Food Eater SoEun

My Oneshot fanfics.

Makanan merupakan benda yang paling disayangi oleh SoEun sejak dari hari dia dilahirkan. Sejujurnya. Ia merupakan impian SoEun untuk merasai makanan yang pernah ada. Makanan sedap. Ayam. Itik. Daging. Lembu. Kambing. Kerbau. Tak kiralah. Semuanya sudah dirasai oleh SoEun namun entah kenapa dia masih lagi belum puas lagi dengan segala-galanya. Dia memerlukan makanan lain. Makanan yang belum pernah dirasai lagi olehnya selama ni.

 

Minat kepada makanan yang sedap dahulunya kini sudah berubah menjadi minat yang pelik. SoEun sudah penat dengan segalanya. Dia inginkan makanan yang baru. Yang belum pernah dirasai lagi olehnya selama ni. Makanan yang mungkin tiada orang lain pun yang mampu makan selama ni. SoEun hanya tersenyum sambil mengingati apa yang bakal menjadi menu makanan untuknya hari itu. 

 

Pasti akan ada makanan yang sedap untuknya lagi. Sudah pasti. Dia memerlukan makanan. Hanya dengan memikirkannya, SoEun sudah mula tersenyum, lidahnya sudah mula menjilat bibirnya. Makanan yang sudah ada di dalam otaknya saat itu seperti boleh dirasainya sekarang. Sedap yang amat. 

 

"Butler!!"

 

Butlernya keluar dari bilik tersebut, memerhatikan cik mudanya yang sudah duduk di meja makan saat itu. Pakaian yang tersarung di badannya saat itu tersangatlah rapi, kemas sahaja nampaknya. Namun di sebalik semua itu, entah kenapa mata butlernya itu terselit sesuatu yang kelihatan seperti ketakutan. Entahlah. Dia sendiri pun tidak tahu. Dia bingung memikirkannya. 

 

"Maid!!"

 

Segera seorang lagi gadis yang muda keluar menemui SoEun saat itu. Memandang ke arah gadis di hadapannya itu. Baju maid yang tersarung itu samalah seperti yang dipakai butlernya, cuma untuk versi perempuan. Tangannya menggigil. Melihat ke hadapannya. Mata gadis itu juga entah kenapa. Ketakutan juga. Sama seperti butler SoEun tadi. Namun bukan itu yang menjadi persoalannya kini.

 

"Bacakan menu untuk saya makan hari ni.."

 

Arah SoEun, memandang ke arah dua orang tersebut. Butlernya hanya mampu tunduk sambil membuka menu di tangannya saat itu. Menu yang tertulis itu sebenarnya...

 

"Breakfast Cik Muda hari ni.. Jus sayuran dengan 16 jenis rumpai, cornflake dengan besi, sup cendawan beracun, salad special chef dan juga broiche special butler, sedulang buah-buahan yang luar musim dan juga kopi yang akan buat Cik Muda terjaga selamanya...."

 

Kata butlernya sebelum menyerahkan bacaan menu tersebut kepada maid yang berdiri di sebelahnya saat itu. Menu yang dipegang oleh maid tersebut lebih mengelikan daripada yang ada di tangan butlernya itu sejujurnya.

 

"Lunch Cik Muda.. Fried and raw onion salad dengan onion extra, carpacio dengan octupus hidup, terung grill tanpa terung.... Roti yang dibuat oleh maid special.. Ais krim goreng special chef dan juga potion untuk memabukkan cik muda..."

 

Kata maidnya pula, sedikit tersekat apabila mengetahui betapa menggelikan kesemuanya. Terutamanya potion yang disebutkannya tadi. Diletakkan bisa ular dan racun tikus. Entah bagaimana Cik Muda SoEun ini memakan segalanya pun tidak pernah diketahui oleh mereka. Keduanya keluar selepas chef mereka masuk menghadap Cik Muda SoEun untuk menghidangkan makanan untuknya hari itu.

 

Itulah kehidupan biasa SoEun yang merupakan cik muda di dalam istananya sendiri. Makanan menjadi teman hidupnya. Racun yang membunuh orang biasa menjadi rempah ratus, penambah rasa dalam makanan yang dimakan olehnya. Tiada yang mampu berkata apa-apa. Segala yang diinginkan oleh SoEun harus dihidangkan kepada gadis itu dengan segera. Berani membantah? Nasib malang menanti. 

