Day 9

Play Life

Rumah Sunday, Nalina Road

          “Sunday sayang~ Kamu tu kena jaga tingkah laku. Kita orang bangsawan, ada adab.” pesan Pn. February. Sunday hanya memekakkan dirinya. Malas hendak ambil tahu. “Ingat ya Sunday, dua minggu lagi kamu kena bersiap sedia. Papa tak mahu ada sebarang masalah yang kamu bakal timbulkan.” tegas En. March mengarahkan anak tunggalnya itu.

          “Kenapa aku kena buat semua ni?” marah hati Sunday. Airmata menitis tanpa disedari. Argghhhhhhhhhhhh…!!! (✖╭╮✖)

 

Rumah Friday, Nuabo Road

          Keadaan rumah yang sama seperti kediaman orang lain cuma tiada peneman setia melainkan ayah yang sanggup berbuat apa untuk anaknya termasuklah kebahagian dan masa depannya.

          “Kenapa anak daddy nampak muram saja?” tanya En. August sambil memeluk bahu anaknya itu. “Betulkah jalan yang daddy ambil ni?” pertanyaan Friday membuatkan En. August terdiam. Keluhan berat dilepaskan.

          “Semuanya demi masa depan kamu Friday, demi kebaikan kamu.”

 

Rumah Tuesday, Locco Road

          “Hello, Sunday~ Boleh kita berjumpa di tempat biasa? Kalau awak tak busy lah.” kedengaran seperti sedikit serak suara Tuesday di talian.

          Tuesday memadankan jeans dengan baby-T berwarna putih, rambut panjang dilepaskan dan disisir rapi. Sweater berwarna pink disarungkan. Samsung Galaxy S dibawa bersama kotak kecil yang diikat kemas dengan reben berwarna merah.

          “Mama, Tuesday keluar sekejap. Nak jumpa Sunday.” pinta Tuesday sambil menyarung sneekers berwarna biru. “Sunday? Kan dah malam ni sayang. Esok-esok tak boleh ke?” tanya Pn. May yang sedikit risau. “Kejap je ma. Nanti kalau dah settle, I’ll back home early.” belum sempat Pn. May buat tambahan kata-kata kedengaran pintu ditutup rapat oleh anaknya sebentar tadi. “Sayang, kamu mesti kuat. Selalu ingat yang mama sayangkan kamu.” rintih hati Pn. May.

 

Taman Maxstep, Locco Road

          Terasa seperti ada seseorang yang menghampiri. “Hye, Tuesday~” ucapan itu membuatkan Tuesday ingin memeluknya tapi segera dia menahannya. “Ehm. Sebenarnya~” suara Tuesday seperti tersekat di kerongkong. Macam ada batu bata didalamnya. “Awak marahkan saya?” Sunday mencelah. Walaupun agak gelap kawasan taman itu, Sunday dapat melihat dengan jelas yang Tuesday mengangguk kepala perlahan-perlahan. “Maafkan saya~~” Sunday memegang tangan Tuesday.

          “Kenapa awak buat macam ni?” suara Tuesday mula berubah. “Satu hari nanti pasti awak akan tahu.” jelas Sunday sambil matanya memandang ke arah kotak kecil yang terletak ditangan kanan Tuesday. “Saya harap awak boleh pertimbangkan kata-kata awak tu Sunday.” Tuesday terus memeluk Sunday dengan erat.

          Ternyata ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dari jauh.
 

Rumah Monday, Busker Road

          “Sis, I’m going out for a while. If you wanna something just text me.” Monday berjalan menuju ke pintu utama. “Alright. Be careful Monday.” pesan June pada adiknya. “Ke manalah budak tu nak pergi. Biasanya jarang dia nak keluar malam gini.” pelik June.

          Kaki dilangkah perlahan mengikut rentak lagu ‘Please Don’t’ nyanyian K.Will. Angin meniup lembut seperti kapas menyapu dimuka. Mata mengerling keliling jalan seperti pemangsa mencari mangsanya.

          “Itu bukankah…?”

 

Taman Maxstep, Locco Road

      Kotak kecil yang digenggam kemas bertukar tempat ke tangan Sunday. Sunday yang agak terkejut hanya melihat. “Saya harap awak boleh berubah hati. Saya sayang awak.” Tuesday menghabiskan ayat dengan menangis dan terus berlari.

          Sunday tergamam. Dia hanya melihat Tuesday pergi begitu sahaja. Kotak kecil yang masih dipegang, dibuka penutupnya. Sebentuk loket rantai berbentuk hati yang pernah diberi pada Tuesday dahulu.

          “Tuesday.. Maafkan saya..” detik hati Sunday.

 

To be continue...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rickjoe1004
#1
Nice story ^^