Balas budi

Apabila Woo bertemu Gyu

 

Sunggyu tergamam melihat rumah agam Woohyun yang besar dan cantik struktur binaannya. Terdapat air pancuran yang terletak di tengah-tengah halaman, padang rumput di kiri dan kanan rumah, dan semestinya rumah itu merupakan rumah idaman setiap orang. Sunggyu bukan tak biasa tinggal di rumah yang besar sebab ayahnya juga tak kurang kayanya, cuma persekitaran dan suasana di sini yang buat Sunggyu kagum. Kalau di rumah agamnya, penuh dengan pengawal keselamatan yang bersenjata yang berjaga di kawasan rumahnya. Tapi di sini, semuanya kelihatan tenang.

 

Woohyun menghampiri Sunggyu yang sedang menghirup udara segar dengan mata yang tertutup. Satu senyuman terukir di bibir Sunggyu membuatkan Woohyun terasa tenang. Entah kenapa hatinya rasa senang melihat senyuman Sunggyu. Howon yang melihat situasi itu segera mengundur diri dalam diam. Tidak mahu mengganggu kedua-dua mereka yang sedang melayan perasaan masing-masing. Namun bunyi enjin kereta Howon yang dihidupkan, mengejutkan mereka berdua. Woohyun dan Sunggyu segera berpaling dan belum sempat mereka berkata apa-apa Howon dah berlalu pergi.

 

"Apa la si Howon tu. Blah macam tu jer." bebel Woohyun sebelum pandangannya dialihkan ke arah Sunggyu.

 

"Jom la kita masuk! Awak tentu dah penat." Woohyun mengajak dengan senyuman. Tangan kanan Sunggyu dipimpin lalu dia membawa Sunggyu masuk ke dalam rumahnya.

 

Sekali lagi Sunggyu tergamam melihat hiasan dalaman rumah itu. Luas, selesa dan cantik. Tak dapat nak diceritakan. Rumah itu ada tiga tingkat. Ruang bawah tanah, tingkat satu dan tingkat dua. Sunggyu memandang sekeliling rumah itu dengan penuh kekaguman.

 

"Patut la awak ajak saya tinggal sekali. Besar sungguh rumah awak ni. Kalau tinggal seorang diri mesti seram, kan?" ucap Sunggyu sambil melangkah menuju ke ruang tamu. Sofa yang lembut itu didudukinya dengan matanya yang masih melihat setiap inci sudut itu. "Saya suka!" ucap Sunggyu dengan terujanya.

 

"Bagus la awak suka!" Woohyun juga melangkah ke ruang tamu. "Jadi, awak setuju nak tinggal dengan saya?"

 

"Asal awak janji yang awak takkan apa-apakan saya, saya tak kisah." balas Sunggyu.

 

"Jangan risau. Saya bukan orang yang suka ambil kesempatan. So, apa kata awak?"

 

"Memandangkan saya dah takda pilihan lain, saya setuju!" Sunggyu berdiri dan berjalan ke arah tangga yang terletak di penjuru sudut. "Ada apa kat atas?"

 

"Bilik-bilik yang kosong."

 

"Bilik kosong? Bilik awak kat mana?"

 

"Bilik saya?" Woohyun memandang Sunggyu dengan pandangan nakal. Sunggyu yang memahami maksud pandangan itu mulai blushing.

 

"Awak jangan salah faham, okey. Saya cuma tanya." Sunggyu mengalihkan pandangannya ke arah lain.

 

"Mari saya bawa awak naik ke atas." sekali lagi Woohyun memimpin tangan Sunggyu dan dibawa naik ke atas.

 

Jantung Sunggyu berdebar tatkala kulit mereka bersentuhan. Dia yang tak pernah ada pasangan, memang mudah untuk jatuh cinta, dan perasaannya ini...mungkinkah cinta? Tak mungkin sebab mereka baru kenal. Belum satu hari lagi. Sunggyu membuang pemikirannya itu dan dia hanya tumpu kepada bilik-bilik yang ada di tingkat atas.

 

"Banyaknya bilik. Takkan awak tinggal seorang diri kat sini? Rumah ni cukup untuk dua tiga keluarga tinggal."

 

"Parents saya tinggal di rumah lain dan rumah ni untuk saya dan orang yang akan jadi soulmate saya. Maybe sekarang saya sorang, tapi di masa akan datang nanti siapa tahu."

