Time Machine 001

Time Machine
 
Sehun menyandang begnya dibelakang,dia mengeluh lembut apabila akhirnya kelas tamat dan dia dapat pulang berehat di rumah.Sehun berjalan dan seperti biasa akan menunggu Kai di hadapan pagar masuk sekolah mereka.Tidak sampai lima minit,Kai tiba dengan wajah yang serius.
 
 
"Lama ke tunggu?".Kai bertanya.Sehun mengangguk lemah.
 
 
"Sorry,hari ni saya tak boleh hantar awak balik rumah.Kita split kat bus stop karang,boleh?Saya kena pergi somewhere".Kai menambah.Tapi lansung dia tidak memalingkan muka ke arah Sehun.Hubungan yang terbina setelah hampir tiga tahun nampaknya semakin pudar serinya.
 
 
"Awak nak pergi mana?".Sehun memberanikan diri bertanya.
 
 
"Kenapa awak ni?Sejak bila pulak saya kena inform semua benda dekat awak?".
 
 
"Salah ke kalau saya nak tau mana kekasih saya nak pergi?".
 
 
Kai mendengus kuat.Dia mempercepatkan langkah cuba untuk meninggalkan Sehun dibelakang.Malas ingin bertekak dalam keadaan sebegini.Sehun yang kakinya lebih panjang dengan sekelip mata dapat mengatasi langkah Kai.Dia menarik kuat lengan Kai dan memalingkan wajah Kai agar mereka dapat melihat satu sama lain.
 
 
"Awak sedar tak kita ni dah tak macam dulu?".
 
 
"Apa awak cakap ni Hun?Kita masih sama,takda apa yang berubah.Awak tu yang paranoid sangat.Awak bukan perempuan,jangan nak kongkong saya.Kalau saya nak couple dengan perempuan,baik saya couple dengan Krystal dari couple dengan awak.So stop memekak kat telinga saya".
 
 
"Awak cakap kerisauan saya ni satu kongkongan?Kita dah tak sama Kai.Bila kali terakhir awak pegang tangan saya?Bila kali terakhir awak cium saya?Saya dah tak ingat semua tu Kai,nampak tak semua yang menjadi kebiasaan suatu ketika dulu dah tak lagi wujud dalam perhubungan ni?".
 
 
Sehun menahan diri dari menangis.Dia masih sayang hubungan mereka,dan yang penting,dia masih sayang akan Kai.Walaupun lelaki itu dekat padanya,namun mereka sebenarnya jauh.
 
 
"Sehun,saya takda mood nak gaduh.Awak baliklah dulu".
 
 
"Cakap dulu apa salah saya!".Sehun berdegil.Dia menggenggam lengan Kai dengan kuat.
 
 
"Kita cakap esok,saya betul-betul kena pergi".Kai cuba berlembut.Dia tahu hati Sehun sekeras batu.Namun tiada guna bagi mereka kalau bercakap dan akhirnya berakhir dengan pergaduhan.Biarlah masing-masing menyejukkan hati sendiri.
 
 
"Macam mana kalau esok tak pernah datang?".Mereka berhenti di bus stop di hadapan simpang empat yang selalu mereka naiki bas bersama untuk pulang.
 
 
"Esok pasti datang,Oh Sehun.Saya pergi dulu.Jaga diri".Kai berkata sebelum berjalan untuk melintas ke arah seberang.
 
 
"Kai..saya masih cinta dan sayangkan awak".Sehun sempat melaung.Kai berpaling memandangnya.
 
 
'Bang'.
 
 
Tubuh itu melayang ke udara sebelum jatuh di atas jalan raya.Bunyi tulang patah jelas kedengaran dan darah mengalir keluar dari bahagian kepala Kai.Sehun terasa dunianya seakan berhenti berputar.Orang ramai sudah menerpa ke arah tubuh Kai yang terbaring di jalan.
 
 
Apabila deria kesedaran Sehun mula berfungsi,dia turut pergi mendapatkan Kai.Kai masih bernyawa.Sehun memangku kepala kekasihnya dengan tangisan yang kuat.
 
 
"Kai,saya mintak maaf.I'm sorry baby,please don't leave me".
 
 
"Sehun..saya nak ba-bagitahu sesu-suat-tu kat awak..Jangan be-bencika-kan sa-saya".Nafas Kai turun naik dengan laju.Sehun menggeleng kepala.
 
 
"Jangan cakap.Please,awak cakap esok masih ada kan?Jadi kita cakap esok.Awak akan selamat.My love will protect you".Sehun menangis sekuat-kuatnya.
 
Kai tersenyum,jemarinya mengusap lembut pipi Sehun sebuah nafas yang panjang ditarik dan dilepaskan kuat.Sehun tetap memeluk erat tubuh Kai seakan tidak mahu dilepaskan.Tiba-tiba satu tangan menarik bahu Sehun.
 
 
"Dia dah takda,dik".
 
 
Dan Sehun merasakan dunianya gelap.'Ini mimpi kan?'.
 


Thanks to dae_yeol dan woogyu_nieza for the comment :3 hope suka first chappie ni... :3
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanna_elf
#1
Chapter 6: Can I make a new fic from this??
Hirooshuichi33 #2
Chapter 6: Omg!! Tidak ! Sakitnya hatiku lol Sudah ku lihat disitu tak de 'Happy Ending' tapi kenapa aku masih brdegil mahu mmbcanya muahahahha TT^TT awwww kesian sehun,sesak dada aku bca fic ni xDD btw, nice story make a sequel please :333
HanisIzyani
#3
Chapter 6: Bace last chapter smbil dgr lagu MID. Mnangis tahap gaban ㅠ.ㅠ
Cer authornim bwat sequel story ni? Lol xD
dae_yeol
#4
Chapter 6: wow!!nice story..
ilay14 #5
Chapter 4: astgaa kai mati lagi... ah author nim kenapa kau ni suka kali tengok kai mati...

aduh jangan lah buat kai mati lagi author nim hehehe
dae_yeol
#6
Chapter 4: kesian sehun..takkan kai mati lagi..berusaha sehun!!
HanisIzyani
#7
Chapter 4: Uwaaa authornim~~
Janganlah bwat Kai mati lagi ㅠㅅㅠ