Time Machine 004

Time Machine

Sehun bersandar di pagar sekolah.Jam menunjukkan pukul 8 pagi dan lagi 30 minit pagar sekolah akan ditutup.Dari jauh dia dapat melihat kelibat tubuh Kai berjalan ke arah pintu masuk.Sehun segera menerpa untuk mengelak Kai memasuki kawasan sekolah.Hari ini Sehun merancang sesuatu.Dan untuk merealisasikannya,dia dan Kai harus ponteng dari menghadiri kelas.

 

"Awak!".Sehun berlari dan mencium bibir Kai sepantas kilat.Buat seketika Kai terkaku,wajah dan telingannya sudah memerah menahan malu kerana banyak juga mata memandang mereka.

 

"Awak ni buang tebiat ke?Orang tengok kat kita tau tak?".Kai bersuara dingin.Sehun buat tidak endah dan menyeluk tangannya di lengan Kai.Dia melentokkan kepala di bahu kekasihnya sebelum berputar arah bertentangan dari jalan ke pagar sekolah mereka.

 

"Kai,hari ni awak tak boleh lawan cakap saya.Dan jangan cuba nak memberontak.Awak kena ikut saya okay?".Sehun memanjakan suaranya dan masih lagi memeluk erat lengan Kai.Kai mempamerkan wajah pelik,tak pernah-pernah kekasihnya itu bersikap manja tak bertempat.

 

"Sekolah macam mana sayang?".

 

Sehun memandang wajah Kai.'Sayang?I miss to hear that from your mouth'.Benak Sehun berbicara sendiri.Wajah Sehun membenyek sebelum kelopak matanya basah dengan air mata.

 

"Lahh,ni kenapa pulak nangis ni?Awak tak sehat ke?".Kai gusar dengan perubahan sikap Sehun.Dia mengelus lembut pipi Sehun dengan ibu jarinya.

 

"Taklah,saya gembira je.Dah lama tak dengar awak panggil saya sayang".

 

"Tu je?Sorrylah,saya tengking awak pagi tadi.Saya mamai lagi time tu,tengok jam pulak rupanya dah lambat nak pergi sekolah".Terang Kai.Dia menggenggam tangan Sehun dengan erat."Saya sayang awak,kadangkala saya rasa perkataan sayang tu tak cukup untuk menyatakan betapa saya sayangkan awak".Kai menyambung.

 

  "Saya taknak kehilangan awak Kai.My love will always protect you forever".Sehun membenamkan wajah dileher Kai.Baju Kai basah dengan air mata Sehun.Kai merehatkan tangan di pinggang Sehun.

 

"Awak jangan peluk-peluk saya sangat,karang terpaksa pulak kita masuk mana-mana tandas awam to take care of my ".Usik Kai,wajah Sehun memerah mendengar ayat kurang sopan kekasihnya.

 

"Mengadanya.Awak tak payah nak menggatal.Sekarang ni jum ikut saya pergi Namsan Tower,Lotte World and sume tempat yang kita pernah pergi dating dulu".Sehun menarik tangan Kai dan melangkah laju.Mujur sahaja mereka tidak tersadung dan jatuh.

 

'Aneh betul dia hari ni'.Kai berkata dalam hati.

 

****************

 

"Lama kan awak tak pegang tangan saya?".Tiba-tiba Sehun bersuara.Kai diam tidak berkutik."Awak..saya banyak sangat soalan nak tanya awak.Tapi tolonglah jawap dengan jujur.Saya takut hari esok takkan tiba".

 

Kai mendesah perlahan.Dia menuju ke kerusi batu yang disediakan di sekitar taman dan duduk.Tangan diseluk ke dalam poket seluar.Tak lama kemudian,Sehun turut menuruti kekasihnya.

 

"Okay,apa yang awak nak tau?".Soal Kai dengan wajah tenang.

 

"Kenapa kita dah tak macam dulu?Dulu lepas hantar saya balik,awak mesti akan mesej saya ataupun call.Sekarang ni,bila saya call,phone awak selalu off.Malam pulak awak akan pergi tidur awal.Kenapa wak?".

 

"Sehun..kalau saya tak call awak,tak bermakna saya tak sayang awak.Saya sebenarnya..sibuk kerja.Awak taukan parent saya bukan macam parent awak,diaorang marah tentang hubungan kita.Bagi parent saya,saya ni pembawa malu sebab saya tak straight.Diaorang potong semua elaun saya sejak saya bagitau diaorang pasal kita enam bulan lepas.Saya mintak maaf sayang.Saya tak sangka perkara ni akan buat awak rasa jauh dari saya".

