Pertemuan

Apabila Woo bertemu Gyu

 

Gyu's POV

 

Aku berlari dan terus berlari hingga orang ramai yang lalu-lalang ku rempuh tanpa rasa bersalah asalkan aku dapat melarikan diri daripada konco-konco ayahku. Aku dah dewasa, 22 tahun umurku, tapi ayahku masih menganggapku seperti budak di bawah umur. Aku bosan diperlakukan sebegitu. Itu tak boleh, ini tak boleh semuanya dilarang. Siapa yang mahu kehidupan yang terkongkong seperti ini walaupun harta tak habis dibelanja walau 7 keturunan sekalipun. Aku tak sanggup.

 

"Tuan Muda jangan lari! Tolong la berhenti!" laung salah seorang dari mereka dari arah belakangku.

 

Aku tak peduli. Bukannya selalu aku dapat bebas macam ni. Sebelum ni aku asyik terkurung saja di vila milik keluargaku. Kata ayah, itu demi keselamatan diriku sebab dia mempunyai ramai musuh dan dia takut aku akan diapa-apakan. Tapi, dia tetap tak boleh buat aku macam ni. Mana boleh dia sembunyikan aku dari dunia luar. Tak! Aku memberontak ni!

 

Sesekali aku menoleh belakang dan aku bergumam apabila mereka masih lagi tak berputus asa untuk menangkapku. Aku mengeluh. Melampau sungguh la diorang ni!

 

End of POV

 

Woohyun dan kawan baiknya Howon sedang makan tengah hari di sebuah restoran yang mereka selalu pergi. Mereka mengambil tempat duduk di luar restoran itu dengan alasan nak ambil udara yang segar apabila mereka terdengar bunyi riuh-rendah berhampiran dengan tempat itu. Mereka dapat melihat seorang pemuda dikejar oleh sekumpulan gangster. Howon dan Woohyun saling berpandangan sebelum Woohyun tekad untuk menyiasat apa yang berlaku sebenarnya walaupun dihalang oleh Howon.

 

"Kau jangan buat gila, Hyun! Diorang tu nampak bahaya la. Nanti apa-apa jadi kat kau, aku nak jawab apa kat ayah kau? Mati aku, tau." bebel Howon.

 

"Kalau kau risaukan aku, kau telefon polis. Aku nak pergi selamatkan budak tu." Woohyun hampir-hampir saja pergi bila Howon menghalangnya lagi.

 

"Biar la nak jadi apapun kat dia, bukannya ada kena-mengena dengan kita pun. Bukannya kita kenal dia." Howon masih lagi dengan pendapatnya.

 

"Aku rasa dia dalam bahaya. Kau telefon polis. Aku akan buat apa yang termampu." Woohyun masih lagi berdegil. Dengan berbekalkan pengalaman sebagai pemegang black belt, Woohyun dengan coolnya melangkah pergi dari restoran itu untuk mengekori mereka. Howon mengeluh.

 


 

Sunggyu tiada lagi tempat untuk berlari apabila dia menemui jalan mati di salah satu lorong sempit yang dilaluinya menyebabkan dia dikepung oleh sekumpulan gangster itu.

 

"Tuan Muda, jangan la macam ni. Jom ikut kami balik." pinta salah seorang dari mereka.

 

"Korang nak balik, balik la. Aku taknak. Pergi, jangan kacau aku." balas Sunggyu selamba.

 

"Kalau tuan muda tak ikut kami balik, tuan besar akan bunuh kami. Please, tolong la kami." ucap ahli yang lain pula seperti nada merayu.

 

"Aku tetap taknak! Pergi! Jangan kacau aku!" tegas Sunggyu. Dia cuba menembusi mereka untuk berlari pergi, tapi mereka dengan pantas menangkapnya. "Yah! Lepas la!" teriak Sunggyu lalu dia mula menendang orang yang memegangnya sehingga jatuh.

 

Sunggyu tersenyum sinis melihat mereka jatuh akibat dipukulnya. "Aku dah kata jangan paksa aku. Jadi, jangan salahkan aku." dengan itu, Sunggyu mula melangkah pergi sebelum dia dihalang oleh mereka lagi. Dia mengeluh kasar. Satu persatu muka mereka dipandangnya dengan penuh kemarahan.

