Time Machine 002

Time Machine

Sehun tersedar dari pengsan,kepalanya sakit dan berdenyut-denyut.Dia melihat kawasan sekitar,tiada sebarang pemandangan.Semuanya putih dan kosong,tiada seorang pun disekelilingnya.

'Hospital ke ni?',hati Sehun bertanya sendiri.Tiba-tiba datang satu cahaya dari arah depan menyilaukan mata Sehun,dia menutup mata dengan lengannya.

"Dah sedar?".Suara kasar itu bertanya.Seorang lelaki tinggi yang mempunyai lingkaran gelap bawah mata memandang ke arah Sehun dengan muka yang mengukir senyuman.Sehun menelan air liur sendiri dengan payah.

"Kau sapa?Mana semua orang?Aku dekat mana ni?Kai macam mana?".Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Sehun.Lelaki terbabit masih tersenyum,dia mengeluarkan kalung lama yang dipakai dilehernya dan diberikan pada Sehun.

Dengan teragak-agak dia mengambil dari tangan lelaki itu.Sehun memicit butang kecil ditepi kalung itu dan terbukalah ia.

Jam?

"Apa ni?".Sehun bertanya.Wajahnya mempamerkan seribu tanda-tanya.

"Jam,takkan tak kenal?".

"Aku tau ni jam tapi kenapa kau bagi aku?".

"Jam tu jawapan untuk semua soalan kau,Oh Sehun.Jam ni akan bantu kau mendapatkan jawapan dari Kai.Semua yang kau nak tau dari dia".

"Kenapa aku kena percayakan kau?Kenal kau pun tak!".

"Aku Tao,penjaga masa.Terserah kalau kau nak percaya atau tak.Kau boleh bangun dan berlakon ni semua mimpi.Tapi aku yakin,kau akan datang pada aku semula.Sebab kau penuh dengan pertanyaan,kan?".Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Tao itu tersenyum sinis.

Sehun diam seketika.Apa guna jawapannya terjawap,Kai tetap takkan kembali.

"Biarlah soalan aku mati dengan kepergian dia".

"Ohhh aku lupa satu perkara,dengan jam ni jugak kau dapat putarkan balik masa.Tapi kuasanya terhad.Aku cuma dapat bagi kau 3 kali peluang,kau dapat kembali ke masa lampau dan ubah apa yang kau nak ubah untuk masa depan".

Tao mengambil loket itu dari tangan Sehun.Dia memutar-mutarkan jam itu seketika."Jadi kau tak berminat kan?Aku akan ambil jam ni semula,kau pula akan bangun dan anggap ni semua mimpi.Jangan lupa,pukul 3 petang ni adalah hari pemakaman Kim Jong In.Aku tumpang bersedih".

"Jap,aku tak rasa kau akan bagi peluang ni pada aku secara percuma".Sehun bersuara.Matanya dingin dan beku.Tao tersengih,maklum dengan peribadi diri Sehun yang penuh dengan pertanyaan itu dan ini dibenaknya.

"Tentulah ada kesan atas setiap ulangan waktu yang kau ambil.Semua memori akan bertukar dan hanya kau yang akan ingat segala-galanya.Tapi orang sekeliling kau yang terkena tempias putaran waktu tu akan lupa beberapa perkara yang pernah terjadi.Dalam erti kata lain,tak pernah terjadi".

Panjang lebar penerangan Tao.Bersediakah Sehun dengan ini semua?Bukankah masa lalu itu satu memori?Memory stay,people changed.Sehun diam beberapa ketika,memori adalah perkara yang amat bermakna baginya.Setiap detik yang dihabiskan bersama Kai merupakan kenangan yang terindah.

"Macam mana aku nak gunakan jam ni?".

"Kau cuma perlu putarkan jam tu 3 kali.Tapi dalam otak kau mesti pikirkan ke masa yang kau nak kembali tu.Ingat,kau cuma ada 3 peluang.Kalau kau terlepas tiga-tiga peluang ni,aku tak dapat tolong kau".

Tao tersenyum lembut.Jam itu diserahkan kepada Sehun sambil tersenyum sinis.Keraguan di hati Sehun tetap tidak pergi,dia masih keliru antara realiti dan mimpi.

"Ada satu lagi soalan yang masih tak terjawap.Kenapa kau tolong aku?".Sehun akui,keraguan masih ada dalam hatinya.

"Sebab kau panggil aku".Tenang Tao menjawap.

