Bab 7

Sayangi Dia

 

Pagi itu, sebaik sahaja terjaga daripada tidur, Sehun bergegas ke tandas apabila dia mula terasa loya. Kai yang tidur disebelahnya turut terjaga apabila dia terdengar bunyi orang muntah di dalam bilik airnya. Kai segera bangun dan bergegas ke situ.

 

"Hunnie, kenapa ni?" soal Kai sebaik saja dia menghampiri Sehun. Dia memicit-micit belakang Sehun dengan niat untuk membantu.

 

"Saya okay, Jongie. Ini memang biasa bagi orang pregnant. Takkan awak tak tahu?"

 

"Oh ya. Terlupa plak saya sebab terlalu risaukan awak ni. Awak okay?"

 

"Saya okay." Sehun ingin berdiri tetapi kakinya lemah, membuatkan dia hampir terjatuh apabila Kai sempat menyambutnya.

 

"Awak nampak lemah sangat ni. Ini awak kata okay? Mari saya bawa awak ke katil." dengan itu, Kai mula mendukung Sehun. Sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari bilik air, mereka terkejut dengan kehadiran Puan Besar Kim.

 

"Apa yang kamu berdua buat ni?!" marah Puan Besar Kim. Dan dia semakin marah apabila melihat situasi itu.

 

"Mak, saya cuma..."

 

"Kamu diam! Turunkan dia tu!" tengking Puan Besar Kim.

 

"Kai, turunkan saya." pinta Sehun yang dah mula takut dengan amukan Puan Besar Kim itu.

 

"Dia milik saya dan saya akan buat apa yang saya nak dengan dia sebab saya cintakan dia! Mak jangan masuk campur." tegas Kai membuatkan Sehun memandangnya tanpa berkelip.

 

"Kamu jangan nak melawan! Kamu tu bakal suami orang. Apa yang bakal isteri kamu akan kata kalau dia nampak semua ni? Kamu fikir dia suka, ke?"

 

"Biar la dia tengok! Lagi bagus kalau dia tahu yang saya memang dah ada orang lain selain dari dia. Makpun tahu yang saya tak setuju dengan perkahwinan ni. Dan kalau mak paksa juga, saya takkan teragak-agak keluar dari rumah ni sebab saya takkan tinggal di rumah yang tak boleh menerima Hunnie sebagai teman hidup saya. Muktamad!" tegas Kai dengan bersungguh-sungguh membuatkan Sehun terharu dan dalam masa yang sama, Sehun rasa bersalah sebab dia dah buat Kai bergaduh dengan maknya sendiri.

 

"Kai...turunkan saya, please..." pinta Sehun sekali lagi.

 

"Tapi, awak..."

 

"Kai, please...saya okay. Turunkan saya?"

 

Kai risau yang Sehun akan pitam sebab tubuhnya masih lemah lepas muntah tadi. Dan dia melepaskan keluhan apabila Sehun berkeras supaya dia diturunkan.

 

"Baiklah." ucap Kai lalu dia perlahan meletakkan Sehun ke bawah dan sebaik sahaja kaki Sehun menyentuh lantai, Kai memaut pinggang Sehun untuk menyokong tubuh Sehun supaya tidak rebah.

 

"Saya okay." Sehun cuba meyakinkan Kai bahawa dia okay, walaupun dia sebenarnya tidak okay. Disebabkan semalam dia tidur tanpa menjamah makanan, dan tadi dia baru saja muntah, membuatkan tubuhnya begitu lemah sekali.

 

Sebaik saja Kai menurunkan Sehun, Puan Besar Kim segera menarik Kai ke arahnya dan pautan tangan Kai di pinggang Sehun terlerai, membuatkan Sehun hilang keseimbangan badannya lalu dia rebah ke lantai.

 

"Hunnie!" teriak Kai. Tangan ibunya ditepis kasar lantas dia mendapatkan Sehun yang sudah tidak sedarkan diri. "Hunnie, bangun la! Hunnie! Mak tengok apa yang mak dah buat?! Dia masih lemah, okay! Sebab itu dia perlukan saya. Kalau jadi apa-apa kat dia, saya takkan maafkan mak!" Kai memberi amaran tanpa menyedari yang dia memarahi ibu kandungnya sendiri sebab dia dikaburi dengan keadaan Sehun sekarang ini.

 

Kai segera mendukung Sehun dan bergegas keluar dari biliknya tanpa menghiraukan ibunya di situ.

 

"Yah, Jongin!" teriak Puan Besar Kim sebelum dia mengekori anaknya itu.

