Seasonal Feathers

My Oneshot fanfics.

Ia merupakan satu tempat yang agak sejuk. Penuh dengan keputihan salju, suhu yang rendah. Kawasan pergunungan tersebut hanya dipenuhi dengan warna putih salju yang turun dari langit, memutihkan segala yang ada di kawasan tersebut. 

 

Di dalam sebuah rumah yang terletak di kawasan pergunungan tersebut, tinggal dua orang muda-mudi. Pasangan suami isteri bernama JiEun dan juga MyungSoo. Rumah mereka tidaklah semewah mana. Cumalah rumah usang yang lama. Namun keduanya hidup dengan begitu bahagia sekali. Tidak ada sebarang rungutan langsung yang keluar daripada bibir mereka. Yang ada cumalah senyuman sahaja.

 

Sesekali mereka duduk bersama, MyungSoo memandang ke arah salji yang turun dihadapannya saat itu. JiEun akan berada disisinya sambil memeluk erat suaminya itu. Hidup yang mudah.

 

"Ia hari yang bersalji juga waktu pertama kali kita jumpa kan?"

 

Tanya MyungSoo, mengimbau kembali kenangan mereka bersama. Senyuman terukir di wajahnya sambil JiEun menyorokkan mukanya yang sudah mula merah mengenang hari tersebut di baju MyungSoo. Ia hari yang bersalji seperti itu juga. MyungSoo hanya tersenyum. Memandang ke arah gadis bernama JiEun yang tiba-tiba muncul dihadapan rumahnya, memintanya mengambilnya sebagai isteri. Mukanya agak kemerahan daripada menahan kesejukan hari itu. 

 

Musim bunga datang menggantikan musim sejuk yang berlalu membawa diri. JiEun hanya tersenyum kecil sambil bernyanyi riang, menyambut ketibaan musim bunga yang membawa seribu satu harapan. Kesukaan JiEun. Burung-burung berkicauan juga seperti mengiyakan kata-katanya. MyungSoo seperti biasa hanya berdiri di situ sambil memandang ke arah JiEun. 

 

"Suara Eun merdu sangat..."

 

Puji MyungSoo saat mereka berdua. JiEun hanya tersenyum mendengarkan kata-kata tersebut. Tangannya perlahan mengusap rambut MyungSoo yang berbaring di pahanya.

 

"Kalau satu hari nanti, Eun dah takde suara merdu macam ni.. Soo masih lagi akan cintakan Eun ke masa tu?"

 

Tanya JiEun perlahan. MyungSoo hanya menutup matanya kembali, langsung tidak memandang ke arah isterinya itu. Mendiamkan diri seribu bahasa. JiEun sudah hampir putus asa apabila tangan besar MyungSoo perlahan mengusap pipinya lembut.

 

"Ya. Soo akan."

 

Hanya itu sahaja yang diperlukan oleh JiEun saat itu.

 

 

Malang sentiasa datang tanpa diundang. Ia merupakan hari yang biasa di musim bunga. JiEun sedang berkerja menolong MyungSoo bertani mengerjakan tanah mereka apabila ia terjadi. MyungSoo tiba-tiba batuk berdarah sebelum jatuh pengsan di hadapan matanya. Kehidupan mereka sudahlah susah. Ubatan untuk merawat penyakit MyungSoo pula memakan kos yang banyak. JiEun sudah hampir putus harapan. 

 

Keesokannya. Dan hari esoknya. Dan esoknya. JiEun langsung tidak berputus asa menenun kain untuk dijual di pasar. Kain tenunan yang berkualiti tinggi itu. JiEun sudah nekad. Dia tidak akan membiarkan hidup MyungSoo suaminya itu jatuh begitu sahaja. Jatuh seperti mana dedaunan jatuh di saat musim luruh mula tiba. Dedaunan kuning yang hanya berselerakan jatuh di atas jalanan. 

 

Musim berganti. Musim bunga yang membawa permulaan baru juga sudah mula mengorak langkah pergi. Di ganti dengan musim panas. Begitu juga apabila penamat musim panas sudah mulai didengari dari nyanyian sang cengkerik pada waktu malam. Musim luruh pula menjemputkan dirinya hadir dalam hidup JiEun dan juga MyungSoo. Tangan JiEun sudah dipenuhi luka daripada menenun tidak henti-henti yang dilakukan olehnya. 