"Huh?Bila masa?Aku kenal kau pun tak".

Sehun memandang ke arah Tao dengan muka yang bertanda soal.

"Nak cuba kuasa jam tu sekarang?".Tao tidak menjawap,sebaliknya mengubah topik.

"Kau tak jawap lagi soalan aku....".

"Aku dah putarkan balik masa.Gunakan peluang ni sebaik mungkin".Tao memotong sebelum sempat Sehun mendesaknya.

Sehun terasa pemandangan disekelilingnya bertukar.Bunyi hingar-bingar turut kedengaran,bahunya digoyang dengan agak kuat.

"Woi mangkuk.Bangunlah,dah nak balik ni".Suara Chanyeol memukul gedegang telinganya.Sehun menggosok-gosok mata,terasa masih mengantuk.Mimpi rupanya,tetapi kenapa rasa seperti benar-benar berlaku?

"Hari ni berapa haribulan?".Sehun bertanya.

"14 Jun lah,kau ni kenapa?Demam ke?".

"Takda apalah.Jum balik,aku rasa Baekhyun pun dah lama tunggu kau".

Chanyeol terangguk,mereka menggalas beg masing-masing sebelum berpisah di hadapan pintu kelas.Seperti biasa,Sehun akan pulang bersama Kai.Sehun menanti di hadapan pagar sekolah.Agak lama dia menanti,namun wajah kekasihnya itu masih tetap tidak menjelma.

"Anak..tolong makcik".Tiba-tiba sahaja seorang wanita berumur menghapiri Sehun.Sehun agak terkejut dengan kehadiran yang tidak disangka itu.

"Ye makcik?".

"Makcik perlukan duit untuk beli ubat.Sudilah kiranya beli kalung ni,berapa pun anak bayar makcik tak kisah.Makcik betul-betul perlukan wang".

Sehun mengalihkan pandangan ke arah kalung yang dipegang wanita tua tersebut.Hampir saja dia kehilangan kata-kata kerana kalung itu amat mirip dengan kalung jam Tao,jejaka yang muncul dalam mimpinya tadi.

"Makcik..saya tak bawa banyak duit".Sehun mengetap bibir.'Kebetulan je kut?'.

"Tolong makcik nak.Tolonglah".

Sehun serba salah.Dia membawa keluar dompetnya dan mengambil beberapa keping duit kertas untuk diberikan pada makcik itu.

"Ni je saya ada Makcik.Belilah ubat guna duit ni,rasanya cukup".

"Terima kasih nak.Ambillah kalung ni,walaupun ia tak seberapa".

"Ehh takpa makcik.Simpan je".Sehun menolak laju.Wajah wanita tua itu menjadi muram.

"Tolonglah nak,makcik harap sangat kamu ambik.Demi kebaikan kamu".Makcik itu terus meletakkan kalung itu di atas telapak tangan Sehun.

"Lama ke tunggu?".Suara kasar Kai menyapa Sehun dari belakang.Sehun memalingkan wajahnya untuk melihat pemilik suara tersebut.Tiada senyuman,semuanya kaku dan sungul.

"Taklah..saya cakap dengan...".Sehun tidak menghabiskan ayatnya.Makcik tadi sudah tiada lagi.Semuanya berlaku sekelip mata,bayangan makcik terbabit juga tidak terlihat dimana-mana.Sehun memandang kalung jam itu dan segera memasukkan ke dalam poket seluarnya.

"Sorry,hari ni saya tak boleh hantar awak balik rumah.Kita split kat bus stop karang,boleh?Saya kena pergi somewhere".

'Ayat yang sama?'.Sehun terasa lututnya melemah.Kenapa dia merasakan ini seperti dejavu?Wajah Sehun bagaikan pucat dan dia yakin,darahnya tidak dapat dipam ke muka kerana dia terlalu takut.'Think positive Sehun,ni cuma kebetulan'.

"A-awak nak pergi mana?".Sehun sedar dia tergagap.

'Tolong,jangan jawap benda yang sama'.

"Kenapa awak ni?Sejak bila pulak saya kena inform semua benda dekat awak?".

Sungguh,Sehun harap apa yang berlaku dalam mimpinya tadi sekadar mainan tidur.'Aku yang akan tentukan masa depan aku'.Tekadnya dalam hati.'Tu cuma mimpi!'.

"Salah ke kalau saya nak tau mana kekasih saya nak pergi?".

