Daughter of Evil (Part 2)

My Oneshot fanfics.

BaekHyun dan TaeYeon. Keduanya ialah dua orang yang mempunyai wajah yang sama. Kembar seiras. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun takdir dengan kejamnya memisahkan keduanya. TaeYeon telah diangkat menjadi seorang Puteri, pemerintah kepada kerajaan Borealis manakala BaekHyun hanyalah si pembantu yang perlu sentiasa berada di sisinya. Sadis. Begitu sekali takdir memainkan keduanya.

 

Takdir kedua mereka sperti telah ditetapkan pada hari kedua mereka hadir di atas muka bumi ini sendiri. Loceng dari gereja berbunyi menandakan kehadiran mereka. 3 petang jika waktunya tidak salah. Namun tanpa sebab yang mereka ketahui, keduanya dipisahkan oleh kedua orang tua mereka. Seorang dibesarkan mendalami cara melayan keturunan diraja, seorang lagi dibesarkan dengan penuh kemewahan.

 

Mungkin kerana kasih sayangnya yang terlampau kepada TaeYeon, BaekHyun jadi sangat-sangat menyayangi gadis itu. TaeYeon kembarnya yang cantik. Dia sendiri bersumpah kepada dirinya sendiri.

 

"Walaupun semua orang dalam dunia ni benci pada Tae, Baek akan sentiasa lindungi Tae.. Tae cuma perlu senyum jer untuk  Baek.. Jangan fikir benda lain.."

 

Hanya itu sahaja yang pernah diminta BaekHyun didalam hidupnya. Untuk kembarnya itu menjadi bahagia. Gembira. Sentiasa tersenyum. Segala kemahuan TaeYeon dituruti oleh BaekHyun, walaupun ia menyakitkan buat BaekHyun adakalanya. Namun dia tidak peduli.

 

Satu hari yang biasa, BaekHyun sengaja pergi berjalan-jalan. Melawat kerajaan Imphintiar yang berhampiran dengan kerajaan Borealis. Seorang gadis. Berambut panjang. Baik hati. Sangat cantik. Senyuman yang terukir di wajahnya entah kenapa sangat lembut. Menenangkan hati BaekHyun. Itu kali pertama dia melihat orang secantik itu. Hatinya jadi berbunga.

 

Namun, kepulangannya ke kerajaan Borealis menghancurkan segalanya. Puteri TaeYeon kesayangan BaekHyun memahukan kematian gadis yang merampas kebahagiaan miliknya. Dan gadis itu merupakan si dia yang dijumpai BaekHyu sebelumnya. Dengan hati yang agak berat, BaekHyun mengorak langkahnya menuju kembali ke Imphintiar, melaksanakan tugasan yang dilakukan olehnya. 

 

Namun entah kenapa saat itu, airmata yang mengalir dari mata BaekHyun ialah airmata yang tidak pernah berhenti. Walaupun arahan puteri itu dilaksanakan tetapi....

 

Hati BaekHyun sakit...

 

 

Puteri TaeYeon tersenyum bahagia di saat melihat BaekHyun menghidangkan broiche kegemarannya pada waktu minum petang mereka. Senyuman itulah punca BaekHyun berada di sini saat ini. Dia hanya memerlukan ini daripada TaeYeon, tiada yang lain. Hanya ini.

 

Pemberontakan daripada rakyat yang tiba selepas itu. Sejujurnya BaekHyun sedar akan apa yang bakal terjadi di atas apa yang diharapkan olehnya sebelum ini. Dia tahu segalanya bakal menjadi begini. Mungkin ini takdir yang harus mereka hadapi setelah apa yang mereka lakukan. BaekHyun akan melindungi Puteri TaeYeon kesayangannya ini.

 

"Tukar pakai baju ni.. Mereka datang nak bunuh Tae.. Tolonglah TaeYeon... Pakai baju Baek.. Muka kita sama.. Diorang takkan pernah perasan yang kita berbeza.. Kita kembar kan? Jangan risaukan Baek.. Lari.."

 

Hanya itu kata-kata yang keluar dari mulut BaekHyun sebelum baju yang tersarung di badan TaeYeon selama ini tersarung di badannya pula. Puteri TaeYeon yang masih menangis sejak tadi hanya mampu menggigit bibirnya, memandang sambil tentera tersebut membawa BaekHyun pergi. 

 

BaekHyun yang mereka sangkakan Puteri TaeYeon.

 

BaekHyun yang mereka sangkakan dirinya.

 

Baekhyun, kembarnya.

 

Kesakitan itu. TaeYeon yang dahulunya Puteri TaeYeon. Dia hanya boleh memandang ke arah kembarnya yang berada di atas itu. Memerhatikan dari bawah. Melihat kembarnya BaekHyun yang menerima padah di atas segala apa yang dilakukan olehnya. Airmata yang disimpan itu mengalir lagi, terutamanya apabila BaekHyun mengucapkan kata-kata daripada mulutnya. 

 

"Masa minum teh dah tiba..."

 

BaekHyun hanya tersenyum apabila memerhatikan orang sekelilingnya. Mereka semua telah tertipu. Melihat kembar perempuannya di bawah, memerhatikannya, airmata yang mengalir. BaekHyun hanya mampu tersenyum. Ayat yang keluar dari mulutnya itu langsung tak dapat ditarik lagi. Saat pisau tersebut menghampiri tengkuknya, BaekHyun hanya mampu berdoa dalam hatinya.

 

'Gembira seperti selalu TaeYeon.. Itu jer yang Baek minta...'

 

BaekHyun dan TaeYeon. Keduanya ialah dua orang yang mempunyai wajah yang sama. Kembar seiras. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun takdir dengan kejamnya memisahkan keduanya. TaeYeon telah diangkat menjadi seorang Puteri, pemerintah kepada kerajaan Borealis manakala BaekHyun hanyalah si pembantu yang perlu sentiasa berada di sisinya. Sadis. Begitu sekali takdir memainkan keduanya. 

 

Mungkin benar kata orang. Keduanya jahat. Darah yang mengalir didalam badan mereka ialah darah yang sama.

Darah kejahatan yang mengalir dalam badan TaeYeon. Mengalir juga dalam badan BaekHyun.

 

Namun jauh di sudut hati keduanya, masing-masing dari kedua kembar itu berkongsi satu perasaan yang sama.

 

Kalau mereka dilahirkan semula, mereka ingin bersama sekali lagi...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^