Dua

My Oneshot fanfics.

"Kookie tak suka dia. Kookie taknak kahwin dengan dia!"

 

Jerit JungKook tiba-tiba, membuatkan keluarga itu terkejut. Jimin hanya memangku baby MinJoon didalam pangkuannya, NamJoon yang sejak dari tadi duduk membaca buku menutup kembali bukunya, memerhatikan pemuda yang merupakan adik kesayangannya saat itu juga. 

 

"It's an order.. Kalau Kookie bantah pun, appa dah cakap Kookie kena kahwin dengan dia. Itu muktamad."

 

Jawab NamJoon mudah.  Sememangnya dia mengetahui yang adiknya yang seorang itu masih lagi muda. Masih tidak mengerti apakah ini semua. Begitu juga dengan NamJoon sebelumnya. Appanya yang menetapkan perkahwinan mereka. Namun itu tidak bermakna mereka tidak bahagia. Lagipun, NamJoon cukup masak dengan perangai HoSeok. Pemuda itu sahabat karibnya dari zaman sekolah lagi. 

 

JungKook berlalu pergi masuk ke biliknya, sengaja dihempaskan pintu itu ke muka NamJoon. Biarkan abangnya itu dengar. Dah dia tak ingin berkahwin, nak jugak paksa kenapa?! Urghh! Kebencian melanda diri JungKook saat itu. Pada appanya. Pada hyung-nya. Pada HoSeok, tunangnya yang baru sekali dijumpainya. Kenapalah dia yang kena hadapi semua ni sekarang?!

 

 

Berjumpa dengan HoSeok hanya beberapa hari sebelum perkahwinan mereka, JungKook jadi agak pelik. Tiba-tiba pemuda itu mengajaknya untuk berjumpa. Apakah sebabnya? JungKook sendiri pun tak tahu. Dia sendiri pun langsung tidak menyedari bagaimana dia boleh berada di sini saat ini namun entah kenapa dia jadi blur dengan keadaan sekelilingnya. Bagaimana dia boleh end up dekat tempat ni pun dia sendiri masih memikirkannya. 

 

"Kalau berdiri jer kat sini, awak akan halang jalan orang lain, awak tahu kan?"

 

Tanya satu suara dari belakang, mengejutkan JungKook saat itu juga. Mana tidaknya. Berpaling ke belakang, melihat pemuda itu berdiri di situ. Jung HoSeok. JungKook jadi kaget sebentar. Jadi tak tentu arah. Jarak muka HoSeok cuma beberapa inci sahaja dari wajahnya saat itu namun entah kenapa jantungnya jadi berdebar.

 

"Macam mana aku nak bergerak kalau kau kat sini?" 

 

Tanya JungKook, kasar. HoSeok cuma mengukir senyuman, tahu bagaimana darah muda pemuda seumuran JungKook. Membuatkan si muda itu jadi serba salah. Dia memang tak reti nak marah orang ke? Hati JungKook berbisik senyap. Mata HoSeok yang sejak dari tadi memerhatikannya membuatkan dia jadi tidak tentu arah.

 

"Jom. Saya nak awak tandatangan sesuatu.."

 

Kata HoSeok lembut, terus menarik tangan JungKook bersamanya. Mahu sahaja dia mengamuk saat itu. Tapi entahlah. Tangan besar HoSeok memegang tangannya saat itu. Entah kenapa dia rasa selamat. Kereta Mercedes Benz milik HoSeok terpampang disitu, ditarik masuk ke dalamnya. Beberapa keping kertas diletak di hadapan JungKook saat itu juga. 

 

"Saya tahu awak memang tak nak kahwin pun dengan saya.. Jadi kita buat kontrak. Saya hanya akan kahwin dengan awak untuk 3 bulan. Itu jer. Lepas tu kita akan bercerai. Awak pun mesti taknak stuck dengan saya kan?"

 

Tanya HoSeok, senyuman manis di wajahnya itu entah kenapa mencairkan hati JungKook tiba-tiba. Tapi segera dipadam kembali perasaannya itu. Tidak mahu dilihat seperti terlalu mudah mengikut kata-kata. 

 

"And kita takkan ada apa-apa hubungan lepas tu?"

