Yang sebenar...

Apabila Woo bertemu Gyu

 

Woohyun tidak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya dapat melihat Sunggyu pergi dari hidupnya tanpa sebarang tindakan. Hatinya sakit, bagai disiat-siat sewaktu dia melihat Sunggyu melangkah pergi meninggalkan dirinya dalam keadaan yang marah dan sedih. Namun, Woohyun pasrah. Mungkin dah bukan jodoh mereka untuk bersama lagi. Woohyun membongkok badannya untuk mengambil cincin yang dibaling oleh Sunggyu tadi. Air matanya mula mengalir tatkala dia mengutip cincin itu lalu diratapinya.

 

"Maafkan saya, Gyu..." ucap Woohyun dalam esakan. Dia menggenggam cincin tersebut lalu dipeluknya dengan erat sekali.

 

Sedang Woohyun asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berdering. Dengan tanpa membuang masa, dia segera menjawab panggilan tersebut.

 

"Kawan kau dah ada kat rumah dia. Pergi la jenguk dia." arah satu suara disebalik talian membuatkan Woohyun menghela nafas lega.

 

Panggilan segera ditamatkan, dan Woohyun bergegas ke rumah Howon dengan menaiki keretanya.

 


 

Sementara itu, di rumah Howon...

Dongwoo membaringkan Howon yang masih tidak sedarkan diri di atas katil. Wajah Howon direnungnya dan satu senyuman mula terukir di bibirnya. Sebenarnya, Dongwoo diarah oleh Tn. Kim untuk menculik Howon supaya Howon dijadikan tebusan dalam proses untuk memisahkan WooGyu dan apabila semuanya berjalan lancar, seperti yang dijanjikan, Howon dibebaskan.

 

Howon yang baru balik dari membeli-belah diculik oleh Dongwoo di hadapan rumahnya. Dongwoo membawa Howon berjumpa dengan Tn. Kim sebelum Tn. Kim segera menelefon Woohyun dan mengugutnya.

 

"Kalau kau nak kawan baik kau selamat, tinggalkan anak aku! Kami keturunan mafia takkan sesekali tunjuk belas kasihan terhadap mangsa kami. Faham?"

 

Woohyun tercengang. Dia yang berada di pejabatnya, mulai panik.

 

"Jadi, kau nak aku buat apa?" soal Woohyun.

 

"Petang ni, aku akan ke rumah kau untuk bawa Gyu balik dan aku nak kau bagitau dia yang kau tak suka orang macam dia. Mafia dan orang macam kau tak boleh bercampur. Pandai-pandai la kau nak buat dia marah dan ikut aku balik. Tapi ingat, kawan kau takkan selamat kalau Gyu tak ikut aku balik. Faham?!" tegas Tn. Kim.

 

"Baiklah." Woohyun terpaksa akur, walaupun dia berat hati untuk berpisah dengan orang yang dicintainya. Sekarang barulah dia tahu asal-usul Sunggyu yang sebenar. Dia anak ketua mafia rupanya, tapi itu tidak memudarkan cintanya terhadap Sunggyu. Walaupun Sunggyu telah menipunya, tapi cintanya lebih dalam jika dibandingkan dengan penipuan itu, jadi dia boleh maafkan Sunggyu.

 

Tn. Kim mula melangkah pergi diikuti konco-konconya termasuk Taecyeon menuju ke keretanya. Belum sempat mereka melangkah keluar daripada halaman rumah itu, sebuah kereta berhenti di hadapan mereka. Woohyun bergegas keluar dari keretanya apabila dia terlihat Sunggyu digendong oleh seorang lelaki.

 

"Apa semua ni? Korang siapa? Korang nak bawa wife aku ke mana?" soal Woohyun yang mula berlakon.

 

"Aku ayah dia, dan aku nak bawa dia balik. Kamu sila ke tepi." arah Tn. Kim, tapi Woohyun masih lagi tak berganjak.

 

"So, kau la orang yang cuba jual Gyu demi melangsaikan hutang judi kau? Tak guna! Aku takkan benarkan kau bawa dia pergi!" marah Woohyun.

 

"Apa kau cakap? Memang aku ketua mafia, tapi aku tak sejahat itu untuk menjual anak aku sendiri. Faham?!" tengking Tn. Kim. Siapa tak marah bila dituduh sebegitu. Dia masih waras. Walaupun lakonan, kata-kata Woohyun tu amat pedas.

