jumpa lagi author
trisyia_shin
#8
Chapter 27: Ala....lepas ni tak tau nak subscribe citer mana sebab dah habis.
bestnyer... buat citer best2 tau
nanti pandai2lah aku subscribe citer kau.
tahniah sebab dah habiskan iter kau
tak henti sengih dowh aku...isk isk...
Limitless_
#9
Chapter 25: Hak hak hak xD Yongguk ngek xD Ade ke boleh berlakon.. Tak pasal-pasal kene headlock ngn Dujun xD Dujun melamar Minha >< Terima Minha !! xD
_fs_abby
#10
Chapter 25: *buatmukasepuluhsen* kasi lah sequel~~~~ cerita nii comeei lah, minha tak jawab lagi pertnyaan dujun daaan belum ada kisah tentang anak2 minjun xD