Daughter of Evil (Part 1)

My Oneshot fanfics.

Suatu masa di satu tempat yang agak jauh, terdapat satu kerajaan yang sangat terkenal kerana kepimpinannya. Kerajaan Borealis diberi nama. Borealis merupakan sebuah kerajaan yang sangat digeruni. Tiada seorang pun yang berani untuk membantah kerajaan ini. 

 

Pemimpinnya pula? Cumalah seorang gadis muda yang bernama TaeYeon. Muda ke? Sangat muda. Dia baru sahaja mencecah usia 14 tahun. Namun kekejaman yang dilakukan olehnya? Tiada siapa yang boleh melawannya. Wajahnya. Nampak sangat-sangat innocent. Namun hakikatnya? Indah khabar dari rupa.

 

Puteri TaeYeon mempunyai seorang hamba yang sangat patuh akan arahannya bernama BaekHyun. Wajah mereka persis sekali. Tiada beza. Kalau berbeza sekalipun, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Yang lainnya? Semua sama. Kudanya pula bernama Josephine dan segala macam kekayaan yang ada di sekitar Borealis adalah semua milik TaeYeon. 

 

Kekurangan sumber kewangan? Naikkan sahaja cukai dan sebagainya. Puteri TaeYeon sudah tidak peduli akan semuanya. Dia hanya inginkan semua kemahuannya diikuti, bukan diingkari. Tiada siapa yang berani menghalangnya. Semua orang tunduk kepadanya. Apa yang perlu dia takuti.

 

Puteri TaeYeon seperti bunga kejahatan yang perlahan mekar. Penuh dengan warna-warna kejahatan. Tiada siapa yang bisa menghalangnya. Segala lalang-lalang yang tumbuh dikelilingnya yang berani untuk menentangnya? Semuanya akan mati.

 

Cinta tiba didalam hidup Puteri TaeYeon pada suatu hari. Menyukai seorang putera raja dari kerajaan Elitixia. Putera YiXing yang memang terkenal di seluruh pelosok tanah tersebut kerana ketampanan yang dimiliki olehnya. Namun, pinangan Puteri TaeYeon ditolak mentah-mentah oleh Putera YiXing. Memarakkan lagi api kemarahan Puteri TaeYeon, Putera Yixing telah memilih Puteri SeoHyun dari kerajaan Imphintiar, si puteri raja kerajaan seberang yang baik hati, berbeza sekali dengan Puteri TaeYeon.

 

Disaat mengetahui berita itu, hati Puteri TaeYeon jadi sangatlah marah. Terlampau marah sehinggalah dia mengeluarkan arahan kepada BaekHyun.

 

"Musnahkan kerajaan Imphintiar.."

 

Bisikan perlahan tersebut telah menghancurkan kerajaan Imphintiar selepas itu. Rumah-rumah terbakar. Jeritan meminta tolong dari rakyat yang menerima nasib malang sebegitu rupa. Langsung tidak mendapat sebarang rasa simpati daripada si penjenayah yang telah melakukan segalanya.

 

"Masa untuk minum teh dah sampai.."

 

Puteri TaeYeon hanya minum teh di saat segalanya terjadi. Dia mengetahui segalanya. Namun tiada apa pun yang dilakukan olehnya. Dia hanya duduk diam. Menikmati segalanya. Langsung tiada rasa bersalah.

 

Pembunuhan dan serangan ke atas kerajaan Imphintiar telah dalam sesuatu cara membuatkan rakyat-rakyat tersebut menjadi gila. Kesemua mereka akhirnya bersatu untuk menggulingkan kerajaan Borealis yang di ketuai oleh Puteri TaeYeon. Semuanya ingin segalanya berakhir. Tiada lagi airmata, pemerasan. Mereka sudah penat hidup dalam ketakutan. 

 

Disebabkan pembereontakan tersebut, kebanyakkan askar dari kerajaan Borealis semuanya bertempiaran lari. Tentera rakyat telah berjaya menceroboh kawasan istana dan dalam sedikit masa, Puteri tersebut telahpun ditangkap. 

 

"Lelaki yang teruk! Tidakkah kau tahu siapa beta?"

 

Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut Puteri tersebut sebelum dia dihumban ke dalam penjara, menantikan hukumannya pada keesokkan harinya. 

 

Pukul 3 petang.

 

Waktu itulah Puteri itu akan berdepan dengan hukumannya. Pada waktu bunyi loceng gereja itu dibunyikan. Seorang yang merupakan seorang keturunan raja dahulunya hanya dilayan seperti seorang hamba sekarang. Seorang penjenayah. Seorang yang hina.

 

Beberapa minit sebelum pemancungannya terjadi, si ketua tentera tersebut sempat bertanya apakah kata-kata terakhir yang keluar dari mulutnya. Semua menjadi agak tertanya-tanya. Namun yang keluar dari mulutnya cumalah....

 

"Masa untuk minum teh dah sampai.."

 

Dan kini, tiada siapa yang bercakap mengenai Puteri yang kejam itu lagi.

 

Dia sudah menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan olehnya...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^