Day 10

Play Life

Taman Maxstep, Locco Road

          “Itu bukankah Tuesday? Sape pula mamat tu? -L-“ rasa ingin tahu Monday makin membuak tapi ditahan segera. “Biarlah, yang penting bukan urusan aku.” Monday terus beralih dan mula melangkah. Baru beberapa saat Monday beralih, terasa seperti ada balak yang menimpanya.

          “Arghhh! Apa jadahnya ni? Jalan ni luas kot.” Monday mengerang kesakitan. Manusia yang bertanggungjawab melanggarnya itu menunduk kaku sambil teresak.

          “Tuesday!” Monday terkejut ikan melihat manusia yang melanggarnya itu adalah gadis yang dia minati. “Awak tak apa-apa? Kenapa awak…” belum sempat kata-katanya habis Tuesday mencelah. “Maafkan saya.~” Tuesday cuba berdiri.

          “Ahh.. Aduh!”

 

Rumah April, Coma Road

      “April, we need find Tuesday right now.” arah October sambil memegang bahu April. “Apa yang sebenarnya berlaku? Aku tengah syok main game ni.” April menepis tangan October. “Tadi, Aunty May call aku..”

          “Hello, October. Ni aunty. Boleh tolong carikan Tuesday. Tadi dia keluar, katanya sekejap tapi ni dah lama sangat ni. Entah mana budak ni pergi. Tolong aunty ye.”

 

AK43/7, Locco Road

          “Ahh.. Aduh!” Tuesday terduduk sambil memegang pergelangan kakinya.

          “Are you okay? Let me help you.” kata Monday sambil mencangkung membelakangkan Tuesday. Tuesday berasa berat hati tetapi kakinya begitu sakit untuk berjalan. “Kenapalah mamat ni asyik ada dalam keadaan aku sedih?” bisik hati Tuesday. “Maafkan saya, sebabkan saya awak jatuh tadi.” kata Tuesday perlahan.

          “No problem, it’s my fault. Saya yang berdiri kat situ kalau tidak awak tak akan langgar saya kan.” gurau Monday sambil berjalan mengendong Tuesday dengan erat. Tuesday tersenyum tawar.

           

Moon Cafe, Nalina Road

      “Aku tak pasti betul atau tidak. Apa yang aku dengar Sunday bakal berkahwin dan akan menguruskan syarikat ayahnya.” “Kahwin?? Bila? Damn!” masing-masing mencelah kerana terkejut dengan kata-kata July. September dan Saturday terdiam seketika. “Dia bakal berkahwin lepas tamat sekolah nanti, musim panas tak lama lagi.”

          “Eh, itu Sunday kan? Apa dia buat kat sini?” tanya September.” Saturday berlari ke arah Sunday. “Dude, kau buat apa kat sini?” sapa Saturday. “Nothing.” pernyataan rakannya tadi tak diendahkan.

          “Dude! Kenapa?” tanya September sambil memberi isyarat kepada Saturday.

 

Flower Cafe, Epic Road

          Suasana malam semakin sepi dan sejuk. October dan April masih mencari gadis yang mereka sayangi. ᶘ ᵒᴥᵒᶅ “Wey Octo! Kau nampak apa yang aku nampak?” panggil April sambil menarik bahu October. “Apa kau panggil aku? Octo? Bernya mana? Sotong pasar malam la kau ni.” angin si October.

          “Pedulilah dulu nama kau tu, aku nampak Tuesday kat sana dengan…” tak sempat kata-katanya habis, sudah separuh jalan si October tu pergi. “Bangkai betul, tinggalkan aku macam tu je. Wait, October!”

 

Rumah Friday, Nuabo Road

      “Tak lama lagi, tak lama lagi, tak lama lagi..” mata memerhatikan kalendar di dinding. “Geez! Why must me stuck in this world. Because of this I’m going falls in this problem. Arghhhh!!!! ლ(ಠ_ಠლ)

            Airmata mengalir membasahi bumi. Disudut gelap Friday bersembunyi.

 

Flower Cafe, Epic Road

          Jenaka Monday membuatkan Tuesday ketawa, lupa sebentar tentang Sunday. “Tuesday!!” October memegang bahu Tuesday dan agak terkejut melihat lelaki yang bersama Tuesday adalah Monday, anak Tuan December.

          “Ohh! October~” rengek Tuesday sambil memeluk pinggang October sambil menangis. October mengambil tempat disebelah Tuesday. April yang baru tiba terus memeluk Tuesday dari belakang. “Yahh, my dear dolphin! Lari dari rumah eh?” usik April. Tidak memasal, satu tamparan tepat didahi April. “Dolphin huh? Sengal!” Monday hanya tersenyum dengan keletah mereka.

          “Apa khabar Tuan Muda?”

 

To be continue...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rickjoe1004
#1
Nice story ^^