 

Sehun menarik tangan Kai di dalam gengaman.Rasa bersalah mula menjalar disegenap sudut hati Sehun kerana dia mempersoalkan cinta Kai.

 

"Kai,saya ada satu soalan lagi.Tolong jawap dan jangan tanya mana saya tahu pasal ni".

 

Suara Sehun separuh merayu.Kai memandang wajah Sehun dan terangguk kecil.

 

"Lepas ni,awak nak pergi mana?".

 

"Maksud awak?".

 

"Lepas balik sekolah,sebenarnya awak nak pergi somewhere kan?Betul tak?".

 

"Urmmm,saya nak pergi kerja lah".

 

"Tapi awak selalu akan hantar saya balik dulu.Kenapa hari ni nak terus pergi kerja?".

 

"Ohh..nantilah,awak tunggu je".Kai tersengih.Dia tidak ingin menjawab soalan Sehun.Sehun mengetap bibir dengan kuat,kenapalah Kai harus menjadi terlalu perahsia?

 

"Awak kena jawap jugak.Jangan biarkan saya terus tergantung dengan persoalan Kai".

 

"Aishh..nanti tak susprise lagilah.Saya kena kerja lebih masa sikit sebab kan lagi dua hari anniversary kita yang ke tiga kita pertama kali jumpa?Saya nak belikan hadiah untuk awaklah".Kai merungut dan memuncungkan bibir.Geram kerana terpaksa berterus-terang dengan kekasihnya.Sehun membulatkan mata dengan besar.'Jadi,semua ni sebab aku?Aku yang bunuh Kai?'.

 

"Awak..jangan pergi kerja ye hari ni?".Sehun memujuk.

 

"Please sayang,saya kena kerja.Now,dah pukul 2 petang ni.Jum saya hantar awak pergi bus stop kat simpang empat tu.Meh".Kai berdiri,dia menarik lengan Sehun agar lelaki itu menurutinya.Sehun mengeraskan diri.

 

Mereka tiba di tempat yang selalu mereka mengambil bas.Ketakutan jelas terpancar di wajah Sehun.

 

"Awak,teman saya balik please?Lupakan pasal hadiah tuh,yang penting cinta awak pada saya.Saya tak perduli dengan hadiah,asalkan awak ada dengan saya".Sehun merayu,air mata sudah lebat mengalir.

 

"Sayang,awak ni kenapa?Pelik-pelik je hari ni".

 

"Saya taknak kehilangan awak.Saya taknak tengok awak mati lagi.Saya takut!".

 

"Saya tak mati pun lah.Awak baliklah,saya pergi kerja dulu.Pukul 2.30 petang nanti dah kena punch card.Balik ek?".Kai masih memujuk.Batang tubuh Sehun dipeluk erat,sebuah kucupan lembut diberikan di dahi Sehun.

 

"Tak kiralah,awak tak boleh pergi!".

 

"Kalau awak sayangkan saya,biarkan saya pergi!".

 

Masing-masing tidak mahu beralah.Akhirnya mereka berdua bertengkar agak hebat.Sehun cuba menarik Kai tetapi dengan sekuat mungkin,Kai menolak Sehun dan berlari ke tengah jalan.

 

"Bang!".

 

Kereta berlanggaran dan terpelanting di langit.Pandangan Sehun berpinar,dia menutup telingan dengan kuat dan memejamkan mata serapat mungkin sebelum semuanya menjadi gelap.

 

'Ni satu kesalahan'.

 


hohohiii.. :3 dun porget to comment ..hahahaha

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanna_elf
#1
Chapter 6: Can I make a new fic from this??
Hirooshuichi33 #2
Chapter 6: Omg!! Tidak ! Sakitnya hatiku lol Sudah ku lihat disitu tak de 'Happy Ending' tapi kenapa aku masih brdegil mahu mmbcanya muahahahha TT^TT awwww kesian sehun,sesak dada aku bca fic ni xDD btw, nice story make a sequel please :333
HanisIzyani
#3
Chapter 6: Bace last chapter smbil dgr lagu MID. Mnangis tahap gaban ㅠ.ㅠ
Cer authornim bwat sequel story ni? Lol xD
dae_yeol
#4
Chapter 6: wow!!nice story..
ilay14 #5
Chapter 4: astgaa kai mati lagi... ah author nim kenapa kau ni suka kali tengok kai mati...

aduh jangan lah buat kai mati lagi author nim hehehe
dae_yeol
#6
Chapter 4: kesian sehun..takkan kai mati lagi..berusaha sehun!!
HanisIzyani
#7
Chapter 4: Uwaaa authornim~~
Janganlah bwat Kai mati lagi ㅠㅅㅠ