 

"Aku kata biar aku pergi! Korang tak faham, ke?" Sunggyu mula berlawan mereka, namun disebabkan dia tersilap langkah, menyebabkan dia berjaya ditangkap oleh mereka.

 

"Ikut kami." ucap ketua kumpulan itu.

 

Sunggyu meronta-ronta supaya dilepaskan tapi tak diendahkan sehingga la Woohyun muncul dan berteriak supaya Sunggyu dilepaskan. Sunggyu terpinga-pinga memandang Woohyun yang tak dikenalinya.

 

"Lepaskan dia!" teriak Woohyun yang berdiri di hadapan mereka dengan tujuan untuk menghalang mereka daripada pergi.

 

"Ini urusan kami, tak campur dengan kau. Baik kau blah!" kata ketua kumpulan itu.

 

"Aku kata lepaskan dia!" teriak Woohyun buat kesekian kalinya sebelum dia mula berlawan dengan mereka semua.

 

Sunggyu hanya memandang dari tepi dengan riak wajah yang terkejut. Dia terlopong. Sesekali Woohyun melirik ke arah Sunggyu dan dia perasan Sunggyu terlopong melihat dia membelasah geng itu sendirian. Woohyun mulai bangga diri dan semangatnya untuk mengalahkan mereka itu semakin kuat.

 

'Kagum tengok kehebatan aku la tu.' Woohyun memuji dirinya sendiri. Senyuman yang cool dilemparkan ke arah Sunggyu membuatkan Sunggyu tersedar dari lopongannya itu.

 

'Biar betul mamat ni. Dia sorang lawan dengan 10 orang. Caya la! Tapi...Dia ni apahal? Tiba-tiba muncul entah dari mana, then suka-suka hati jer belasah konco-konco ayah aku. Dia fikir dia siapa?' Sunggyu bergumam di dalam hati dengan pandangan tak puas hati.

 

Setelah memastikan kesemua ahli geng itu tidak dapat melawan lagi, Woohyun segera mencapai tangan Sunggyu dan membawanya pergi dari situ. Sunggyu membeliakkan matanya apabila tangannya dipimpin erat oleh Woohyun. Namun, Sunggyu tak melawan sebab ini saja jalannya untuk lari dari mereka itu, jadi dia hanya mengikut langkah Woohyun tanpa banyak soal.

 

Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan mereka. Kereta itu dipandu oleh Howon. Woohyun menarik Sunggyu masuk ke dalam kereta itu dan Howon segera memandu pergi sebelum gangster itu datang mengejar mereka lagi. Sunggyu kekok sebab dia berada di dalam kereta bersama orang yang tak dikenalinya. Dia menjauhkan dirinya daripada Woohyun dan memandang ke luar tingkap. Woohyun memahami, jadi dia hanya berdiam diri dan memandang ke luar tingkap juga. Woohyun duduk di belakang tempat duduk pemandu iaitu di sebelah kanan kereta, manakala Sunggyu duduk di sebelah kiri kereta.

 

"Hyun, takkan diam jer. Tanya la sesuatu." Howon berbisik tapi cukup kuat untuk didengari Woohyun yang duduk di belakangnya.

 

"Cakap apa?" soal Woohyun semula. Sesekali matanya melirik memandang Sunggyu yang jauh mengelamun.

 

"Harap-harap diorang tak jumpa saya." Sunggyu tiba-tiba berbicara membuatkan Woohyun bersandar di tempatnya dan tumpu pada Sunggyu.

 

"Diorang takkan jumpa awak. Jangan risau." balas Woohyun dengan senyuman kekok.

 

"Ya. Thanks sebab tolong saya tadi." ucap Sunggyu.

 

"Takda hal la." balas Woohyun sambil menggaru belakang tengkuknya. Dia gemuruh sebenarnya.

 

"Awak tak apa-apa, kan? Siapa diorang tu? Kenapa diorang kejar awak?" soal Woohyun, mencari topik untuk berbual jadi dia fikir, ini mungkin membantu.

 

"Saya, okey. Diorang tu samseng yang nak kutip hutang dari ayah saya. Ayah saya kuat berjudi, dan bila dia tak dapat langsaikan semua hutang-hutang dia, dia jual saya. Sebab tu saya lari." dengan spontannya Sunggyu mereka-reka cerita.

