tomh

My lovely husband
Please Subscribe to read the full chapter

“Yuhuu… I’m back.” Teriak Yuri kegembiraan. Bagasi dicampakkan sehingga jatuh ke atas lantai dan dia mendepakan tangannya luas sambil kepalanya didongakkan memandang ke siling rumahnya. Satu hirupan udara disedut kuat lagaknya seolah burung yang sedang bebas berterbangan di awan. Semestinya dia gembira kerana dapat bertemu dengan mama dan adik kesayangannya. Sudah lama juga dia ‘bertakafur’ di negara orang,jadi sudah semestinya dia merindui mereka berdua. Dia pulang pun tanpa pengetahuan Puan Hana dan Kyungsoo semata-mata  untuk mengejutkan mereka.

“Yuhuu…Mama! Adik! Akak Yuri yang comel ini dah balik.” Yuri memanjat anak tangga sambil matanya meliar mencari keluarganya. Langakahnya diteruskan ke bilik ibunya namun hampa tiada langsung bayang mamanya. Mana pulak diorang ini? Yuri mengeluh hampa. Yuri memucungkan bibirnya sambil matanya dijulingkan ke atas. Lantas langkahnya diatur ke bilik tidurnya.

“Katilku yang paling kusayang. Yaaahhhh” Yuri berlari-lari anak dari muka pintu terus melompat ke atas. Sungguh dia rindukan katilnya yang telah banyak berjasa memberinya tidur yang selesa.  Dia menekupkan muka ke arah bantal seraya dicium-ciumnya untuk melepaskan rindu. Tabiatnya memang agak selekeh kerana bukan sahaja gincu di bibir yang melekat bahkan air liurnya sekali terpercik pada sarung bantal itu. Itulah Yuri, kocemelannya telah mengaburi watak selekeh dalam dirinya.

Ding!Dong!

Loceng rumah berbunyi membuatkan dia menghentikan kerja mencium pada bantalnya. Aishh.. pelik!  Takkanlah mamanya nak membunyi loceng, pasti tetamu lain yang berkunjung. Yuri bangun dari katilnya dan menuju ke cermin melihat wajahnya memastikan wajahnya kelihatan baik sebelum menghadap tetamu. Dikemaskan rambutnya yang agat serabai dengan tangannya. Ok, cun!

 Sebaik sahaja Yuri ingin memulas tombol pintu, alangkah terkejutnya apabila pintu itu ditolak kuat oleh seseorang menyebabkan buku lali Yuri terkena bucu pintu tersebut. Yuri akhirnya terdorong ke belakang menyebabkan punggungnya selamat mendarat kecemasan dilantai.  

“Aduhai, sakitnya!” Yuri yang lupa akan tetamu dihadapannya hanya mengangkat punggungnya sedikit dan digosoknnya dengan tangan kirinya. Sebelah lagi tangannya mengusap lembut buku lalinya yang kelihatan sudah berubah merah. Lupa tentang tetamu dihadapannya yang sedang memerhatikannya sambil berkerut. Sakit! Air matanya hampir jatuh namun pantas ditahan. Aku tak boleh menangis sebab benda sekecil ini. Yuri yang baru sedar dirinya diperhatikan terus memandang pada tetamu yang biadap itu.

“Kau? Hoi, kau dah kenapa tolak aku ini? Sakit tahu tak.” Yuri memaki lelaki yang berdiri dihadapannya. Siapa lagi tetamu yang tak tidak tahu malu kalau bukan Baekhyun. Ingin sahaja dia menumbuk lelaki itu tetapi apakan daya, kakinya yang masih sakit menyukarkan dia untuk bergerak membuatkan Yuri  terpaksa melupakan hasratnya sebentar.

“Sorrylah! Aku tak sengaja. Aku tak nampak pun kau. Lagipun siapa suruh kau jadi batu depan pintu ini.” Baekhyun mencangkung disisinya seraya menekan buku lali Yuri.

“Hoi… sakitlah! Asal kau tekan lembab? Kau tahu tak, aku nak buka pintulah bukan jadi batu. Kau pun satu, main masuk pula rumah orang.” Yuri membentak marah seraya bahu lelaki dihadapannya dipukul kuat. Baekhyun menggigit bibir dengan wajahnya yang dikerutkan. Cuba menahan sakit pada bahunya akibat dihempuk kuat oleh gadis itu. Yuri tidak peduli akan raut wajah Baekhyun yang sudah berubah riak sebaliknya masih memberikan tumpuan kepada buku lalinya. Sudahlah sakit makin ditekannya pula oleh lelaki durjana ini. Hampir terkeluar air matanya. Bukan! Bukan hampir, tetapi air matanya sudah laju mengalir di pipi. Akhirnya satu esakan kuat daripada Yuri menyebabkan Baekhyun menggelabah tak tentu hala.

“Hoi, janganlah nangis nanti mak kau dengar. Habis aku kena soal dengan mak kau.” Baekhyun cuba memujuk Yuri namun gadis itu tidak mengendahkan malah tangisannya makin kuat lagaknya umpama orang yang meraung kerana kehilangan anak. Dia sudah tidak endahkan walaupun wajahnya yang berubah buruk kerana menangis.

“Jangan nangislah! Shushh… Mak kau dengarlah nanti. Habis keluar semua parangkan.” Baekhyun cuba mengibas wajah gadis itu dengan kedua-dua tangannya supaya gadis itu reda. Baekhyun akhirnya mengetap gigi apabila usahanya sia-sia kerana gadis itu masih lagi seperti tadi.

“Mak aku tak ada dekat rumah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
Thanks Fazzura Daebak and iemcute... awak buat saya happy..

Comments

You must be logged in to comment
teentop_angeljoe04 #1
Chapter 7: Update soon pailli
HeavenDelight
#2
wah..x sangka..authornim update cita ni setelah sekian lama..XD
exotic3010 #3
Chapter 7: Update soon authornim
baekki_kook #4
Chapter 6: Heol xD update soon ^^
Mrs_Hana02
#5
Chapter 6: Update cepat~~ ><
HeavenDelight
#6
Chapter 6: Eh..luckyfree..tersilap..hehe
HeavenDelight
#7
Chapter 6: Luckystar..iema disini!!haha..
Love baeksoo moment very muckkk..haha
Sian bakkie kna tendg dgn yuri..sakit punggung emas die tu..XD
Tp bile membygkn kyungsoo oppa dgn rambut basah dn sedng mengeringkn rmbut die..wow..so y + hensem..*fangirling*
choco_chim
#8
Chapter 6: eii geram pulk dgn baekkie!~
update soon author nimm