tomh

My lovely husband
Please Subscribe to read the full chapter

Suzy merebahkan tubuhnya di atas katil. Leganya. Dapat berbaring di atas katilnya yang empuk dan amat selesa setelah penat bekerja. Kerja! Tidak pernah terlintas di benak fikirannnya untuk berkerja. Itu sama sekali bukan dirinya apatah lagi berkerja sebagai penjual buku. Sudahlah kena berjemur di tengah panas yang akan membakar kulitnya yang putih.

Dia bukanlah orang yang susah sehingga terpaksa menyara dirinya. Papanya sendiri mempunyai syarikat gah di situ. Akan tetapi prinsipnya berubah setelah mengenali Sehun. Lelaki itu banyak mengubahnya menjadi lebih berdikari dalam hidup. Tidak dinafikan pada mulanya dia tidak suka akan prinsip Sehun tetapi lama kelamaaan dia sudah mulai suka dengan prinsip berdikari. Mungkin kerana itulah juga Suzy sanggup berkerja sebagai penjual buku semata-mata hanya untuk membeli hadiah buat lelaki yang dicintainya.

Suzy tersenyum senang apabila teringat akan hal tadi. Lelaki bersut hitam itu secara tiba-tiba membeli semua bukunya. Dia bersyukur sangat kerana lelaki itu jugalah, dia dipuji bosnya sehingga bosnya memberi bayaran lebih daripada biasa. Siapa pun kau, aku betul-betul ucapkan terima kasih.

Tuk!Tuk!

“Nantilah saya turun makan. Tak lapar lagi ini bik.” Ujar Suzy separuh menjerit. Bukanlah kasar cuma ingin memastikan orang gajinya mendengar apa yang dikatakan. Maklumlah orangnya sudah tua pasti sahaja tahap pendengaran agak kurang.

“Sayang, ini your mom bukan bibik.” Ujar Puan Hera agak sinis seraya ketawa kecil.

Alamak! Macam mana mamanya ada pulak. Suzy lantas mengambil kalender kecil yang terletak di atas meja soleknya. Suzy lantas menepuk kecil dahinya. Macam mana dia boleh lupa. Mama dan papanya menghadiri majlis itu selama tiga hari dan hari ini merupakan hari terakhirnya majlis itu. Memanglah mama dah muncul dekat rumah.

Bukan dia tidak suka cuma orang didalam rumah tidak boleh tahu tentang pekerjaannya. Mana mungkin dia akan memberitahu jika keluarganya melarang sama sekali untuk melakukan kerja ini. Keluarganya sangat menitik-beratkan maruah atau lebih kepada kenamaan yang selama ini dijunjung oleh keluarganya. Suzy juga sudah naik rimas dengan kelakuan ibu bapa mereka. Suzy terus bangun dari katilnya dan menuju ke laci pakaian. Diambilnya sehelai t-shirt merah yang merupakan kegemarannya dan short pants hitam paras paha.

”Suzy, open the door please!.” Ujar Puan Hera iaitu ibu kepada Suzy.

”Wait mom!” Setelah siap memakai baju, Suzy terus berlari-lari anak ke arah pintu untuk membuka selak di pintu.

”Mommy!” Suzy menyapa seraya memeluk erat tubuh ibunya. Ibunya membalas erat rangkulan anaknya. Mana mungkin dia tidak merindui anaknya. Sudah hampir tiga hari tidak bertemu dengan anak perempuan kesayangannya. Selama tiga hari ini dia terpaksa menghadiri persatuan-persatuan korporat bersama suaminya dan terpaksa meninggalkan anaknya sementara.

“I miss you so much, mom!” ujar Suzy manja. Lantas dia melepaskan pelukan daripada ibunya. Puan Hera berkerut melihat Suzy.

“Suzy buat apa ya sepanjang mama tak ada?”

“Suzy tak buat apa-apa pun. Just duduk rumah, baca majalah, makan, tidur. Ini pun Suzy baru bangun tidur.” Terpaksa dia menipu kepada ibunya. Walaupun mamanya menjadi tempat mengadu, tetapi dia tidak punya kekuatan untuk memberitahu hal yang sebenar.

“Bangun tidur! Aih… tidur pakai lipstick ke?” Puan Hera tersenyum meleret. Spontan tangannya mendarat ke atas bibirnya. Oh no! Kenapalah beri alasan yang macam ini. Suzy tersengih ke arah ibunyna. Aish… kenapalah tak cuci lipstick  ini dulu. Sudahlah merah menyala.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
Thanks Fazzura Daebak and iemcute... awak buat saya happy..

Comments

You must be logged in to comment
teentop_angeljoe04 #1
Chapter 7: Update soon pailli
HeavenDelight
#2
wah..x sangka..authornim update cita ni setelah sekian lama..XD
exotic3010 #3
Chapter 7: Update soon authornim
baekki_kook #4
Chapter 6: Heol xD update soon ^^
Mrs_Hana02
#5
Chapter 6: Update cepat~~ ><
HeavenDelight
#6
Chapter 6: Eh..luckyfree..tersilap..hehe
HeavenDelight
#7
Chapter 6: Luckystar..iema disini!!haha..
Love baeksoo moment very muckkk..haha
Sian bakkie kna tendg dgn yuri..sakit punggung emas die tu..XD
Tp bile membygkn kyungsoo oppa dgn rambut basah dn sedng mengeringkn rmbut die..wow..so y + hensem..*fangirling*
choco_chim
#8
Chapter 6: eii geram pulk dgn baekkie!~
update soon author nimm