Benci awak!

Apabila Woo bertemu Gyu

 

2 bulan kemudian...

 

Pagi itu seperti biasa, Sunggyu akan membuatkan sarapan untuk dirinya dan Woohyun sebelum Woohyun berangkat ke tempat kerja. Sebaik saja sarapan dihidangkan, Woohyun akan muncul meminta tolong Sunggyu untuk mengikatkan tali lehernya. Woohyun sebenarnya tahu cara untuk mengikat tali leher, tapi dia pura-pura tak reti sebab dia nak bermanja dengan Sunggyu dan Sunggyu dengan senang hatinya membantu Woohyun.

 

"Thanks, honey!" ucap Woohyun setelah Sunggyu selesai mengikat tali lehernya. Satu kucupan dihadiahkan ke pipi Sunggyu membuatkan Sunggyu blushing.

 

"Awak ni dah kenapa dok sweet sweet macam ni? Dah buang tabiat, ke?" seloroh Sunggyu.

 

"Takkan nak bermanja dengan isteri sendiripun tak boleh?" balas Woohyun lantas pipi Sunggyu dicubit manja membuatkan Sunggyu berdecit sakit.

 

"Awak ni..." Sunggyu memukul lengan Woohyun sambil tersenyum malu.

 

Woohyun melamar Sunggyu 2 bulan yang lalu, betul-betul selepas kali pertama mereka 'bersama'. Masing-masing membuat pengakuan cinta dan akhirnya mereka berkahwin. Majlis tidak dibuat sebab Sunggyu tidak mahu sampai ayahnya tahu, jadi mereka hanya pergi mendaftar perkahwinan mereka dan semuanya berjalan lancar.

 

Identiti sebenar Sunggyu masih lagi rahsia. Sunggyu takut Woohyun akan meninggalkannya kalau dia tahu yang Sunggyu sebenarnya ialah anak ketua mafia. Pada mata Woohyun, Sunggyu ialah mangsa kepada seorang ayah yang tidak bertanggungjawab sebab sanggup menjual anaknya demi melangsaikan hutang judinya. Dan itulah yang membuatkan Woohyun ingin melindungi Sunggyu walau dengan nyawanya sekalipun.

 

Sunggyu gembira dengan kehidupannya sekarang ini, tapi dia takut kebahagiaannya ini tidak kekal lama jika ayahnya dapat mengesan kedudukannya atau latar belakangnya akan diketahui oleh Woohyun. Sunggyu betul-betul berharap yang hari itu tidak akan tiba atau kebahagiaannya yang baru dikecapi akan musnah.

 

"Saya pergi dulu, ya? Awak duduk di rumah elok-elok tau. Kalau ada apa-apa, call saya." pesan Woohyun.

 

"Ya, saya tau. Awak jangan risau. Buat kerja elok-elok tau. Kalau rindu, call saya." Sunggyu membetul-betulkan tali leher Woohyun.

 

"Bye, sayang." Woohyun mengucup bibir manis isterinya itu sebelum pergi.

 


 

Sementara itu di Kediaman Kim...

 

"Dah 5 bulan Sunggyu menghilang, tapi pengintip aku masih lagi tak dapat jejaki dia. Entah macam mana keadaan dia sekarang ni." keluh Tn. Kim. Dia duduk di kerusinya sambil memandang ke luar tingkap. Memang dia marah sebab Sunggyu menghilangkan diri begitu saja, tapi dalam masa yang sama, dia risaukan keselamatan anaknya itu.

 

"Tuan, Dongwoo nak jumpa tuan. Katanya, dia dah ada khabar berita tentang anak tuan." ucap Sungjong, pembantu kanan Tn. Kim.

 

"Panggil dia masuk." air muka Tn. Kim berubah. Dia kelihatan gembira dan penuh harapan.

 

Tak lama kemudian, Dongwoo pun muncul.

 

"Di mana dia? Macam mana keadaan dia?" soal Tn. Kim kepada pengintip upahannya.

 

"Tuan muda Kim selamat, dan dia gembira dengan kehidupan dia sekarang ini."

 

"Betul ke? Bagus la! Di mana dia tinggal?"

 

"Dia tinggal dengan Tuan muda Nam a.k.a CEO Nam Company. Dan mereka sebenarnya dah berkahwin."

 

"Apa?!" Tn. Kim menghentak mejanya dengan marah. "Mana boleh! Mereka tak boleh bersama. Bagi saya alamat mereka. Saya akan bawa anak saya balik." pinta Tn. Kim.

 


 

Petang itu, sedang Sunggyu menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah, dia dikejutkan dengan kedatangan ayahnya bersama konco-konconya. Bekas air yang dipegangnya terlepas dari pegangannya.

 

"A-Ayah..." ucap Sunggyu gagap. Dia takut. Takut dipisahkan dengan Woohyun. Dia tahu tujuan ayahnya datang ke situ.

 

"Tak sangka anak ketua mafia menyiram pokok bunga kat sini. Kamu nak malukan ayah, ke? Ini kerja orang gaji, bukan kerja untuk anak ketua mafia." sindir Tn. Kim.

 

"Ayah nak apa datang ke sini? Kalau ayah nak bawa saya balik, baik ayah mengalah sebab saya takkan ikut ayah." Sunggyu berjalan melepasi ayahnya untuk masuk ke dalam rumah, namun dia dihalang oleh konco-konco ayahnya itu.

 

"Ayah datang sini bukan untuk berunding dengan kamu. Taecyeon bawa dia pergi." Tn. Kim memberi arahan kepada bodyguardnya.

