tomh

My lovely husband
Please Subscribe to read the full chapter

Kyungsoo yang sedang menulis sesuatu di failnya tersentak apabila telefonnya berbunyi. Dia menyeluk kocek seluarnya untuk mengeluarkan telefonnya. Dia lantas melihat skrin telefonnya untuk melihat nama si pemanggil. Satu keluhan dilepaskan apabila melihat nama pemanggil tersebut sebelum menjawab panggilan tersebut.

“Kau nak apa ni?” Kyungsoo menyandarkan badannya di kerusi sambil jari-jarinya memicit kepalanya.

“Wei, tolong aku cepat? Masalah besar ni.” Ujar si pemanggil tersebut. Nada cemas si pemanggil sudah dapat diagak Kyungsoo.

“Kali ni, tunang mana pulak yang kau rembat Baekhyun?” ujar Kyungsoo separuh menyindir. Baekhyun! Memang tidak lain tidak bukan, pasti kerana si Baekhyun aka Penggoda telah menggangu seorang wanita yang telah menjadi kepunyaan orang lain. Dia sudah masak dengan perangai sahabatnya.

“Wei, ini bukan tunang. Perempuan dah ada suami. Aku sekarang ni dah naik seram tengok bodyguard suami perempuan ni.” Kyungsoo ternganga seraya menggeleng-geleng kepalanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Baekhyun. Haih…. Memang parahlah. Siapa suruh cari pasal dengan bini orang.

“Kau ni gilakan. Tak ada perempuan lain ke? Dah lah kebas bini orang. Memang tak patutlah kau ni. Kau patut sedar dosa tahu,kalau buat macam ni. Kau ini memang dasar penggoda tak berbayar betullah.” Ceramah Kyungsoo yang pendek namun cukup pedas di telinga Baekhyun.

“Yah! Dahlah. Kalau kau nak membebel nanti-nantilah ya. Sekarang ni, tolong akulah. Aku nak keluar tandas pun takut tau. Naik seram tahu tak aku tengok diorang ni.” Kyungsoo menjauhkan telefon daripada telingannya untuk mengelakkan dirinya mengalami sindrom pekak disebabkan kebingitan terlampau oleh suara Baekhyun.

“Yalah aku nak tolonglah ni.Kau dekat mana ni?” tanya Kyungsoo sambil melihat jam di tangannya. Dah pukul 4 petang.

“Aku dekat kelab biasa. Cepat sikit tau. Tut..Tut..Tut..” Talian dimatikan sebelum sempat Kyungsoo menjawab. Ternganga Kyungsoo dibuatnya. Cis… Sopan punya kawan.

Kyungsoo tiba di kelab yang Baekhyun maksudkan. Mana pulak dia ni? Dekat sinilah dia cakap, tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Kyungsoo menjulingkan bola matanya ke atas sambil jari penunjuknya mengetuk perlahan dahi untuk cuba mengingat kembali tentang apa yang dia dan Baekhyun bualkan.

“Yah! Dahlah. Kalau kau nak membebel nanti-nantilah ya. Sekarang ni, tolong akulah. Aku nak keluar tandas pun takut tau. Naik seram tahu tak, aku tengok diorang ni.”

“Ah… tandas!” Kyungsoo terus menuju ke tandas di kelab tersebut. Sebaik sahaja dia masuk ke tandas, matanya tertancap ke arah sekumpulan lelaki bersuit hitam mengerumuni di depan pintu tandas yang pertama. Mesti si Bacon dekat dalam bilik air situ. Aihh.. ini memang dah parah. Sampai lima orang bodyguard. Takkanlah si Baekhyun ni tak keluar lagi.

“Hello!” ujar Kyungsoo sambil tersenyum ke arah mereka. Sekumpulan lelaki tersebut merenung pelik ke arah Kyungsoo. Mungkin pelik dengannya yang tiba-tiba datang menyapa.

“Yoong, kau ke tu? Tolong aku cepat.” Jerit Baekhyun kegembiraan yang berada di bilik air. Baekhyun mengeluh kelegaan apabila sahabanya datang. Tadi dia hampir menangis memikirkan Kyungsoo tidak akan membantunya. Atau mungkin dia menangis kerana sudah tidak tahan bau tandas sehingga dirinya kekurangan oksigen dan memikirkan dirinya akan mati.

“Encik-encik semua ni bodyguard siapa ya?” ujar Kyungsoo ramah. Lelaki-lelaki tersebut tidak menjawab sebaliknya menghadiahkan sebuah jelingan tajam ke arah Kyungsoo seolah-olah ingin menggambarkan renungan Kau nak mati? Kyungsoo meneguk liur.

 “Maaflah kalau kawan saya ada ganggu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
luckyfree
Thanks Fazzura Daebak and iemcute... awak buat saya happy..

Comments

You must be logged in to comment
teentop_angeljoe04 #1
Chapter 7: Update soon pailli
HeavenDelight
#2
wah..x sangka..authornim update cita ni setelah sekian lama..XD
exotic3010 #3
Chapter 7: Update soon authornim
baekki_kook #4
Chapter 6: Heol xD update soon ^^
Mrs_Hana02
#5
Chapter 6: Update cepat~~ ><
HeavenDelight
#6
Chapter 6: Eh..luckyfree..tersilap..hehe
HeavenDelight
#7
Chapter 6: Luckystar..iema disini!!haha..
Love baeksoo moment very muckkk..haha
Sian bakkie kna tendg dgn yuri..sakit punggung emas die tu..XD
Tp bile membygkn kyungsoo oppa dgn rambut basah dn sedng mengeringkn rmbut die..wow..so y + hensem..*fangirling*
choco_chim
#8
Chapter 6: eii geram pulk dgn baekkie!~
update soon author nimm