Kai mendengus kuat.Dia mempercepatkan langkah cuba untuk meninggalkan Sehun dibelakang.Malas ingin bertekak dalam keadaan sebegini.Sehun yang kakinya lebih panjang dengan sekelip mata dapat mengatasi langkah Kai.Dia menarik kuat lengan Kai dan memalingkan wajah Kai agar mereka dapat melihat satu sama lain.

"Awak tak boleh pergi!Awak kena teman saya balik jugak".

"Awak nak kongkong saya ke?Jangan jadi macam budak-budak boleh tak?Saya dah lambat ni,kawan saya tunggu saya".

"Saya tak kongkong awak.Saya cuma takut kehilangan awak.Saya taknak apa yang saya mimpi jadi kenyataan.Saya mimpi awak mati.Saya takut!".

Kai mengetap bibir,Sehun kadangkala sungguh kebudak-budakan.Bagaimana dia boleh percaya pada mimpi?

"Sehun,awak balik jelah.Mimpi tu kan mainan tidur?".

"Tak.Saya taknak balik sorang-sorang!".Sehun berdegil.Dia menggenggam lengan Kai dengan kuat.

"Kita cakap esok,saya betul-betul kena pergi".Kai cuba berlembut.Dia tahu hati Sehun sekeras batu.Namun tiada guna bagi mereka kalau bercakap dan akhirnya berakhir dengan pergaduhan.Biarlah masing-masing menyejukkan hati sendiri.

"Macam mana kalau esok tak pernah datang?".Mereka berhenti di bus stop di hadapan simpang empat yang selalu mereka naiki bas bersama untuk pulang.

"Esok pasti datang,Oh Sehun.Saya pergi dulu.Jaga diri".Kai berkata sebelum berjalan untuk melintas ke arah seberang.

"Kai..saya masih cinta dan sayangkan awak".Sehun sempat melaung.Kai berpaling memandangnya.

'Bang'.

Tubuh itu melayang ke udara sebelum jatuh di atas jalan raya.Bunyi tulang patah dan darah mengalir keluar dari bahagian kepala Kai.Sehun terasa dunianya seakan berhenti berputar.Orang sudah menerpa ke arah tubuh Kai yang terbaring di jalan.

Segalanya bagaikan sebuah ulang tanyang.Mimpinya benar-benar menjadi kenyataan.Atau mungkinkah itu bukan mimpi dan sebenarnya mesin waktu sudah berputar?Sehun berlari mendapatkan Kai yang terbaring di jalan.

"Kai,saya mintak maaf.I'm sorry baby,please don't leave me".

"Sehun..saya nak ba-bagitahu sesu-suat-tu kat awak..Jangan be-bencika-kan sa-saya".Nafas Kai turun naik dengan laju.Sehun menggeleng kepala.

"Jangan cakap.Please,awak cakap esok masih ada kan?Jadi kita cakap esok.Awak akan selamat.My love will protect you".Sehun menangis sekuat-kuatnya.Dia memeluk tubuh Kai seerat hati sebelum bahunya di tarik orang.

"Dia dah takda,dik".

Dan Sehun merasakan dunianya gelap.'Ni bukan mimpi?'

 

 



ohhh yeahh :3 sape tak paham citer ni buat2 paham laaa..tenenett
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanna_elf
#1
Chapter 6: Can I make a new fic from this??
Hirooshuichi33 #2
Chapter 6: Omg!! Tidak ! Sakitnya hatiku lol Sudah ku lihat disitu tak de 'Happy Ending' tapi kenapa aku masih brdegil mahu mmbcanya muahahahha TT^TT awwww kesian sehun,sesak dada aku bca fic ni xDD btw, nice story make a sequel please :333
HanisIzyani
#3
Chapter 6: Bace last chapter smbil dgr lagu MID. Mnangis tahap gaban ㅠ.ㅠ
Cer authornim bwat sequel story ni? Lol xD
dae_yeol
#4
Chapter 6: wow!!nice story..
ilay14 #5
Chapter 4: astgaa kai mati lagi... ah author nim kenapa kau ni suka kali tengok kai mati...

aduh jangan lah buat kai mati lagi author nim hehehe
dae_yeol
#6
Chapter 4: kesian sehun..takkan kai mati lagi..berusaha sehun!!
HanisIzyani
#7
Chapter 4: Uwaaa authornim~~
Janganlah bwat Kai mati lagi ㅠㅅㅠ