 

"Soulmate? Jadi, soulmate awak tak kisah ke kalau saya tinggal kat sini? Saya taknak jadi orang ketiga dalam hubungan awak berdua. Memang saya ni anak ketua mafia, tapi saya tak suka porak-perandakan hidup orang." Sunggyu terlepas cakap tanpa disedarinya membuatkan Woohyun berkerut.

 

"Apa awak kata tadi? Anak ketua mafia?" soal Woohyun yang kurang jelas dengan kata-kata Sunggyu tadi.

 

Air muka Sunggyu berubah apabila dia baru tersedar yang dia dah terlepas cakap. Dia mula mencari alasan.

 

"Mak-maksud saya, saya bukan anak ketua mafia yang suka porak-perandakan rumah tangga orang. So, saya taknak la dituduh jadi orang ketiga." balas Sunggyu dengan tergagap.

 

"Ooo..." Woohyun mempercayai kata-kata Sunggyu itu.

 

'Pheww, nasib baik.' getus hati Sunggyu. "So, mana bilik saya?" Sunggyu menukar topik.

 

"Awak boleh pilih bilik mana yang awak nak, sebab semua bilik ni masih belum ada yang punya."

 

"Kalau macam tu, saya nak bilik yang pintunya warna  ungu. Saya suka ungu." Sunggyu segera menuju ke arah bilik yang dimaksudkan. Sebaik saja pintu bilik itu dibuka, Sunggyu tercengang melihat betapa cantik dan luasnya bilik itu. Dengan dinding yang dicat warna ungu muda, cadar katil yang berwarna ungu tua, dan semuanya kelihatan matching di mata Sunggyu.

 

"Awak suka?" soal Woohyun yang berdiri di belakang Sunggyu.

 

"Saya suka sangat!" ucap Sunggyu dengan terujanya. "Betul awak tak kisah saya tinggal kat sini?"

 

"Tak la. Lagipun, saya seronok ada teman untuk berbual. Tak la saya sunyi sangat bila balik dari kerja." Woohyun duduk di birai katil, diikuti Sunggyu.

 

"Rumah besar, sepatutnya awak ada pembantu rumah dan tukang kebun."

 

"Ada. Diorang akan datang bila saya takda di rumah sebab saya tak suka diganggu bila saya sibuk."

 

"Sibuk? Awak bawa kerja pejabat balik ke rumah, ke?"

 

"Kalau ada kerja yang tak sempat siap, saya akan siapkan di rumah. Kadang-kadang sampai tak tidur." jelas Woohyun.

 

"Maksudnya makan tidur awakpun tak menentu la?"

 

Woohyun mengangguk, Sunggyu menggeleng.

 

"Lepas ni, saya akan uruskan semuanya. Saya akan mula buat jadual pengurusan diri awak."

 

"Untuk apa? Tak payah la. Saya taknak susahkan awak."

 

"Tak susah la. Anggap saja ia untuk balas budi baik awak. Kalau awak tak bagi saya tinggal kat sini, entah ke mana lagi saya nak pergi. Dan saya taknak tinggal di sini dengan percuma. Saya tak mampu bayar sewa, jadi saya akan bayar dengan perkhidmatan saya di sini. Saya boleh buat apa saja yang awak nak, selagi permintaan awak tu tak melampaui batas." ucap Sunggyu dengan yakinnya.

 

"Okey, kalau awak dah cakap macam tu. Saya tak kisah."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
just please translate every infinite's story that you wrote 😅🤣i know I'm rode but i can't do anything
seoyoung89
#2
Chapter 6: Wowww cute.... :3
springjasmine91
#3
Chapter 6: Akhirnya.....banyak betul drama. Fighting utk bab seterusnya
bysyyui
#4
Chapter 6: Kan betul Gyu pregnant! hohoho sweet laa ending dia tapi dah tamat dah.... tolong la buat sequel yg Gyu nak terberanak xDD btw good job authornim!
fatimdoki
#5
Chapter 6: Aaah... dah tamat ke... alaa~ nak lagi *_*buat sequel sambut baby lak, pun best jugak. Pasal hidup Gyu ngan Hyun sbg parents... XD
fatimdoki
#6
Chapter 5: sedih giler... aku pulak depressed... T^T
infinitygyu #7
Chapter 5: Just call him,gyu...
Update soon....