tomh

My lovely husband
Please Subscribe to read the full chapter

Kyungsoo menyandarkan tubuhnya pada badan kereta. Sesekali matanya mengerling ke arah jam tangannya.  Sudah masuk beberapa kali jarum jam dilihatnya. Jarum jam masih berputar dan itu yang membuatnya panas ketika ini. Aish! Mana pulak dia ni? Kelibat orang yang dinanti masih belum menampakkan bayang. Ada sebabnya dia berhenti di hadapan sekolah yang bercat hijau itu. Sudah semestinya kerana permintaan atau lebih kepada arahan ‘madam’ besar  yang menyuruhnya menjadi tunggul untuk menunggu bakal isterinya pulang.  Seketika ingatannya beralih pada perbualan dia dan ibunya tadi.

Kyungsoo yang sedang menyusun bajunya di dalam almari terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Lantas dia berjalan lalu membuka pintunya yang diselaknya. Kelihatan mamanya tersengih disebalik pintu sambil menayangkan sampul putih di hadapannya.

“Apa ni ma? Tiket bola ke?” Kyungsoo meneka sambil kening sebelahnya terangkat.

“Ha! Ha! Hambarnya lawak kamu ni soo.”

Sindir mamanya membuatkan ketawa Kyugsoo meletus kuat. Wow, rare betul mak zaman sekarang! Terasa macam bercakap dengan kawan. Soo menghentikan tawanya apabila wajah mamanya masam mencuka. Dia menuntun mamanya ke sofa. Kyungsoo mencapai remote lalu memperlahankan volume televisyennya. Seusai sudah, Kyungsoo berpaling memandang wajah mamanya.

“Yes mom?"

tanya Kyungsoo lembut. Mamanya menghulurkan sekeping sampul surat putih itu lagi. Kyungsoo berkerut kehairanan. Mama memberi isyarat supaya dia membuka dan melihat sendiri isi di dalamnya. Kyungsoo tersenyum manja. Difikirannya mula membayangkan yang sampul itu pasti berisi boucher, tiket percutian melancong di luar negara dan banyak lagi yang kini ligat berpusing di kepalanya. Baru sahaja dia ingin membuka, mama memberitahu kandungan sebenar yang berada di dalam sampul itu.

"Bakal isteri untuk kamu."

Hampir tercengang dirinya. Dia mengambil masa untuk mencerna kembali apa yang dikatakan mamanya. Apakah benar ini? Sampul itu tidak jadi dibukanya. Kyungsoo lalu bangun dari sofa dan menghempas badannya di atas katil. Selimut ditarik menyelubungi seluruh badannya. Perlakuan Kyungsoo membuatkan mamanya terpinga-pinga. Aih, sudah! Anakku terkena demam campak.

Puan bangun lalu berjalan mendekati anaknya. Selimut yang membaluti tubuh anaknya ditarik kuat. Namun sayang, kudratnya yang tua tidak setanding waktu mudanya. Puan menepuk dahinya. Puan masih lagi memujuk Kyungsoo menjemput bakal isterinya dari sekolah. Bukan pujukan lebih kepada paksaan.

"Kyungsoo-ah! Bangun sekarang. Tolong ambil bakal isteri kamu sekarang."

Suara puan jelas kedengaran di telinga anaknya. Mamanya telah hilang kesabaran kali ini. Kyugsoo masih lagi terdiam kaku dibalik selimut. Sengaja dia lakukan seperti itu. Tidak sanggup mahu mendengar ibunya berleter buat masa sekarang ini. Dia mahu membantah, ibunya pasti menentangnya habis-habisan. Jadi cara ini barangkali berbaloi buat dirinya.

"Oh, begini perangai anak mama. Baru minta tolong sikit, anak mama malas. Mama bukan suruh Soo angkat batu konkrit pun. Soo anak mama tapi Soo buat mama macam ini. Siapalah mama dihati Soo."

Puan memuncungkan bibirnya persis anak kecil. Kyungsoo melepaskan keluhan kecil. Aih, mama merajuk pula. Kyungsoo menolak selimut ke tepi. Wajah mamanya yang kelihatan sugul dipandang. Kasihan pula melihat mamanya. Bukan dia tidak mahu membantu mamanya akan tetapi apa yang dihajati mamanya agak keterluan. Bagi dirinyalah. Mungkin kalau permintaan itu ditujukan kepada Baekhyun, sudah pasti anggukan diterima. Baekhyun memang laju kalau pertolongan seperti itu. Lelaki miang keparatlah katakan. Heh!

"Soo, janganlah tinggalkan bakal isteri you ya. Pergi jemput dia, please?"

Pertanyaan mama lebih kepada arahan. Haih, ini yang malas bila umur mencecah 30-an. Kena ada girlfriend, kena ada isteri, cepat ada anaklah. Entah apa-apa lagilah yang harus dibuat. Kadangkala bertuah menjadi lelaki seperti Baekhyun. Cemburu melihat temannya yang lebih beruntung berbanding dirinya. Baekhyun umpama burung yang bebas sedang bagai dia burung nuri di dalam sangkar. Huh!

Kyungsoo menghentikan lamunannya apabila terlihat pelajar-pelajar dari sekolah Shin-Wa mula berjalan keluar melepasi pagar sekolah, Anak matanya meliar memerhati satu-persatu wajah yang seirans dengan gambar yang diberi mamanya. Sepanjang dalam perjalanannya tadi, mindanya hampir berpusing 180' , mencari kalau-kalau dia pernah terserampak wajah gadis itu. Ingatannya sarat ketika itu.

 Bak kata Baekhyun

"Otak blur penuh dengan semut dan beruang gay-boy kau"

Cis, baik punya kawan!

Pandangannya dilabuhkan kepada seorang gadis yang dicari. Langkah diatur mendekati gadis itu. Cantik! Wajah gadis itu dperhati. Bibir merah dan kulit yang putih bersih. Wajahnya dilengkapi dengan sepasang mata yang bundar. Semakin lama diamatinya membuatkan mindanya berputar laju.

Eh, dia ni....

Macam mana boleh dirinya tidak perasaan akan gadis itu. Akhirnya satu senyuman serta kelucuan bersarang di hati lelakinya itu.

 Baekhyun duduk di berandar rumahnya. Gitar dipetik mengikut rentak yang lahir dari hatinya. Mood jiwangnya tengah membara ketika ini. Sesekali bibirnya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
Thanks Fazzura Daebak and iemcute... awak buat saya happy..

Comments

You must be logged in to comment
teentop_angeljoe04 #1
Chapter 7: Update soon pailli
HeavenDelight
#2
wah..x sangka..authornim update cita ni setelah sekian lama..XD
exotic3010 #3
Chapter 7: Update soon authornim
baekki_kook #4
Chapter 6: Heol xD update soon ^^
Mrs_Hana02
#5
Chapter 6: Update cepat~~ ><
HeavenDelight
#6
Chapter 6: Eh..luckyfree..tersilap..hehe
HeavenDelight
#7
Chapter 6: Luckystar..iema disini!!haha..
Love baeksoo moment very muckkk..haha
Sian bakkie kna tendg dgn yuri..sakit punggung emas die tu..XD
Tp bile membygkn kyungsoo oppa dgn rambut basah dn sedng mengeringkn rmbut die..wow..so y + hensem..*fangirling*
choco_chim
#8
Chapter 6: eii geram pulk dgn baekkie!~
update soon author nimm