tomh

My lovely husband
Please Subscribe to read the full chapter

Suzy memandang kosong meja Sehun. Mana pulak dia ini? Sesekali anak matanya menoleh jam dinding kelas. Jam sudah menunjukkan 7:20 pagi tetapi bayang Sehun masih tidak kelihatan di dalam kelas. Selalunya waktu begini Sehun lebih awal darinya. Sengaja dia datang awal semata-mata kerana lelaki itu. Memang salah niatnya tetapi apakan daya perasaan cintanya itu terlebih buat lelaki itu.

“Kau ini macam tak senang duduk aku tengok. Punggung kau ada jerawat batu ke?” ujar Sena selaku sahabatnya separuh menyindir. Mulut memang tak pernah diberi insuran agaknya. Sudahlah perangai kasar, mulut laser pula itu. Mujur sahaja dia sudah bersahabat dengan Sena hampir lima tahun jadi Suzy sudah lali dengan kelakuan gadis itu.

“Ish.. Adalah! None of your business, dear.” Jawab Suzy tanpa menoleh ke arah Sena. Mana dia tak senang duduk, ada sesuatu yang perlu diberikan kepada lelaki itu. Anak matanya memandang ke arah beg kertas berisi jam tangan diletakkan di dalam kotak baldu biru gelap. Beg kertas itu dipegang erat. Jamnya yang dibelinya menggunakan wang gajinya sendiri untuk diberi kepada Sehun sempena hari kelahiran lelaki itu.

Sebaik sahaja Puan Kim selaku guru matematik dan juga merupakan guru kelas melangkah masuk ke dalam kelas, semua murid berdiri untuk menyambut kedatangan guru. Chen, ketua kelas mengucapkan selamat pagi kepada guru dan diikuti semua murid di kelas.

“Kelas sebelum kita mulakan pembelajaran. Cikgu nak beritahu kamu yang Sehun tidak hadir ke kelas selama beberapa hari kerana ada urusan keluarga.”

 Masing-masing berpandangan antara sesama sendiri sebelum mengalihkan pandangan ke arah Suzy. Semua menantikan riak Suzy apabila mendengar kata-kata cikgu Kim. Semestinya Suzy agak sedikit terkejut apabila mendengar kata-kata Cikgu Kim namun cuba mengekalkan riak selamba. Hampir satu sekolah tahu tentang hubungan mereka jadi itu tidak hairan jika dia satu kelas memandangnya. Maklumlah Sehun lelaki yang popular di sekolah kerana ketampanannya jadi sememangnya dia juga terkena tempiasnya.

“Kesiannya! Entah boyfriend tak bagitahulah itu. Nampak sangat Sehun dah bosan dengan dia.” Ujar salah seorang pelajar perempuan di hadapannya menyindir.

 Suzy sudah lali dengan umpatan rakan sekelasnya. Dia juga dicemburui gadis-gadis di situ walaupun rakan sekelasnya. Sebetulnya walaupun dia sakit hati, dia tak mampu untuk menutup mulut orang. Biarlah! Tapi sekarang ini hatinya agak terkilan dengan Sehun. Sedikit sebanyak kata-kata Irene tersebut meracuni fikirannya. Mengapa Sehun tidak memberitahu hal seperti ini? Patutlah sejak kelmarin telefon lelaki itu tidak berangkat.

“Wei kau ok tak ini?” Sena menepuk perlahan bahu Suzy. Dia tahu Suzy agak terkilan dengan kata-kata Irene. Sebolehnya jika dia mempunyai kuasa, sudah lama mulut Irene dijahitnya.

“Aku ok! Aku nak pergi tandas kejap.” Suzy bangun dari kerusi dan menuju ke arah cikgu Kim meminta izin kepada guru mereka untuk ke tandas. Air mata cuba ditahan sebelum gugur membasahi bumi.

 

“Mama rasa Yoong patut kahwin. Sekarang kamu dah bekerja. Carilah isteri pulak ya.” Ujar Puan Hana yang sedang enak menjamah salad.

Kyungsoo hanya diam memandang spagethi yang terhidang tanpa menjamahnya. Fikirannya melayang entah kemana. Puan Hana merenung pelik melihat kelakuan anaknya yang sejak tadi termenung seolah-olah hanya jasadnya yang ada. Takkan marah pasal hari itu kot. Salahkah jika memarahi anaknya supaya tidak berkelakuan sumbang dengan Baekhyun. Memang dia akui dia salahnya juga kerana menuduh anaknya tanpa usul periksa lalu menengking Kyungsoo terlalu kasar sehingga dipiat telinga anak lelakinya itu.

 “Anak mama ini kenapa tak nak makan? Marah lagi ke dengan mama pasal hari itu?” Puan Hana memujuk sambil memegang tangan Kyungsoo.

Kyungsoo yang tersedar seraya menggelengkan kepalanya. Bukan! Bukan kerana hal tempoh hari, tetapi kerana dirinya ralit memikirkan seseorang yang hampir lama dia lupakan. Gadis yang pernah dicintainya suatu ketika dulu namun sayang gadis itu bertindak menghancurkan hubungan mereka.

“Channie, kenapa awak sanggup curang dengan saya? Apa salah saya?

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
Thanks Fazzura Daebak and iemcute... awak buat saya happy..

Comments

You must be logged in to comment
teentop_angeljoe04 #1
Chapter 7: Update soon pailli
HeavenDelight
#2
wah..x sangka..authornim update cita ni setelah sekian lama..XD
exotic3010 #3
Chapter 7: Update soon authornim
baekki_kook #4
Chapter 6: Heol xD update soon ^^
Mrs_Hana02
#5
Chapter 6: Update cepat~~ ><
HeavenDelight
#6
Chapter 6: Eh..luckyfree..tersilap..hehe
HeavenDelight
#7
Chapter 6: Luckystar..iema disini!!haha..
Love baeksoo moment very muckkk..haha
Sian bakkie kna tendg dgn yuri..sakit punggung emas die tu..XD
Tp bile membygkn kyungsoo oppa dgn rambut basah dn sedng mengeringkn rmbut die..wow..so y + hensem..*fangirling*
choco_chim
#8
Chapter 6: eii geram pulk dgn baekkie!~
update soon author nimm