 

Tanya JungKook, cuba mendapatkan kepastian. HoSeok hanya mengangguk perlahan, memandang ke arah JungKook. Hatinya jadi tak tentu arah. Gilakah HoSeok ni? Namun hati muda JungKook seperti biasa mengarahkannya. Surat yang mengandungi kontrak itu lantas ditandatangani olehnya. 

 

 

Hubungan HoSeok dengan JungKook sebagai suami isteri. Entahlah. JungKook sememangnya agak pelik dengan si suaminya itu. HoSeok sering bersabar dengan kerenahnya. Tak mahu tidur sebilik diikutkan. Tak mahu makan bersama pun hanya tersenyum. Terbakar baju kemeja HoSeok kerana dibiarkan seterika di atas kain itu pun dia hanya berdiam diri, hanya mengusap pipi JungKook lembut. Mungkin benar sangkaannya dahulu. HoSeok memang sudah gila.

 

Sewaktu HoSeok pulang pada hari itu, sudah malam baru dia pulang. Lewat sungguh. Memang biasanya dia akan pulang lewat namun selewat ini, belum pernah lagi. JungKook jadi tak tentu arah sebenarnya apatah lagi apabila suaminya itu tidak nampak kelibatnya sejak dari tadi. Telefon yang ada di tangannya dibiarkan begitu sahaja. Langsung tidak berbunyi. Namun apabila kereta milik pembantu HoSeok mula diparkir di rumahnya, JungKook mula merasakan sesuatu yang tidak kena. 

 

"Encik Jun.. HoSeok!"

 

JungKook jadi panik seketika apabila melihat HoSeok dipapah oleh pembantunya saat itu. Muka HoSeok nampak seperti sudah tidak sedar. Bau alkohol sudah semerbak menusuk hidungnya saat itu. Pasti mabuk barangkali. 

 

"Kami mintak maaf.. Dia terlalu mabuk.. Kami pun tak tahu yang Tuan Jung tak boleh minum banyak.."

 

Jawab Encik Jun banyak kali, memohon maaf sambil membantu HoSeok masuk ke dalam rumahnya sebelum berlalu pergi. JungKook sendiri tidak pernah tahu yang HoSeok tidak boleh minum alkohol namun hanya didiamkannya. Segera JungKook masuk kembali ke dalam rumahnya. Melihat HoSeok yang sudah tiada di sofa tersebut.

 

"HoSeok..."

 

Bibir yang tiba-tiba menyerang tengkuk JungKook saat itu, mengejutkan dirinya sepenuhnya. Itu bukanlah pertama kali dia dicium oleh HoSeok namun entah kenapa ciuman tersebut berlainan dari sebelumnya. Mukanya berubah menjadi merah, sejujurnya dia memang menyukai semua ini. Namun HoSeok..

 

"HoSeok--ahh~"

 

JungKook hanya mampu mengerang apabila HoSeok mula menarik baju tidurnya ke bawah saat itu, tangannya mengurut lembut bahagian sensitif JungKook saat itu. Belum pernah lagi ada orang yang melakukannya sebegitu namun satu perkara lead to another and...

 

"HoSeok... Aniya~ Nghh~~"

 

Bibir JungKook sudah hampir berdarah akibat diketapnya, cuba menahan kesakitan dari tindakan HoSeok saat itu. Perlahan-lahan sakit itu berubah menjadi satu perasaan yang susah hendak digambarkan oleh JungKook. Itu kali pertama dia merasakan sesuatu yang seperti itu. Dan walaupun JungKook benci untuk menyatakannya, dia sudah mula mempunyai perasaan pada suaminya itu.

 

 

"Tiga bulan tuh dah tamat.."

 

Kata HoSeok lembut, tangannya memegang kontrak yang berada di tangannya saat itu. Mata JungKook jadi besar mendengarkan kata-kata dari mulut HoSeok, ingatannya mula mengimbas kembali perjanjian tersebut yang ditandatanganinya dahulu. Mulut JungKook jadi kelu. 

 

"Baguslah.. Kookie pun dah tak sabar.."

 

Airmatanya hampir mengalir mendengarkan suara JungKook yang begitu tenang saat itu. Langsung tak berkata apa-apa. HoSeok cuma mampu mengukir senyuman. Dia sememangnya berat hati untuk melepaskan isterinya itu. Namun apakan daya. Itu sahaja yang mampu dikatakannya. Hari itu juga mereka berpisah, menjadi stranger dalam hidup masing-masing. 

