Time Machine 003

Time Machine
 
Sehun terjaga,dia kembali lagi ke dunia tidak berdinding dan putih ini.'Aku mimpi lagi ke?'.Hatinya berbisik sendiri.Dia berdiri dan mencari-cari jika ada cahaya yang datang,lebih tepat lagi dia mencari Tao.
 
"Tao,kau mana?Tolong,aku perlukan kau.Aku perlukan penjelasan!".Sehun terjerit,suaranya bergema dan berpantulan kembali.Sehun mengusap butir air mata dengan tangan,entah mengapa dia merasakan sungguh keseorangan dan sunyi.Sehun duduk memeluk lutut sendiri dan melentokkan kepala di lututnya.
 
"Aku tau,kau memang perlukan aku Sehun".Entah dari mana datangnya Tao,Sehun sendiri tidak pasti.Sehun mengangkat kepala dengan laju.Matanya memerah akibat menangis.
 
"Apa yang berlaku tadi,ianya mimpikan Tao?".
 
"Mimpi?Tak,itu bukan mimpi.Tapi ulangan,dan kau sia-siakan ulangan tu Sehun.Sekarang kau hanya tinggal dua peluang".
 
"Tapi..aku tak tau.Aku ingat ni semua mimpi.Please,I still love him Tao.Tolong aku".Sehun melutut dan menekup muka.Tangisan memenuhi setiap ruangan dan tubuh Sehun menggigil kerana teresak-esak.
 
"Aku sedang menolong kau Sehun,tapi kau tak cukup percaya dengan aku.Kau ingat aku menyamar jadi makcik tua tu saja-saja je ke?Aku nak sedarkan kau,semuanya mungkin.Aku ni wujud,cuma antara kau percaya atau tidak dengan kewujudan aku yang membezakan segalanya.Mungkin ini mimpi,tapi yang pasti mimpi ni berbeza dengan mimpi lain".
 
"K-kau makcik tadi?".Sehun kaget,mulutnya melopong kecil mendengar pengakuan Tao.
 
"Aku serahkan kau jam tu,gunalah sebaik mungkin.Tapi ingat,kau hanya ada dua kali lagi percubaan.Kalau selepas 2 kali kau masih gagal,anggap sahaja ini memang sudah takdir Kai dan kau tak dapat halang kematian dia".
 
Tao melihat jam di tangannya.12.00 tengah hari bertarikh 15 Jun 2014.
 
"Bangunlah,nanti kau terlepas majlis pemakaman Kai".Bisik Tao.Sehun terasa matanya kabur dan tidak sampai beberapa minit dunianya gelap semula.
 
************************
 
Sehun terasa kepalanya berat.Dia bangun di atas katil miliknya sendiri.Tiada ruangan putih bersih,tetapi bilik yang agak suram pencahayaannya.Ini maknanya dia tidak lagi bermimpi.Apa yang disaksikannya sebelum dia rebah benar-benar terjadi.
 
Puan Oh menolak daun pintu dengan memakai pakaian serba hitam.Wajahnya sesuram bilik Sehun,tiada sinar.Sehun bagai dapat mengagak apa yang bakal keluar dari mulut ibunya.Air mata mula bertakung di kelopak mata Sehun.
 
"Siaplah,kita pergi bagi penghormatan terakhir buat mendiang.Pukul tiga nanti mereka akan adakan majlis pemakaman".Lembut ibunya bersuara.Puan Oh duduk disudut katil Sehun,dia mengusap lembut belakang anak terunanya itu.Sehun tidak dapat bertahan lagi.Dia menangis dan mendakap Puan Oh dengan kuat.
 
"Kai tak mati lagi kan Ma?".
 
"Sayang,setiap yang hidup pasti akan mati.Kamu janganlah macam ni ye?".
 
"Ma,please wake me up from this nightmare.Please".Sehun merintih.Dia tidak sedia untuk menghadapi realiti ini.Kepergian Kai masih memberi tamparan yang sangat hebat baginya.
 
"Sayang,you must be strong.If you love him,then follow me okay.Siaplah..mama tunggu kat luar.By the way,mama jumpa jam loket dalam poket seluar kamu semalam,mama letak atas meja study kamu.Mama keluar dulu okay?".
 
Sehun terangguk.Dia kemudian teringat semula jam loket pemberian Tao.Kali ini dia harus memastikan segala pertemuan-pertemuannya dengan Tao bukanlah mimpi sebaliknya kenyataan.Sehun bergerak ke arah meja belajarnya dan terlihat loket itu.
 