 

"Yah! Lepaskan saya! Lepas!" teriak Sunggyu sambil meronta-ronta apabila Taecyeon menggendongnya di bahu kirinya. "Yah!"

 

Tn. Kim mula melangkah pergi diikuti konco-konconya termasuk Taecyeon menuju ke keretanya. Belum sempat mereka melangkah keluar daripada halaman rumah itu, sebuah kereta berhenti di hadapan mereka. Woohyun bergegas keluar dari keretanya apabila dia terlihat Sunggyu digendong oleh seorang lelaki.

 

"Apa semua ni? Korang siapa? Korang nak bawa wife aku ke mana?" soal Woohyun.

 

"Aku ayah dia, dan aku nak bawa dia balik. Kamu sila ke tepi." arah Tn. Kim, tapi Woohyun masih lagi tak berganjak.

 

"So, kau la orang yang cuba jual Gyu demi melangsaikan hutang judi kau? Tak guna! Aku takkan benarkan kau bawa dia pergi!" marah Woohyun.

 

"Apa kau cakap? Memang aku ketua mafia, tapi aku tak sejahat itu untuk menjual anak aku sendiri. Faham?!" tengking Tn. Kim. Siapa tak marah bila dituduh sebegitu. Dia masih waras.

 

"Ke-ketua mafia?" Woohyun tersentak. Dia mulai keliru.

 

Sunggyu gelabah. Kebenaran akhirnya terbongkar. Dia tak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang. Woohyun pernah beritahu yang dia tidak suka orang yang menipu, dan kini...Sunggyu pasrah dengan apa yang bakal berlaku.

 

Taecyeon menurunkan Sunggyu atas arahan Tn. Kim supaya dia boleh mengucap selamat tinggal kepada Woohyun. Sunggyu hampir saja menangis apabila Woohyun tidak mahu memandangnya langsung. Seolah-olah dia orang yang paling dibenci Woohyun.

 

"Hyun, saya..."

 

"Kau tipu aku."

 

"Saya tak sengaja, Hyun. Percaya la. Saya dah cuba nak beritahu aw..."

 

"Pergi." ucap Woohyun perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Sunggyu. Air mata Sunggyu mula mengalir. Orang yang dicintainya, menghalaunya pergi.

 

"Hyun, jangan halau saya. Memang saya tipu tentang latar belakang saya, tapi cinta saya pada awak tu tulus. Hyun..." Sunggyu memegang tangan Woohyun, namun Woohyun menepisnya kasar.

 

"Kau tahu aku benci orang yang menipu, tapi kau buat juga! Pergi! Aku taknak tengok muka kau lagi!" marah Woohyun sekerasnya dengan pandangan tajam ke arah Sunggyu membuatkan Sunggyu tersentak.

 

"Hyun..." Sunggyu mulai sebak.

 

"Kita tak sepatutnya bersama sejak dari mula lagi, sebab mafia dan orang biasa tak boleh bersama." Woohyun membelakangi Sunggyu. "Pergi la ke tempat asal kau. Kita tak ditakdirkan bersama."

 

"Senangnya awak cakap, Hyun. Mudahnya awak lupakan cinta kita sebelum ni. Hanya disebabkan saya anak ketua mafia, awak layan saya macam ni. Dalam sekelip mata awak boleh berubah macam ni. Sampai hati awak."

 

"Sebelum ni, saya pernah bagitau awak yang saya cukup benci dengan mafia. So..."

 

"Sayapun benci dengan orang macam awak! Orang yang mudah berubah hati. Anggap saja kita tak pernah jumpa atau bercinta! Saya benci awak!" Sunggyu menanggalkan cincin perkahwinan yang tersarung di jari manisnya lalu dibaling ke arah Woohyun. "Kita putus!" teriak Sunggyu sebelum dia mula melangkah masuk ke dalam kereta.

 

Tn. Kim tersenyum sinis. Dia rasa dirinya menang sebab berjaya membawa Sunggyu balik ke tempat asalnya. Dia mula beredar bersama konco-konconya keluar dari perkarangan rumah Woohyun.

 

Sepanjang perjalanan, Sunggyu tidak berhenti menangis memikirkan hubungan antaranya dengan Woohyun berakhir begitu sahaja. Dengan mudah Woohyun berubah hati, dalam sekelip mata Woohyun seolah-olah tidak mmerlukannya lagi. Hatinya begitu sakit. Tn. Kim pula hanya kelihatan selamba.

 

'Sekejap saja dia akan macam ni. Lambat-laun dia okey la tu.' getus hati Tn. Kim.

 

Dalam beberapa minit, mereka tiba di perkarangan Kediaman Kim dan sebaik saja Sunggyu menjejakkan kaki keluar dari kereta, dia tiba-tiba jatuh pengsan membuatkan semua yang ada panik.

 

'Maafkan saya, Gyu...'

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
just please translate every infinite's story that you wrote 😅🤣i know I'm rode but i can't do anything
seoyoung89
#2
Chapter 6: Wowww cute.... :3
springjasmine91
#3
Chapter 6: Akhirnya.....banyak betul drama. Fighting utk bab seterusnya
bysyyui
#4
Chapter 6: Kan betul Gyu pregnant! hohoho sweet laa ending dia tapi dah tamat dah.... tolong la buat sequel yg Gyu nak terberanak xDD btw good job authornim!
fatimdoki
#5
Chapter 6: Aaah... dah tamat ke... alaa~ nak lagi *_*buat sequel sambut baby lak, pun best jugak. Pasal hidup Gyu ngan Hyun sbg parents... XD
fatimdoki
#6
Chapter 5: sedih giler... aku pulak depressed... T^T
infinitygyu #7
Chapter 5: Just call him,gyu...
Update soon....