 

Kai meriba Sehun di tempat duduk belakang, lantas dia mengarah pemandunya membawa mereka ke hospital.

 

"Awak akan okay, Hunnie. Bertahan la." Kai membelai lembut kepala Sehun yang masih tidak sedarkan diri.

 


 

 

"Macam mana keadaan Hunnie saya?" soal Kai kepada doktor yang merawat Sehun sebaik sahaja doktor itu melangkah keluar daripada wadnya.

 

"Kamu siapa?" soal doktor itu.

 

"Saya kekasih dia."

 

"So, you're the other father?"

 

"Ya, saya. Macam mana keadaan dia dan kandungannya?"

 

"He's fine, and the baby too. Dia cuma kepenatan dan kelaparan."

 

"Kelaparan?" baru Kai teringat yang semalam dia mengajak Sehun tidur tanpa menjamah sebarang makanan walaupun Sehun ada mengatakan yang dia lapar. Dan pagi ini pula, Sehun muntah. Jadi, tak hairan la Sehun pengsan. "Oo patut la."

 

"Kamu boleh bawa dia pulang lepas dia sedar nanti dan bawa dia pergi makan. Ya? Jaga dia baik-baik." nasihat doktor itu.

 

"Baiklah. Terima kasih doktor." ucap Kai sebelum doktor itu beredar.

 

Kai melangkah masuk ke dalam wad Sehun dan dia tersenyum melihat Sehun yang nampak tenang dibuai mimpi. Dia mengatur langkah menuju ke arah katil Sehun dengan penuh berhati-hati supaya Sehun tak terjaga.

 

"Maafkan saya, Hunnie. Saya memang kekasih tak guna sebab tak mampu jaga awak dengan baik. Mianei~" ucap Kai seikhlasnya sambil dia membelai tangan Sehun.

 

"Kalau macam ni keadaannya, awak rasa saya boleh jadi ayah yang baik, ke? Saya tak rasa saya mampu. Awakpun fikir macam tu, kan?" Kai menatap wajah Sehun dan membelainya. "Hunnie-ah...saya..."

 

"Kai..."

 

"Hunnie, awak dah sedar. Bagus la!"

 

"Saya kat mana, ni?"

 

"Awak kat hospital. Awak pengsan tadi."

 

"Pengsan?"

 

"Macam mana awak rasa sekarang? Ada rasa pening-pening? Sakit kepala, ke? Loya?"

 

"Saya..." belum sempat Sehun menghabiskan ayatnya, perutnya mula berkeroncong. "Saya lapar."

 

"Oh, saya lupa! Mari kita pergi makan. Awak nak makan apa? Kat mana? Saya boleh bawakan. Asal awak dan baby sihat. Mari." ucap Kai dengan bersungguh-sungguh sebab dia taknak Sehun pengsan lagi dan seterusnya membahayakan baby mereka.

 

"Kai..." Sehun mencapai tangan Kai.

 

"Ya?"

 

"Awak akan jadi ayah yang baik kepada anak kita. Percaya la."

 

"Hunnie, awak..." Kai tak sangka yang Sehun mendengar kata-katanya tadi. Dia tersenyum kekok.

 

"Jom, kita pergi makan." Sehun perlahan menurunkan kakinya ke lantai dan Kai membantunya berdiri.

 

"Awak masih lemah ni. Mari saya dukung awak."

 

"Tak payah la, Kai. Dari tadi awak asyik dukung saya jer. Kesian kat awak. Tak payah la. Saya ni berat tau sebab awak bukan dukung saya seorang. Jadi, tak payah la. Awak papah sayapun dah cukup."

 

Kai tersenyum mendengar betapa Sehun amat mengambil berat terhadapnya selepas apa yang dia pernah buat kat Sehun dulu.

 

"Takper la, saya tak kisahpun. Lagipun, salah saya juga buat awak macam ni. Jadi, biar saya tanggung kesalahan saya, ya?"

 

Air muka Sehun berubah. Apa maksud Kai dengan 'tanggung kesalahan'? Adakah Kai maksudkan yang bakal anak mereka itu satu kesalahan? Sehun menepis tangan Kai apabila Kai hampir saja mendukungnya membuatkan Kai memandangnya dengan kehairanan.

 

"Hunnie, kenapa ni?" soal Kai.

 

"Sangkaan saya selama ni memang betul yang awak takkan pernah cintakan saya."

 

"Hun, awak cakap apa ni? Berapa kali saya nak kata yang saya memang cintakan awak? Tolong jangan ragui saya." jelas Kai.

 

"Awak bersama saya atas sebab awak rasa bersalah. Bukan sebab awak cintakan saya. Awak bersama saya, hanya sebab baby ni, bukannya awak betul-betul cintakan saya. Saya benci awak!"