Ya,jam itu memang sangat serupa dengan jam Tao.Dia tidak akan ragu lagi dengan kewujudan dan kuasa jam ini.'Aku takkan ragu lagi'.Sehun memicit butang kecil untuk membuka jam tersebut.Dengan nafas yang agak panjang,dia memutar jam itu selama tiga kali.Otaknya memikirkan pagi semalam,sewaktu dia bangun untuk ke kelas.Dia memejamkan mata beberapa saat dan kemudia membuka matanya semula.
 
Dia masih di dalam bilik.Tiada apa yang berubah?
 
Jadi Tao dan kuasa jam ni tak wujud?
 
Sehun terduduk melutut di lantai.'Kenapa hidup aku mesti sangat menyedihkan?Mengapa mesti ini semua mimpi?'.Air mata laju mengalir lagi.Dia mencapai kot hitam dari dalam almarinya.
 
Kemeja putih dipakai di bahagian dalam.Dia memandang wajah di cermin.'Kai benar-benar dah takda'.
 
Setelah memastikan semuanya kemas,Sehun menguak pintu bilik.Aroma pan-cake menerjah deria baunya.Sehun ke dapur,dan anehnya Puan Oh hanya memakai t-shirt biasa dan sedang memasak.
 
"Ma?".Sehun memanggil.
 
"Ehh..anak mama dah si....hei!Yang kamu ni buang tebiat ke pakai kot pergi kelas?".Puan Oh melenting kuat.Tangan dicekak di pinggangnya dengan mata membulat memandang anak muda yang berwajah keliru dihadapannya itu.
 
"Ohh..sorry,saja je ni Sehun test baju.Kan dah lama tak guna.Jap nak  naik atas tukar baju!".Sehun meminta diri.
 
"Cepat sikit,karang lambat pulak kamu ke sekolah.Hei budak ni,macam-macam!".
 
Sehun buat tidak dengar rungutan ibunya.Dia menghempas pintu agak kuat.Sehun mengambil Samsung S4 miliknya dan melihat tarikh yang terpamer.14 Jun 2014.Nombor telefon Kai segera dicari dan didail dengan cepat.
 
Beberapa ketika,Kai mengangkat panggilan telefon Sehun.
 
"Hurmm,awalnya pagi-pagi dah call.Kenapa?".Dingin.
 
Di belah Sehun,dia bagai hilang kata-kata.Dia terlalu gembira dapat mendengar semula suara Kai.Kainya masih hidup.Itu yang penting.
 
"Sayang.I love you".
 
"Tu je ke yang awak nak cakap?Buang masa betullah.Dahlah,saya nak off call.Siap nak pergi kelas.Bye".
 
Tanpa menunggu Sehun membalas,Kai terus menutup talian.Sehun masih melekapkan telefon ke telinganya.Dalam tangis gembira,hatinya terluka.
 
"Saya sayang awak,Kai.Sangat sangat sayangkan awak.My love will protect you,forever.Awak takkan mati lagi hari ni,saya janji.Mungkin awak akan bencikan saya tapi saya tetap takkan biarkan awak lintas jalan tu hari ni".Sehun masih bersuara walaupun kai telah lama mematikan panggilannya.
 


guys...thanks alot pada yang suka citer ni..n tbh,imma in making sad scene -_- blerghhhh...n lg satu..citer ni dah nak tamat dh pun.. :0 stay tuned kalo nk tau endingnya.... xDD
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanna_elf
#1
Chapter 6: Can I make a new fic from this??
Hirooshuichi33 #2
Chapter 6: Omg!! Tidak ! Sakitnya hatiku lol Sudah ku lihat disitu tak de 'Happy Ending' tapi kenapa aku masih brdegil mahu mmbcanya muahahahha TT^TT awwww kesian sehun,sesak dada aku bca fic ni xDD btw, nice story make a sequel please :333
HanisIzyani
#3
Chapter 6: Bace last chapter smbil dgr lagu MID. Mnangis tahap gaban ㅠ.ㅠ
Cer authornim bwat sequel story ni? Lol xD
dae_yeol
#4
Chapter 6: wow!!nice story..
ilay14 #5
Chapter 4: astgaa kai mati lagi... ah author nim kenapa kau ni suka kali tengok kai mati...

aduh jangan lah buat kai mati lagi author nim hehehe
dae_yeol
#6
Chapter 4: kesian sehun..takkan kai mati lagi..berusaha sehun!!
HanisIzyani
#7
Chapter 4: Uwaaa authornim~~
Janganlah bwat Kai mati lagi ㅠㅅㅠ