 

Membawa haluan masing-masing.

 

Cuba melupakan perasaan yang terbuku di dalam hati.

 

 

JungKook hanya mampu mendiamkan dirinya mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut doktor itu. Mengandung? Pada hari dia baru sahaja diumumkan sebagai janda? Apakah? Ini semua memang cuma plan yang teruk kan? Cerita yang teruk. A sick joke. JungKook langsung tak boleh mengatakan apa-apa. Dia dengan HoSeok dah tidak mempunyai apa-apa hubungan. Mereka kini dah menjadi stranger.

 

Entah kenapa perkataan itu menyakitkan hati JungKook. HoSeok bukan lagi suaminya. Airmata yang sejak dari tadi bertakung di tepi matanya sudah mengalir, membasahi pipinya saat itu juga. Semuanya salah dia. JungKook yang meminta semua ini untuk terjadi. Kini anak mereka yang menjadi mangsa. Anak mereka yang sudah mula ada di dalam perutnya saat itu. 

 

Ego. Semuanya kerana ego. Dia tidak pernah mengakui dia mencintai HoSeok. Dan sekarang?

 

"HoSeok... Kookie sayang Hoseok... Kookie nk Hoseok kat sini..."

 

Perlahan kata-kata JungKook keluar dari mulutnya. Airmatanya sudah berhenti. Kering. Namun mengingat kembali peristiwa itu, JungKook jadi sedih. Dah tiada apa lagi yang mampu dikatakan olehnya. HoSeok telah keluar dari hidupnya. Penyesalan macam mana pun dah tak berguna sekarang ni.

 

"JungKook... HoSeok!"

 

JiMin jarang sekali menjadi panik sebegitu namun melihatkan abang iparnya itu, JungKook jadi panik. Terutamanya dengan nama HoSeok. Ada sesuatu yang teruk dah terjadi pada HoSeok rasanya. 

 

"Yah, JiMin-hyung! Apa dah jadi pada HoSeok! Beritahulah!!"

 

Tanya JungKook, menjadi makin panik. Airmatanya sudah mengalir. Bau ubat di keliling hospital itu membuatkan JungKook jadi loya namun itu bukan persoalannya. HoSeok... Stroller yang menolak mayat tersebut keluar dari bilik kecemasan itu membuatkan jantung JungKook jadi hampir meletup. 

 

"HoSeok.."

 

Pandangannya jadi gelap. Dan benda terakhir yang didengari oleh JungKook saat itu ialah suara yang seakan-akan suara HoSeok memanggilnya...

 

"JungKook.. Jung JungKook..."

 

Mata JungKook perlahan-lahan terbuka mengenangkan apa yang didengarinya saat itu. Suara itu. Suara yang sangat dirinduinya saat itu. Tapi...

 

"HoSeok..."Mendengar suara JungKook memanggilnya, HoSeok jadi gila. Terus dipeluk erat tubuh kurus itu. Isterinya itu sudah turun berat badan. Matanya bengkak. Mukanya pucat. Mahu jadi gila HoSeok saat itu. Pelukannya langsung tak mahu dilepaskan. 

 

"Jangan tinggalkan JungKook... Kookie tak boleh hidup tanpa Seok.."

 

Rayu JungKook perlahan. HoSeok langsung tidak membalas kata-kata JungKook, hanya ciuman di bibir yang menemukan mereka berdua. HoSeok dah tak mampu nak melakukan ini semua lagi.

 

"I'm not going to leave you again.. HoSeok tak boleh hidup tanpa Kook... I'm just not gonna leave you again.."

 

Kata HoSeok, memeluk erat sambil kedua mereka mula berkongsi saat-saat manis bersama. Di luar wad tersebut, NamJoon hanya tersenyum sambil menghulurkan tangannya ke hadapan isterinya saat itu juga. 

 

"Min hutang Joon 100 000 won.."

 

JiMin hanya tersenyum sambil mengeluarkan not tersebut daripada dompetnya. Sesungguhnya dia dah kalah bet lagi dengan suaminya itu. Dia sendiri tidak yakin JungKook boleh mencintai HoSeok tapi.. 

 

Cinta memang ada cara sendiri kan?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^