 

"Ke-ketua mafia?" Woohyun tersentak. Dia mulai keliru.

 

Sunggyu gelabah. Kebenaran akhirnya terbongkar. Dia tak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. Woohyun pernah beritahu yang dia tidak suka orang yang menipu, dan kini...Sunggyu pasrah dengan apa yang bakal berlaku.

 

Taecyeon menurunkan Sunggyu atas arahan Tn. Kim supaya dia boleh mengucap selamat tinggal kepada Woohyun. Sunggyu hampir saja menangis apabila Woohyun tidak mahu memandangnya langsung. Seolah-olah dia orang yang paling dibenci Woohyun.

 

"Hyun, saya..."

 

"Kau tipu aku."

 

"Saya tak sengaja, Hyun. Percaya la. Saya dah cuba nak beritahu aw..."

 

"Pergi." ucap Woohyun perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Sunggyu. Air mata Sunggyu mula mengalir. Orang yang dicintainya, menghalaunya pergi. Namun Sunggyu tidak menyedari, hati Woohyun juga sakit memperlakukan dia seperti itu.

 

"Hyun, jangan halau saya. Memang saya tipu tentang latar belakang saya, tapi cinta saya pada awak tu tulus. Hyun..." Sunggyu memegang tangan Woohyun, namun Woohyun menepisnya kasar.

 

"Kau tahu aku benci orang yang menipu, tapi kau buat juga! Pergi! Aku taknak tengok muka kau lagi!" marah Woohyun sekerasnya dengan pandangan tajam ke arah Sunggyu membuatkan Sunggyu tersentak.

 

'Please, Gyu...pergi saja la...saya tak sanggup nak lempar kata-kata kesat lagi kat awak. Just go, please...'

 

"Hyun..." Sunggyu mulai sebak.

 

"Kita tak sepatutnya bersama sejak dari mula lagi, sebab mafia dan orang biasa tak boleh bersama." Woohyun membelakangi Sunggyu. "Pergi la ke tempat asal kau. Kita tak ditakdirkan bersama."

 

"Senangnya awak cakap, Hyun. Mudahnya awak lupakan cinta kita sebelum ni. Hanya disebabkan saya anak ketua mafia, awak layan saya macam ni. Dalam sekelip mata awak boleh berubah macam ni. Sampai hati awak."

 

'Tak Gyu, saya tak berubah. Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Tolong jangan cakap macam tu.' Hati Woohyun terguris.

 

"Sebelum ni, saya pernah bagitau awak yang saya cukup benci dengan mafia. So..." Woohyun tak dapat meneruskan ayatnya. Air matanya hampir mengalir, hatinya semakin sebak, tapi terpaksa ditahannya.

 

"Sayapun benci dengan orang macam awak! Orang yang mudah berubah hati. Anggap saja kita tak pernah jumpa atau bercinta! Saya benci awak!" Sunggyu menanggalkan cincin perkahwinan yang tersarung di jari manisnya lalu dibaling ke arah Woohyun. "Kita putus!" teriak Sunggyu sebelum dia mula melangkah masuk ke dalam kereta.

 

'Nooo!' batin Woohyun menjerit.

 

Tn. Kim tersenyum sinis. Dia rasa dirinya menang sebab berjaya membawa Sunggyu balik ke tempat asalnya. Dia mula beredar bersama konco-konconya keluar dari perkarangan rumah Woohyun.

 

Dongwoo beredar apabila dia terdengar bunyi enjin kereta Woohyun yang dah memasuki perkarangan rumah Howon.

 


 

Berbalik kepada Sunggyu yang dah tiba di rumahnya. Sebaik sahaja kakinya melangkah turun dari kereta, dia tiba-tiba pengsan membuatkan semua yang ada panik. Dia dibawa masuk ke dalam rumah oleh Taecyeon yang mendukungnya dengan bridal style. Tubuhnya dibaringkan di atas katilnya, lalu Tn. Kim segera menelefon doktor peribadi mereka.

 

Beberapa minit kemudian, Sunggyu mulai sedarkan diri dan dia mula menangis apabila dia teringatkan kejadian yang berlaku tadi. Woohyun telah menghalaunya. Sedihnya tak tertanggung akibat dihalau oleh suaminya sendiri. Tn. Kim yang duduk di sofa terkejut dengan bunyi tangisan anaknya yang tiba-tiba itu. Dia segera menghampiri Sunggyu.

