tomh

My lovely husband
Please Subscribe to read the full chapter

Suzy melangkah masuk ke dalam kelas dengan raut wajahnya yang masam. Sebaik sahaja punggungnya mendarat elok di atas kerusi kayu,seraya  sikunya diletakkan di atas meja untuk menongkat  dagunya. Lingkaran gelap di bawah matanya jelas kelihatan kerana tidak cukup tidur. Tidak dipedulikan Sena yang memandang pelik ke arahnya sebaliknya anak matanya memandang meja milik Sehun. Aishh… Bilalah nak balik ini? Sememangnya dia rindu pada lelaki itu dan dia sangat memerlukan lelaki itu untuk meluahkan rasa tidak ketidakpuasan dihatinya. Sudahlah telefon lelaki itu dimatikan, mana mungkin dia dapat menghubunginya.

 

“Suzy, kau ini nampak tak cukup tidurlah. Dah macam pandalah aku tengok kau.” Suzy hanya menoleh sekilas ke arah Sena sebelum kepalanya diletakkan di atas meja. Dia sekarang terlalu penat untuk mengeluarkan bicaranya walaupun cuma sepatah. Mulutnya seakan terkunci rapat dan dia hanya melayan rentak otaknya agar melelapkan mata. Ini semua kerana kata-kata papanya yang terngiang-ngiang dimindanya berbincang tentang soal perkahwinan untuk dirinya membuatkan dia tidak tidur lena.

 

“Suzy tak nak kahwin papa.” Suzy yang tidak sedar kata-katanya terkeluar dari bibirnya menyebabkan Sena yang sedang menekan kalkulator terhenti dek mendengar kata-kata Suzy. Sena memandang Suzy yang masih menutup mata. Dia yakin dia tidak salah dengar apa yang keluar dari mulut Suzy.

 

“Hoi, bangunlah! Jangan tidur lagi, aku nak cakap dengan kau ini.”Sena lantas menggocangkan bahu Suzy membuatkan Suzy terbangun. Satu esakan kecil yang keluar dari bibirnya. Suzy seraya menolak tangan Sena dari terus menggongnya dengan mata yang masih lagi tertutup. Tidurnya digangggu oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan baginya.

 

“Kau nak apalah? Aku nak tidur pun tak senang.” Suzy menyandar badannya belakang kerusi sambil kepalanya didongakkan ke atas. Dia betul-betul perlukan rehat sekarang ini.

 

“Kau nak kahwin ke? Dengan siapa?” Bicara Sena agak kuat sehingga dua-dua pelajar perempuan di hadapannya menoleh ke arahnya. Spontan mata Suzy terbuka luas, memandang tajam ke arah Sena sambil mencebik bibirnya. Suzy memandang dua orang pelajar sambil tersenyum manis.

 

“Eh, bukan! Bukan saya yang kahwin, dia ini pekak sikit.” Suzy menjelaskan kepada kedua-dua pelajar perempuan tersebut membuatkan mereka hanya menangguk tanda faham dan menoleh semula ke depan. Sena di sebelahnya hanya tersengih , menghantar isyarat ‘Ops, sorry terlepas!’ kepadanya.

 

“Kau! Kenapa kau cakap macam itu dekat aku? Cakap, adakah kau ini pengintip selama ini? Cakap!” Walaupun suaranya bernada rendah akan tetapi riak wajah Suzy jelas menunjukkan dia serius. Menyilangkan tangan di dada sambil kakinya dilunjurkan ke hadapan merenung tajam ke arah Sena bagai hendak memberikan hukuman mati ke atas mangsanya.

 

“Aku bukan pengintiplah. Kau sendiri yang cakap. Mungkin kau tak sedar, sebab itu kau main tuduh aku sembarangan.” Sena menundukkan kepalanya dibawah. Sesekali anak matanya memandang kasut putih berjenama ALL STAR milik kawannya. Tidak sanggup rasanya bertentang mata dengan Suzy yang kelihatan agak marah dengannya.

 

“Aku ke yang cakap? Ok, tak apa! Lupakan apa yang aku cakap tadi. Aku just termimpi pasal movie yang baru aku tengok. Sedih punya pasal sampai aku terbawa-bawa dalam tidur. Dah kau boleh sambung kerja rumah kau semula.” Sebaiknya dia menutup mulut tentang masalah dirinya.

 

Berharap rakan disebelahnya ini tidak mengesyaki yang bukan-bukan. Suzy serik untuk memberitahu rahsianya kepada orang apatah lagi Sena. Bukan dia tidak meletakkan kepercayaan kepada gadis itu, cuma mulut gadis itu tidak boleh disimpan lama. Apatah lagi apabila gadis berkaca mata ini melatah, habis terhambur semua rahsianya. Suzy menggeleng-gelengkan wajahnya apabila membayangkan hal itu terjadi lagi, sudah pasti kecoh satu sekolah. Pasti ramai pelajar membuat andaian yang bukan-buka dan sekaligus dia akan menjadi tajuk utama ‘Suzy kahwin kerana bunting’. Ish.. minta simpanglah!

 

Kyungsoo menyandarkan badannya di sofa bilik tidurnya. Tali leher direngangkannya sebelum dicampak ke atas katil. Sesekali anak matanya menatap jam dinding di biliknya. Fikirannya sekarang tidak menentu apabila ingat kata-kata ibunya sebentar tadi.

“Yoong!”  Kyungsoo yang melangkah masuk ke rumah disergah ibunya.  Ditatapnya wajah ibunya penuh kebingungan.

“Kenapa ma?” Kyungsoo bertanya sambil ditarik tangan ibunya lalu dicium. Puan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
Thanks Fazzura Daebak and iemcute... awak buat saya happy..

Comments

You must be logged in to comment
teentop_angeljoe04 #1
Chapter 7: Update soon pailli
HeavenDelight
#2
wah..x sangka..authornim update cita ni setelah sekian lama..XD
exotic3010 #3
Chapter 7: Update soon authornim
baekki_kook #4
Chapter 6: Heol xD update soon ^^
Mrs_Hana02
#5
Chapter 6: Update cepat~~ ><
HeavenDelight
#6
Chapter 6: Eh..luckyfree..tersilap..hehe
HeavenDelight
#7
Chapter 6: Luckystar..iema disini!!haha..
Love baeksoo moment very muckkk..haha
Sian bakkie kna tendg dgn yuri..sakit punggung emas die tu..XD
Tp bile membygkn kyungsoo oppa dgn rambut basah dn sedng mengeringkn rmbut die..wow..so y + hensem..*fangirling*
choco_chim
#8
Chapter 6: eii geram pulk dgn baekkie!~
update soon author nimm