 

"Oo..." Woohyun mengangguk tanda faham, begitu juga dengan Howon yang mendengar perbualan mereka.

 

"Kalau macam tu, awak tentu takda tempat tinggal. So, apa kata awak tinggal dengan saya?" Woohyun mempelawa dengan selambanya tanpa menyedari yang mereka belum berkenalan, dan tidak mengenali antara satu sama lain membuatkan Sunggyu memandangnya dengan pandangan tak percaya.

 

'Beraninya dia ajak orang asing untuk tinggal dengan dia. Dia bukannya kenal aku, dan akupun tak kenal dia. Dia ni memang lain dari yang lain la.' fikir Sunggyu.

 

"Amboi, Hyun. Bukan main kau, ya. Kenalpun tak, dah ajak tinggal sekali. Agak-agak la, bro." nada Howon seperti menghakimi Sunggyu membuatkan Sunggyu menjuihkan bibirnya tanda tak puas hati.

 

Sunggyu mengabaikan mereka, lalu dia mengeuarkan handphonenya daripada poket seluarnya. Butang 'on' ditekan dan matanya terbeliak tatkala dia melihat 100 missed call, dan berpuluh-puluh mesej daripada ayahnya. Dia membaca sebahagian dari mesej itu.

 

- Gyu, balik sekarang! -

 

Sunggyu memuncungkan bibirnya. "Suruh kita balik, tapi marah-marah macam ni. Taknak la!" bebel Sunggyu sendirian sebelum mesej itu dipadamnya.

 

Satu lagi mesej dibuka dan dibaca.

 

- Kenapa tak balas mesej ayah? Kamu kat mana? -

 

"Suka hati la aku nak pergi manapun. Padam." Sunggyu memadam mesej itu juga.

 

- Gyu, ayah minta maaf. Balik la, sayang. Please... -

 

"Ayah merayu?" hati Sunggyu tersentuh. Seumur hidup dia, ini pertama kali ayahnya merayu padanya. Senyuman mula terukir dibibirnya.

 

Woohyun yang merenung Sunggyu dari tadi, mulai berdebar. 'Manisnya senyuman dia...like an angel...'

 

- Gyu, kalau kamu tak balik sekarang, jangan kamu berani mengaku yang kamu tu anak ayah! -

 

Mesej itu betul-betul membuatkan Sunggyu bengang. Handphonenya dibaling keluar dari kereta melalui tingkap.

 

"Saya takkan balik sampai bila-bila!" jerit Sunggyu sekuat hati tanpa mempedulikan Howon dan Woohyun sehingga menyebabkan mereka berdua terkejut.

 

Nasib baik Howon masih mampu mengawal stereng kereta walaupun dia terkejut, kalau tak, dah terbabas agaknya. Dan Woohyun yang begitu asyik memandang Sunggyu, hampir-hampir saja kena heart attack. Angel yang tersenyum tadi, dah berubah menjadi demon yang lapar. Baru sekejap tadi dia dia memuji kemanisan senyuman Sunggyu, tapi sekarang ni, dia begitu takut dengan sisi Sunggyu yang ini.

 

'Jangan pernah buat dia marah.' getus hati Woohyun dengan menelan air liurnya.

 


Ini hanya permulaan...

So, teruskan menyokong n jangan lupa komen *winks*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
dgh2673 #1
just please translate every infinite's story that you wrote 😅🤣i know I'm rode but i can't do anything
seoyoung89
#2
Chapter 6: Wowww cute.... :3
springjasmine91
#3
Chapter 6: Akhirnya.....banyak betul drama. Fighting utk bab seterusnya
bysyyui
#4
Chapter 6: Kan betul Gyu pregnant! hohoho sweet laa ending dia tapi dah tamat dah.... tolong la buat sequel yg Gyu nak terberanak xDD btw good job authornim!
fatimdoki
#5
Chapter 6: Aaah... dah tamat ke... alaa~ nak lagi *_*buat sequel sambut baby lak, pun best jugak. Pasal hidup Gyu ngan Hyun sbg parents... XD
fatimdoki
#6
Chapter 5: sedih giler... aku pulak depressed... T^T
infinitygyu #7
Chapter 5: Just call him,gyu...
Update soon....