chapter 15
KALAU JODOH TAK KEMANASoohyun segera bangun menunduk hormat pada keluarga Sunny. Awkward. Sementara Sunny di manjakan oleh ibu dan kakak-kakaknya, Soohyun berbual dengan Ayah dan abang-abang ipar Sunny.
Selepas Keluarganya hilang dari penglihatan, Sunny memandang Soohyun tajam. Seperti ingin menusuk hati Soohyun melalui pandangannya. Soohyun sedikit menggelabah melihat pandangan itu.
“Pergi balik jugak”, halau Sunny.
“Ganasnya”. Kata Soohyun lembut.
“Balik lah wak, awak ada kerja kan hari ni. Balik lah rehat”. Pujuk Sunny lagi.
“Awak tak suka saya kat sini?” tanya Soohyun sedih.
“Tak, tapi kita tak kenal diri masing-masing. Awak kat sini, teman saya macam ni, seganlah saya”.
“emm, kalau saya cakap sesuatu, jangan marah ya”.
“apa?”
“awak tak ada sakit jantung kan?” tanya soohyun.
“Tak adalah”. Kata Sunny geram. Tangannya sudah ingin menghempuk Soohyun menggunakan bantal yang diberi anak saudaranya.
“ok ok. Saya rasa saya sukakan awak”. Hening seketika. Mata Sunny membulat memandang Soohyun. Confius!
“Sunny ah!” Panggil Soohyun perlahan. Hampir 10 minit gadis dihadapannya mendiamkan diri. Hanya terkebil-kebil memandangnya.
“Awak. Suka. Saya?” tanya Sunny satu persatu. Soohyun mengangguk.
“Sejak bila? Kita baru jumpa semalam.”
“Sejak sebulan yang lalu”.
Comments