Time Machine 005

Time Machine
 
Sehun membuka mata,dia disapa wajah Tao yang tersenyum ke arahnya.
 
"Tahniah Sehun".Lelaki bermata lingkaran gelap itu menepuk lembut bahu Sehun.Sehun menelan air liur sendiri.Dunia tidak berdinding ni akan muncul setiap kali dia membuat putaran masa.
 
"Tak..ni satu kesilapan Tao.Benda tu tak sepatutnya terjadi".Sehun menggenggam penumbuk sendiri.Rasa marah pada diri sendiri membuak-buak.Andai sahaja dia dan Kai tidak bertengkar,mesti kemalangan itu tidak terjadi.
 
"Sekurang-kurangnya Kai hidup,tu yang penting".
 
"Ya betul,memang dia hidup tapi bagaimana pula dengan pemandu-pemandu kereta yang bertembung tu?Mereka mati sebab aku.Aku hanya buat benda jadi lebih kacau.Sepatutnya semua ni tak jadi!".
 
Sehun mula menangis.Sewaktu ingin mengelak dari melanggar Kai,kereta yang sepatutnya melanggar Kai telah memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan pemilik kereta yang lagi satu.Kejadian itu meragut nyawa yang lebih banyak.
 
"Jadi?Apa yang kau nak lagi?Kau dah dapat jawapan dari Kai dan yang penting Kai masih hidup".Tao tersenyum sinis,dia dapat mengesan penyesalan di dalam diri Sehun.Namun kerjanya hanya menjaga masa,setiap putaran waktu yang diambil adalah tindakan Sehun sendiri.
 
"Aku masih ada satu lagi peluang,kan?".Sehun bertanya.Matanya membengkak kerana menangis.Tao menganggukkan kepala.
 
"Ni yang terakhir Sehun.Kau tahu apa yang kau patut buat kan?".
 
Sehun diam.Dia menutup matanya dan suasana berubah.
 
Kai sedang memandang ke arahnya dengan wajah yang risau.
 
"Sayang..syukurlah awak dah bangun.Risau saya".Kai mencium jemari Sehun.Nadanya lembut dan Sehun tersenyum memandang ke arah Kai.Sehun pengsan agak lama selepas menyaksikan kemalangan itu.Doktor mengatakan mungkin dia terkejut.Kai telah dipanggil oleh pihak polis untuk menjadi saksi kejadian.
 
"Awak..my love will protect you".Sehun bersuara lemah.
 
"Saya mintak maaf,sepatutnya saya dengar cakap awak.Kalau tak,kemalangan tu takkan berlaku.Kan?".Kai mengeluh.
 
"Tak,saya yang patut minta maaf.Saya dah putar ke masa yang salah".
 
"A-apa awak cakap ni?".
 
Sehun tersenyum,dia tidak menjawap soalan Kai.
 
"Kai,boleh tak awak cium saya?".
 
Kai mempamerkan wajah aneh.Tapi dia tidak menolak permintaan Sehun.Perlahan-lahan,dia merapatkan bibirnya ke bibir Sehun.Mereka berciuman agak lama.Sehun melingkarkan lengan dibelakang leher Kai.
 
"Kai,awak kena sentiasa ingat yang saya cintakan awak.Walaupun awak lupa saya,tapi tolong jangan lupa yang saya pernah hadir dalam hati awak.Okay?".
 
"Sehun..saya takkan lupakan awak.Awak nyawa hati saya sayang".
 
"Ya..saya tau".Sehun tersenyum dan berjeda seketika sebelum menyambung ayatnya."Tolong ambilkan jam loket dalam beg saya boleh?".
 
Kai terangguk.Dia ke sudut bilik dan menggodak barang di dalam beg kepunyaan Sehun.Setelah menjumpai jam loket yang dimaksudkan,Kai menyerahkan kepada Sehun.Sehun tersenyum memandang Kai dan menarik Kai dalam pelukan yang erat.
 
"Jangan lepaskan saya ye?".Sehun berbisik lembut.
 
"Takkan".
 
"What if..we change the past to get a better future?Macam mana kalau kita tak pernah bercinta?".
 
"Awak,saya tak pernah menyesal jumpa awak.Dan saya lansung tak menyesal bercinta dengan awak.Kalaupun saya mati,saya rasa gembira sebab berpeluang mengenali lelaki yang sangat cantik dan baik macam awak.Yang paling penting,saya bangga dapat duduk dalam hati awak".Kai membalas.
 
Sehun merasakan tangkai hatinya ingin terputus mendengar pengakuan Kai.
 
'Maafkan saya sayang.Tapi saya tak sanggup melihat orang yang saya sayang mati dihadapan saya selagi saya masih hidup.Awak tak boleh mati'.
 
