Day 12

Play Life

Bilik Tuesday, Locco Road

      Jari kelingking terikat kemas. “Baiklah, saya akan cuba.” Janji dibuat diantara sahabat ini. “Err, aku ganggu ke?” satu suara sumbang mengganggu kemesraan mereka. “Eh, takdelah.” “Ingat tau Tuesday, senyum.” October pergi meninggalkan ‘wink’. “Ehm, hai! Saya nak balik sebenarnya, tu yang datang jenguk awak dulu.” Monday melabuhkan punggung di kerusi mengadap Tuesday.

          “Owh, terima kasih.” itu saja yang Tuesday tahu menyebut. “Err, apa kata esok saya jemput awak kita pergi sekolah sama-sama.” pelawa Monday. “Eh, rasanya tak payah kot. Mummy boleh hantarkan.” tolak Tuesday. “Kaki awakkan belum sembuh, awak tak boleh banyak gerak. Sekarang biar saya jadi doktor awak.” Monday memberi amaran. Tuesday terdiam. “Awak rehatlah dulu. Esok pagi saya datang.” Monday tersenyum.
 

 

High School XII

          Kehidupan di sekolah semakin lama semakin berubah. Adakala baik adakala teruk. Adakala bahagia adakala sedih. Tapi ia tidak akan mengubah persahabatan, percintaan dan permusuhan diantara pelajar-pelajar High School XII.

Beberapa tahun kemudian..~ xB
 

Reunion Pelajar-pelajar Tahun Terakhir High School XII

                                                 Date : XX/XX/XXXX

                                                 Place : Dewan High School XII
 

          “Maaf.” bahu Tuesday terasa hendak roboh. “Eh, ketua kelas AA11. July kan?” sapa Tuesday sambil bersalaman. “Yup, wah. Awak dewasa dengan cantik sekali.” “Hahaha, tak lawaklah July. Saya biasa saja.” segan Tuesday. “Dengan sapa?” tanya July. “With my husband and my friends too.” “Really? Tak sabar nak jumpa diaorang.” “Tuesday?” setiap kali mesti ada saja suara yang hendak mengganggu. “Eh, Thursday. Mana Friday? Wahh! Awak masih cantik.” mereka bertegur sapa sambil bercerita tentang kehidupan masing-masing.

 

Restoran Wolf, Crown Road

      “Dah lama kita tak berkumpul macam ni. Sebagai mc pada hari ini, saya jemput Monday dan pasangannya memberi ucapan.” lagak July sebagai mc membuatkan suasana kecoh. “Ehem. Ini adalah reunion pertama setelah 5 tahun kita tamatkan persekolahan. Setelah berpisah, masing-masing buat hal sendiri. Tapi saya bersyukur kerana masih ada masa kita berkumpul pada hari ini.” kata-kata Monday amat menyebakkan. “Walaupun waktu sekolah dulu, saya tak kenal dengan Thursday dan Friday serta yang lain ia tak menjadi masalah bila masa telah menemukan kita. Thursday dan Friday bangun lalu memeluk Tuesday sambil menangis.

          “Hey, ini bukan perkumpulan orang mati.” April mencelah. Ketawa mereka mendengar kata-kata April. “Hey, sahabat. October dan April. Korang jangan selalu bekerja je, carilah pasangan hidup. Okay?” Tuesday memberi isyarat ‘thumbs up’. “Yelah..” malas jawapan October. “Tuesday, saya nak bagi sesuatu. Ia adalah ingatan awak dan Sunday dulu. Dia suruh awak simpan walaupun dia dah pergi.” bergenang airmata Friday.
 

Rumah Sunday, Nalina Road

          “Sayang. Sebelum saya pergi. Saya ada sesuatu untuk awak berikan pada Tuesday. Ia memang miliknya. Bukan milik saya. Saya sayangkan awak.” kain putih ditarik menutup muka Sunday pada saat terakhirnya dia pergi. Friday meraung memanggil nama suaminya. Semua ahli keluarga turut berduka. “Saya akan berikan pada Tuesday.” suaranya semakin tidak didengari kerana tenggelam dengan tangisan.

          Setelah tamat persekolahan, rancangan keluarga Sunday menjadi untuk menyatukan dengan Friday. Hubungan atas dasar sahabat yang banyak menolong, Sunday menjadi suami kepada Friday yang selama ini sentiasa berjumpa disekolah tetapi asing untuk berkenalan. Dua tahun bersama, Sunday menghidapi tumor di otak lalu meninggalkan Friday bersama kembar sepasang.
 

Restoran Wolf, Crown Road

      Sibuknya mereka berbual tanpa disedari September dan Wednesday serentak bertanya. “Thursday, bila lagi nak ada baby? Kami dah tak sabar nak jadi pakcik untuk pasangan baru ni.” “Sekarang pun dah ada.” selamba Thursday menjawab. “Kau jangan berseloroh dengan kitaorang woah.” kata September memandang pelik. “Betullah. Apa ingat kami letak anak ayam dalam ni?” sergah Saturday bila mendengar soalan ketidakpuashatian September tadi. “Wahh!! Tahniah Thursday dan Saturday. Minum semua!!” October memotong dengan ucapan tahniah. “Cepatnya.” Wednesday makan chips tanpa henti. “Aik, tadi macam nak sangat jadi pakcik untuk anak Thursday ni.” perli Monday. Mereka ketawa keriangan.

          Itulah yang dinamakan cinta. Ada yang dibawa ke akhir hayat dan ada yang terputus dijalan tapi ia tidak memutuskan harapan untuk bangkit semula. Kehidupan itu tidak selalunya indah tapi tidak semestinya buruk sehingga bila-bila. Semuanya takdir yang menentukan. 


-The End-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rickjoe1004
#1
Nice story ^^