chapter 16
KALAU JODOH TAK KEMANASelepas seminggu di hospital, Sunny mendapat kebenaran untuk pulang. Sunny diberikan cuti selama sebulan dari aktiviti SNSD untuk memberikan kesembuhan total pada kakinya. Sunny mendapat ramai kunjungan dari teman-teman artis.
Sungmin telah menikah, Sunny hanya memandang di kaca televisyen. Tiada air mata yang mengalir, cukuplah 3 bulan sebelum kemalangan kapal terbang membuat dia bersedih dan muram. Sungmin menghubunginya sehari sebelum pernikahannya ‘entah dari mana dia dapat nombor barunya’ .
Sunny termenung mengenang detik-detik indahnya bersama Sungmin. Air matanya yang ingin menitis segera diseka perlahan. Bohong jika dia tidak terluka.
Ku punya rasa, tak terungkapkan
Hanya dalam memori, hati dan benakku ku simpan,
Berat menerima kau pergi
Tanpa alasan kau buat aku bertanya
Beribu senandung yang kunyanyikan
Pelipur lara basuhkan dahaganya sukaku
Ku masih merindukannya
Apakah ku amat bererti dimata engkau?
Telah ku ukir wajahmu lama dalam hatiku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
Kumerasa sepi ku sendiri
Masalah dia dan Jessica juga belum selesai. Gadis itu langsung tidak menampakkan diri. SMS dan panggilannya juga tidak pernah berbalas. Handphone pemberian Soohyun di pandang, dia sudah mempunyai handphone baru dari syarikatnya, jadi dia ingin memulangkan handphone itu kembali. Nombor di dial.
“Hello?” Panggil Sunny berhati-hati. Hanya satu deringan panggilannya telah berjawab.
“Hello Sunny, akhirnya awak call saya jugak.” Jawab Soohyun gembira.
“Saya nak pulangkan handphone ni dan bayar balik duit yang saya pinjam dulu”. Kata Sunny
“emm”. Hanya itu jawapan Soohyun. Dia sedang memikirkan sesuatu agar hubungan mereka masih dapat diteruskan.
“Hari ni free tak?”
“Tak, besok boleh?”
“Bila-bila pun boleh, saya fre
Comments