 

"Gyu, kenapa ni? Kenapa nangis?" soal Tn. Kim yang seolah-olah udah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Dia tahu apa yang membuatkan anaknya menangis, tetapi dia tetap bertanya soalan yang bodoh.

 

"Kamu sakit, ke? Kejap lagi doktor datang. Bertahan la."

 

Sunggyu segera turun dari katil dan mengheret ayahnya keluar dari biliknya.

 

"Gyu, kamu buat apa ni?" Tn. Kim terkejut dengan tindakan drastik anaknya itu.

 

"Biar saya sendirian!" teriak Sunggyu lantas pintu bilik dihempas kuat di hadapan ayahnya. Pintu bilik dikunci serta-merta. Dia tak bergurau. Dia betul-betul nak bersendirian.

 

Tn. Kim menghela nafas kecewa.

 

"Maybe sekejap aja dia macam ni. Nanti okey la tu." Tn. Kim cuba memujuk dirinya, walaupun dia tahu sukar untuk Sunggyu melupakan Woohyun. Tn. Kim beredar ke tingkat bawah dan membatalkan pemeriksaan untuk Sunggyu sebab Sunggyu kelihatan sihat.

 


 

Woohyun lega melihat kawan baiknya Howon kelihatan selamat dan sihat. Dia lega mereka tidak mengapa-apakan kawannya itu. Malam itu, Woohyun bermalam di rumah Howon untuk memastikan Howon tidak diganggu lagi. Dia dah menceritakan segala-galanya kepada Howon sebaik saja Howon sedar dari pengsan tadi.

 

"Saya minta maaf, Hyun. Gara-gara saya, awak terpaksa berpisah dengan dia." ucap Howon dengan penuh rasa bersalah.

 

"Takper la, Won. Anggap saja jodoh kami memang sampai di sini saja."

 

"Betul ke awak nak berputus asa macam ni, Hyun?"

 

"Habis, kau nak aku buat apa? Diorang mafia. Apa la sangat orang macam kita ni boleh buat. Lagipun, Gyu dah benci aku. Tentu dia dah lupakan aku. Jadi, akupun patut lupakan dia juga." balas Woohyun, mendatar.

 

"Dia takkan lupakan awak, Hyun dan saya yakin dia tak benci awak. Dapatkan dia balik."

 

"Mana kau tau dia tak benci aku? Dia sendiri yang cakap tadi. Lepas tu, dia buang cincin perkahwinan yang aku sarungkan masa perkahwinan kami tu kat muka aku. Itu dah terbukti yang dia bencikan aku." nada Woohyun kedengaran sedih apabila dia mengimbas kembali kejadian yang berlaku petang tadi. Sunggyu memang kelihatan seperti dah membenci dirinya.

 

"Lagipun, aku taknak nyawa kau jadi pertaruhannya kalau kami bersama semula. Cukuplah apa yang berlaku hari ni. Aku taknak ia berulang semula."

 

"I'm sorry, Hyun. Saya harap, saya boleh bantu awak."

 


 

Malam itu, Sunggyu tak dapat melelapkan matanya disebabkab dia tak biasa tidur bersendirian sejak mereka berkahwin. Dia rasa kekok dan dia mula merindui suaminya itu. Sunggyu berbaring mengiring dengan telefon bimbit di tangannya. Dia berkira-kira sama ada dia perlu menelefon Woohyun atau tidak sebab pada sangkaannya Woohyun membencinya. Woohyun benci keturunan mafia sepertinya.

 

"Hyun, please don't hate me...i need you...i can't live without you...Hyun..." hatinya semakin sebak. "Hyun..."

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
just please translate every infinite's story that you wrote 😅🤣i know I'm rode but i can't do anything
seoyoung89
#2
Chapter 6: Wowww cute.... :3
springjasmine91
#3
Chapter 6: Akhirnya.....banyak betul drama. Fighting utk bab seterusnya
bysyyui
#4
Chapter 6: Kan betul Gyu pregnant! hohoho sweet laa ending dia tapi dah tamat dah.... tolong la buat sequel yg Gyu nak terberanak xDD btw good job authornim!
fatimdoki
#5
Chapter 6: Aaah... dah tamat ke... alaa~ nak lagi *_*buat sequel sambut baby lak, pun best jugak. Pasal hidup Gyu ngan Hyun sbg parents... XD
fatimdoki
#6
Chapter 5: sedih giler... aku pulak depressed... T^T
infinitygyu #7
Chapter 5: Just call him,gyu...
Update soon....