Monsters

My Oneshot fanfics.

Dalam setiap manusia, ada raksasa. Tak percaya? Hmm.. There is. Cuba lihat jauh ke dalam diri anda. Pasti anda akan berjumpa dengan raksasa tersebut...

YoonA hanya memandang ke hadapannya sambil melihat kembali ke arah bilik tersebut. Satu kisah. Tidak bernama. Airmatanya bergenang saat itu. Mungkin gembira. Mungkin juga bersedih. Entahlah. Tiada siapa yang tahu. Segera dia berpaling sebelum orang melihat segalanya. Dia takkan menangis lagi seperti budak kecil. Dia akan hidup dengan gembira. Tak kiralah siapa pun yang berhadapan dengannya saat ini.

 

 

"YoonA, pastikan fail tu dah ada kat atas meja saya before afternoon. Saya perlukan fail tu secepat mungkin.."

 

Kata LuHan tegas sebelum berlalu ke dalam biliknya saat itu. YoonA hanya mengangguk perlahan sambil memerhatikan fail dihadapannya yang sudah mulai bertimbun saat itu. Memang itulah kerjanya sebagai pembantu bosnya yang bernama LuHan itu. Baik. Memang gaji yang diberikan sangat-sangat la besar namun bebanan kerja yang ditanggung olehnya saat itu juga sebesar gajinya. Adakalanya agak keletihan YoonA ingin mengejar deadline yang ditetapkan.

 

"Eh, pekerja yang nama Oh SeHun tu? Dengar cerita dia terjun dari bangunan, betul ke?"

 

"Orang cakap dia dah mati.. Kesian..""Rugi betul.. Orang sekacak tu pun nak terjun bangunan ke?"

 

"Kes putus cinta la tu.."

 

Setiap hari yang berlalu mendengarkan gosip mengenai pekerja yang bernama Oh SeHun tu. YoonA hanya meneruskan kerjanya sambil membiarkan cerita-cerita tersebut di sekelilingnya. Namun, hatinya adakala agak tertanya-tanya juga. Sesekali ada juga YoonA mendengar cerita mengenai Oh SeHun disitu. 

 

Pemuda itu disukai ramai di tempatnya. Ada yang mengatakan dia sangat kacak. Pandai mengambil hati orang. Kerjanya, jangan cakaplah. Pekerja contoh. Segala-galanya mengenai dia sangatlah menarik. Namun entah apa yang terjadi, dia tiba-tiba sahaja ditemui di hadapan bangunan pejabat tersebut. Orang kata dia terjun, namun tiada siapa pun yang tahu apa penyebabnya. Sehinggalah sekarang. Macam-macam cerita.

 

"Korang dah takde kerja lain ke? YoonA, masuk bilik saya sekarang."

 

Arahan LuHan, mudah. Perlahan YoonA mengorak langkahnya masuk ke dalam bilik tersebut. Pintu tersebut tertutup dan dengan sekelip mata sepasang tangan memeluknya dari belakang dengan erat. Kemas sekali pelukannya. Satu ciuman hinggap di pipi YoonA, membuatkannya sedikit tersenyum. 

 

"Lu rindukan Yoong.."

 

Kata LuHan perlahan. YoonA hanya tersenyum sambil memandang ke arah pemuda tersebut. Si dia yang menjadi sebabnya berada di sini saat itu. Kebahagiaan. Itu yang dimiliki oleh YoonA sekarang. Ada apa lagi yang dia perlukan? Dia dah ada segala-galanya.

 

Betul ke?

 

 

Malam itu, LuHan hanya memerhatikan sekelilingnya. Bumbung syarikat BioDex tersebut. 33 tingkat dari bawah. Kotnya yang berwarna hitam itu sudah dicampakkan jauh olehnya. Memandang ke arah pemuda di hadapannya yang kini sudah tiada. Segalanya sudah tiada. Satu senyuman terukir di wajah LuHan saat itu, langsung tidak menyedari seseorang sedang berdiri berhampiran dengannya saat itu.

 

"Memang kau patut dihapuskan.."

 

Kata LuHan sinis, mukanya tersenyum sambil tergelak mengenangkan kembali peristiwa sebelumnya. Membuatkan dia langsung tidak menyedari kehadiran YoonA di situ.

 

"LuHan..."

 

Lembut suara YoonA memanggilnya. LuHan  perlahan-lahan berpaling ke belakang, hanya untuk ditikam saat itu dengan sebilah pisau berjeriji, membuatkan LuHan mengerang kesakitan saat itu juga. Menyebabkan gadis itu cuma berdiri disitu, pisau tadi tertanam jauh di dalam perut LuHan saat itu. 

 

"Apa yang Yoong buat---"

 

YoonA hanya tersenyum sinis. Matanya yang selama ini menunjukkan kelembutan sudah berubah menjadi kejam tiba-tiba. Berubah sepenuhnya. Mukanya yang baik selama ini tiba-tiba menjadi sesuatu yang masam. Yang dibenci oleh LuHan saat itu. Melihat gadis yang disayangi olehnya melakukan sedemikian rupa.

 

"Yoong tak buat pape? Lu yang pusing kan? Tertikam diri sendiri.."

 

Jawab YoonA, berjalan menghampiri LuHan yang sudahpun memegang lukanya. Pisau berjejiji itu dicabut kasar oleh YoonA sebelum dibenamkan sekali lagi, kali ini ke dada LuHan pula. Jeritan kesakitan yang berkumandang saat itu. YoonA hanya mampu tergelak kecil, memerhatikan mangsanya di hadapannya saat itu.

 

"Kenapa??"

 

Darah yang sudah membasahi dirinya saat itu. YoonA hanya tersenyum sambil mendekatkan dirinya kepada pemuda itu. Senyuman sinis.

 

"Kau yang patut mati.. Bukan SeHun.."YoonA hanya tersenyum sambil memandang mayat LuHan yan sudah pecah kepalanya akibat impak dari jatuh tadi. Tiada siapa yang tahu cerita disebaliknya. Kenapa gadis itu bertindak sedemikian rupa dan sebagainya.

 

YoonA merupakan gadis biasa. Sehinggalah pada hari dia ditemukan dengan Oh SeHun. Cinta berputik. Mana tidaknya? YoonA merupakan gadis cantik idaman ramai. Dipadankan pula dengan orang sekacak SeHun. Bahagia hidup YoonA dan SeHun. 

 

Hinggalah kehadiran LuHan muncul.

 

Bosnya itu membenci SeHun. Dia menyukai YoonA. Segala milik SeHun harus menjadi miliknya juga. Mungkin atas sebab itu juga dia telah menolak SeHun jatuh ke bawah. Langsung tanpa belas kasihan. Dan tidak mengetahui YoonA telah menyaksikan segala-galanya. 

 

So that is how LuHan dies. 

 

Kes kematiannya disimpulkan sebagain bunuh dengan niat, namun tiada bukti yang dijumpai untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan orang lain.

 

Di satu sudut hospital yang terpencil di dalam kampung yang agak jauh dari bandar Seoul, kelihatan sepasang kekasih saling tersenyum memandang satu sama lain. Jauh dari mata yang membenci mereka selama ini. Jauh dari kebenaran yang hanya YoonA sahaja yang tahu bagaimana LuHan bertemu dengan kematiannya sendiri malam itu. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^