Sehun memutarkan jam itu tiga kali.Mata dipejam rapat.'Kembalikan aku ke 16 Jun 2011'.
 
Perlahan -lahan terasa pelukan Kai yang semakin meregang.Semuanya bagaikan terurai bagi Sehun.Desah nafas dan denyut jantung mereka yang tadinya bersatu kini tidak lagi kedengaran.Sehun membuka mata.Tiada Kai di atas katil miliknya.Dia bersendirian.
 
Dinding dipandang,kalendar tahun 2011 bergantung.
 
'Dia dah takda memori pasal aku,kan?'.Sehun menangis.
 
"Sayang,bangunlah.Ni kan hari pertama kamu nak ke sekolah!".Laungan Puan Oh kedengaran dari bawah.Sehun melihat wajah ke cermin.Dia masih seorang remaja berusia 16 tahun.
 
Sehun mencapai tuala dan bersiap.Semuanya yang terjadi di masa hadapan akan ditentukan hari ini.Dia bersedia,sangat bersedia.Asalkan tiada siapa yang akan mati,maka semua akan okay.Bukan begitu?
 
********************
 
Kai berjalan laju,dia telah lambat untuk ke kelas.Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan setelah cuti semester bulan 6 pada 2 minggu lepas.Hari ini juga merupa hari di mana pelajar junior akan masuk.Kai merupakan salah seorang fasilitator dalam masjil masuk sekolah pada sesi kali ni.
 
Entah mana silapnya,dia terlanggar seorang pelajar lelaki yang berjalan lambat-lambat dan perlahan dihadapannya.
 
"Aww ".Pelajar yang dilanggarnya itu menyumpah seranah apabila lengannya sakit terhentak lantai akibat dilanggar Kai.Kai segera meminta maaf dan menolong pelajar terbabit.
 
"Sorry,saya betul-betul tak perasan".Katanya.Pelajar lelaki itu mengangkat muka.Kai terpana seketika.'Cantiknya dia".
 
"Lain kali jalan guna mata.Menyusahkan orang betullah".Garang pelajar yang memakai tanda nama 'Oh Sehun' itu membalas.
 
"Sorry...err,nak saya hantar pergi bilik rehat ke?".
 
"Tak payah.Aku boleh jalan sendiri".
 
"Ohh..Oh Sehun kan?Junior ye?".
 
"Kau ni sebok sangat kenapa?Dahlah,aku blah dulu!".
 
'Perghh,cold nya perangai?'.Kai merungut.
 
"Senior Kai!".Seorang gadis menerpa ke arah Kai dan menyilangkan lengan mereka.Krystal tersenyum manis.
 
"Ehh..Krystal,awak junior sekolah ni ye?".
 
"Yurp..jum.Senior Kai kan faci kan?Bawak saya pergi daftar".Krystal menarik Kai pergi.
 
Kai menuruti langkah Krystal tanpa banyak tanya.Dan Sehun dari jauh hanya mampu menghantar pemergian Kai dengan tangis bahagia.
 
"This is what it should be".Sehun berkata dengan diri sendiri.Dia menutup mata kerana kerjanya berjaya.Dan dia kembali ke dunia tidak  berdinding itu semula.
 

lololol...nak gelak bce komen korang cx hahahaha...korang mesti pikir Kai yang mati tp sebenarnya tak lahh xD hehooo..ni chapter 2nd last T______T sediyyy nyaaa...hurmmm...btw nak promote cite SeKai bru sy..bottom!kai tapi x sure nak ade or tak..sbb sy tak reti tls malay and errrrrkk...

 

The Billionaire Temptation<--click here okay xD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanna_elf
#1
Chapter 6: Can I make a new fic from this??
Hirooshuichi33 #2
Chapter 6: Omg!! Tidak ! Sakitnya hatiku lol Sudah ku lihat disitu tak de 'Happy Ending' tapi kenapa aku masih brdegil mahu mmbcanya muahahahha TT^TT awwww kesian sehun,sesak dada aku bca fic ni xDD btw, nice story make a sequel please :333
HanisIzyani
#3
Chapter 6: Bace last chapter smbil dgr lagu MID. Mnangis tahap gaban ㅠ.ㅠ
Cer authornim bwat sequel story ni? Lol xD
dae_yeol
#4
Chapter 6: wow!!nice story..
ilay14 #5
Chapter 4: astgaa kai mati lagi... ah author nim kenapa kau ni suka kali tengok kai mati...

aduh jangan lah buat kai mati lagi author nim hehehe
dae_yeol
#6
Chapter 4: kesian sehun..takkan kai mati lagi..berusaha sehun!!
HanisIzyani
#7
Chapter 4: Uwaaa authornim~~
Janganlah bwat Kai mati lagi ㅠㅅㅠ