 

"Hunnie, saya ikhlas cintakan awak bukan sebab baby ni. Dan kalau baby ni tak wujudpun, saya akan tetap buat pengakuan cinta kat awak. Saya..."

 

"Awak taknak baby ni? Apa yang awak cakap ni, Kai? Baru tadi awak kata, awak risau yang awak takkan jadi ayah yang baik untuk anak kita dan sekarang awak kata yang awak taknak baby ni? Awak ni..." Sehun mahu saja menangis pada waktu itu, tapi dia taknak tunjuk pada Kai yang dia lemah jadi dia hanya mampu mengetap bibirnya menahan geram.

 

Kai pula terkejut dengan sikap Sehun itu. Sehun patut tahu, bukan itu yang Kai maksudkan. Sekarang Kai betul-betul bingung. Maybe ini yang dipanggil 'mood swing' atau 'sensitif' bagi orang yang pregnant? Kai cuba bersabar.

 

"Sehun, saya tak maksudkan macam tu. Saya..." Kai melepaskan keluhan berat. "Baiklah. Saya minta maaf, okay? Maafkan saya." Kai mengalah. Dia tahu, takda maknanya kalau mereka terus bertekak macam ni, sebab dalam keadaan Sehun macam ni, ia akan berlarutan kalau perbualan ini diteruskan.

 

"Tak payah awak nak minta maaf. Saya..." perut Sehun mula berkeroncong lagi, membuatkan dia terdiam. Tangannya diletakkan diperutnya.

 

'Aish, baby ah...kamu saja kan? Haih, baiklah! Kita pergi makan dulu, baru sambung gaduh nanti. Ya? Mianei, sebab buat kamu kelaparan dari semalam...' getus hati Sehun sambil mengusap perutnya dengan lembut.

 

"Hunnie, kenapa ni? Awak sakit perut, ke? Nak saya panggilkan doktor?" soal Kai dengan penuh kerisauan. "Biar saya panggilkan doktor." Kai ingin melangkah keluar dari wad itu untuk mencari doktor, namun niatnya terhalang apabila Sehun mencapai tangannya.

 

"Tak payah. Saya, okay. Cuma...saya lapar." ucap Sehun seraya dia melepaskan tangan Kai.

 

"Lapar?" Kai tersenyum lega. "Kalau macam tu, mari kita pergi makan dulu. Ya?" Kai menghulurkan tangannya dan Sehun menyambutnya.

 

Selesai menyelesaikan bil hospital, mereka menuju ke restoran yang berdekatan untuk makan.

 


Semoga update ini menceriakan korang...

Maaf kalau ia tak berapa menjadi hehe

Enjoyed! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
czeaer #1
Chapter 13: Authornim? Tanak update ke? Sis dh berdebar baca ni?please update
Wu_Family_EXO
#2
Chapter 13: halamak..... ada aja lah.. dengan pn kim main tampar2 pulak.. then si suzan tu pulak.. aduh, kalo kai tak sentuh sehun dulu, mesti sehun tak akan sakit hati dan fizikal dia.. stress la dengan semua orang.. kesian hunnie :'(
daebakQ93 #3
Chapter 13: Kesian hunnie..ada je halangan bila dengan kai.. Hope hunnie bersabar ye..mintak2 kai setia dan x berubah hati walaupun suzan ngan pn. kim asyik buat pasal..apapun,sy terhibur..huhu..update soon,author nim..
Wu_Family_EXO
#4
Chapter 12: masalah betul lah perempuan2 dalam ni.. ada je yg nak ganggu KaiHun.. ni tetiba baik pula si Pn.Kim ni.. Kalau was-was jangan ambil air yg dia bagi hunnie-ah.. Kai jgn lama2 sngt tngk member hang tu.. xD
Minkyungchae__
#5
Chapter 11: Update Author ..
limchiayi
#6
Chapter 11: weh.. siapa lelaki tu? update soon pls.
Wu_Family_EXO
#7
Chapter 11: OMG siapa dia?? Sampai hati buat hunnie takut!! Huhuhu x sabarnya..
Vernontics
#8
Chapter 10: New reader and knpe cliffhanger wyuy
Wu_Family_EXO
#9
Chapter 10: alahai, perenggan pertama je dah buat saya tersengih mlm2 buta ni.. haha
huish nasib baik orang hon sbb kereta.. terkejut je dibuatnya.. hehe
omg spy mak kai?? ade je x puas ngan kaihun ni..
MisszyBiru
#10
Chapter 10: update lagi... huhuhu