 

 

Suatu hari yang biasa, chefnya yang ke-15 setelah sekian lama muncul dihadapannya. SoEun sedang menikmati makanannya saat itu sebenarnya. Chef tersebut telah menanyakan satu soalan sahaja kepada SoEun. 

 

"Boleh tak saya nak minta cuti daripada kerja, cik muda?"

 

Hanya itu sahaja yang ditanya oleh chef tersebut. Untuk mendapatkan cuti. Benda yang mudah. Namun SoEun tak dapat menerima semua itu. Ini tidak adil untuknya. Dia memerlukan makanan juga. Kalau chefnya itu mengambil cuti, siapa yang akan memasak untuknya? Jadi chefnya yang ini juga ingin meninggalkannya untuk kebulur? 

 

Tiba-tiba, entah kenapa otak SoEun dipenuhi dengan benda-benda yang makin membuatkannya lapar. Dia sudah semestinya kelaparan. Ditambah pula dengan tukang masaknya yang berdiri di hadapannya saat itu. SoEun sudah muak dengan semua ini. Sekarang dia memerlukan sesuatu yang lebih berisi. Lebih sedap. Lebih berdaging.

 

Dan matanya hanya melihat tukang masaknya yang ada di hadapannya saat itu. Tukang masak malang itu langsung tidak dijumpai sejak hari itu. 

 

Semakin lama, SoEun semakin dahagakan makanan yang sama seperti tukang masaknya yang berani mengingkarinya sebelum itu. Sudah semestinya dia cuma memerlukan sesuatu untuk dimakan. Sehinggalah satu hari dimana SoEun sudah menjadi hilang akal sebentar. Tangan butlernya itu ditariknya rapat ke sisinya. Kelaparan yang dirasai perutnya saat itu sudah tidak tertahan lagi. 

 

"Oh butlerku.. Si pemuda yang berdiri di sana.. Ke mari.. Jangan biarkan cik muda ni tertanya-tanya akan rasa kamu.. Tolonglah.."

 

Dengan itu, gigi SoEun yang sudah seperti siung puntianak itu juga membenam ke dalam tengkuk butlernya itu sebelum ditariknya, dinikmati pemuda itu sehingga ke tulangnya. Maidnya pula melarikan diri daripada tempat itu setelah melihat butler tersebut dimakan hidup-hidup oleh SoEun yang sudah berubah menjadi kanibal itu. 

 

Namun itu pun masih lagi tidak memuaskan SoEun. Tinggal berseorangan, SoEun langsung tidak melakukan apa-apa. Kebuluran. Rasa kosong di dalam perutnya. Dia ingin makan. Apa pun. Tidak kiralah. Dia memerlukan makanan. Dia perlu makan.

 

Sehinggalah pada hari dia terlihat akan cermin yang sering berada di hadapannya. Entah kenapa. Orang yang berada di dalam cermin itu. Kelihatan lazat sungguh. SoEun sendiri tidak tahu apa yang bermain di otaknya saat itu. Namun apa yang pasti cumalah satu.

 

Dia ingin makan orang yang memandangnya saat itu.

 

Seperti dirasuk oleh sesuatu, SoEun merapatkan dirinya ke hadapan cermin itu. Begitu juga dengan gadis yang ada di dalam cermin itu. Setiap perbuatan yang dibuat oleh SoEun diajuknya bulat-bulat. Mata yang memandang ke arahnya dengan penuh kelaparan. 

 

SoEun perlahan-lahan merapatkan tangannya, mendapatkan tangan di hadapannya itu, dan menggigit tangan itu perlahan-lahan. Rasanya sedikit masin, berkrim sungguh. Rasanya adalah yang paling sedap yang pernah dirasakan olehnya saat itu. Namun rasa sakit yang teramat yang dirasainya tiap kali dia menggigit tangan dihadapannya itu tidak dirasai. Dia menyukai daging itu. Lebih dari segalanya. Dia tidak perlukan yang lain. Ini sahaja pun sudah mencukupi. 

 

Rasa kenyang yang pertama kali dirasai olehnya itu merupakan kali pertama yang dirasai olehnya. 

 

Dan selepas itu SoEun melutut.

 

Dan mati.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^