 

"Jari-jari Eun cantik sangat..."

 

Kata MyungSoo perlahan, tangannya perlahan memegang jari-jari JiEun yang terluka dan dipenuhi dengan balutan yang berdarah saat itu. JiEun cuma menyandarkan dahinya di belakang MyungSoo, memeluk pemuda itu dari belakang. Air matanya sudah mulai bergenang di tepi matanya. Tangannya terluka namun tangan MyungSoo yang menyentuhnya saat itu terasa begitu sejuk sekali.

 

"Kalau satu hari nanti, Eun dah takde lagi jari-jari yang cantik ni, Soo akan cintakan Eun lagi ke?"

 

Tanya JiEun, suaranya bergetar cuba menyembunyikan kesedihan yang ada di dalam kalbunya saat itu. MyungSoo hanya mampu tersenyum sedikit sebelum menyentuh jari-jari JiEun yang cedera itu dengan penuh kasih sayang, langsung tiada rasa jijik di matanya saat itu.

 

"Ya.. Soo akan.."

 

Air mata JiEun terus mengalir seiring dengan batuk MyungSoo setelah dia habis menjawab soalan JiEun saat itu.

 

Pagi hinggalah malam. Malam menjelma ke pagi kembali. JiEun langsung tidak henti-henti menenun kain untuk mendapatkan wang untuk mendapatkan wang yang MyungSoo perlukan. Wang untuk menyembuhkan suami yang tersayang. Sedikit lagi. Sedikit lagi. Itulah yang diberitahu oleh JiEun setiap hari tiap kali dia hampir mengalah. Dia tetap takkan mengalah.

 

Sebelum dedaunan musim luruh jatuh ke tanah.

 

Sehinggalah jari-jarinya itu tidak bisa digerakkan lagi. 

 

Sehingga semua bulu pelepah tersebut digunakan...

 

 

JiEun hampir menangis apabila melihatkan kain tenunan di hadapannya. Air matanya sudah mula mengugut untuk jatuh ke tanah. Menangis kesedihan. Dia sangat-sangat kesedihan saat itu. Segala kebenaran yang disimpannya selama ini. Perlahan JiEun mencabut bulu pelepah yang terakhir itu untuk dijadikan bahan untuk menenun. Keseorangan.

 

"Kalau satu hari nanti.. Eun bukan lagi manusia... Soo masih akan cintakan Eun lagi ke?" 

 

Kata-kata JiEun disambut dengan satu pelukan kemas daripada belakang, mengejutkan dirinya saat itu.

 

"Ya.. Soo akan..."

 

MyungSoo langsung tidak mahu melepaskan isterinya itu saat itu. Langsung tidak dia kisah. 

 

"Soo dah janji yang Soo akan peluk Eun waktu Eun cederakan sayap Eun dulu.. Soo tak pernah lupa sekalipun burung bangau cantik yang terbang pergi hari tu.. Dan Soo tak pernah sekalipun lupakan dia sampai hari ni... Dan seperti selalu.. Soo akan selalu cintakan Eun..."

 

Keesokkan harinya, penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan pergi melawat untuk melihat keadaan kedua orang pasangan tersebut. Hanya untuk menjumpai keduanya sudahpun meninggal dunia. 

 

Masing-masing di dalam pelukan masing-masing...

 

Bersama dengan bulu pelepah itu erat di dalam pegangan tangan JiEun..

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 9: huhu sedihnyer~ T^T
Junhyung tak mati lagi...
mpreggoland
#2
Chapter 7: wah terseksanya hidup Kookie...saya hamper saja menangis...sedih
baehwililly
#3
Chapter 6: woah* tepuk tngn
semua ff awak best lah ^^
klu awak free blh sye nk request satu ff ?
boleh awak buat kan ff kai si playboy yg cuba pikat bdk inocent iatu je jae ?
hope awak boleh buat kan ^^
mpreggoland
#4
Chapter 1: Jimin ngan Rapmon and Hoseok ngan Jungkook? tak pernah terfikir tapi suka la mpreg oneshot ni! buat lagi! ^^