Day 2

Play Life

Perpustakaan, High School XII

      “Apalah sangat si Sunday tu kalau nak dibandingkan aku ni? Aku lagi handsome daripada dia. Eh, takkan aku jealous pula? Aishh, tak boleh.. tak boleh.” bebel April sendirian. Tangan dilirik mengikut buku yang tersusun rapi di rak.

          “Maaf, boleh tolong saya ambilkan buku tu?” satu suara yang tidak dikenali lagi asing bagi April menegurnya di belakang. Gadis itu menunjukkan buku yang dikehendaki. “Ah..aa..haa.. yang mana satu ek?” blur~ @..@. “Yang tajuknya tentang ‘Eksplodia Kehidupan Bumi’ tu.” kata Friday sambil mengjingkitkan sedikit kakinya.

          “Ni dia buku yang awak minta.” gigil~.. April seperti terpaku melihat gadis yang baru sahaja menegurnya. “Thanks.” kata Friday sambil menghadiahkan senyuman. “Sebelum tu, hye saya April. Awak?” kata-kata April hanya disambut dengan tawa kecil. Lalu Friday mengeluarkan gelang kod BB. “Awak pakai Blackberry?” tanya April.

          “Thanks.. Friday..!~”

 

Pondok Rekreasi, High School XII

          “Sunday, awak kata ada perkara yang nak dibincangkan. Apa dia?” tanya Tuesday sambil mengambil tempat ditepi Sunday. Sunday meneguk air mineral, air ditelan perlahan. “Sebenarnya..” kata-kata Sunday terhenti. Nafasnya diatur perlahan.

          Tangan Tuesday digenggam erat. Matanya sengaja dihadapkan bertentangan dengan mata Tuesday. “I’m sorry.. I’m really really sorry.” hanya itu yang keluar daripada mulut Sunday. “Kenapa ni Sunday? That I’m make something wrong?” Tuesday cuba menarik tangannya perlahan daripada genggaman Sunday.

          “Saya akan lepaskan awak. Kita dah tak boleh…” Sunday tergamam seketika apabila Tuesday memeluknya tiba-tiba. “Tak, tak.. Awak tipu kan? Awak dah janji tak akan tinggalkan saya.” manik jernih mula membasahi pipi Tuesday.

          “Awak janji dengan saya yang awak akan jaga diri awak, okay Tuesday.”

 

Perpustakaan, High School XII

          “Thanks.. Friday..!~” ucap April sambil menghulurkan salam. Friday menyambut salam April dengan ramah. “It’s okay, nasib baik juga awak pakai BB. Hehe..” gurau Friday.

          “Friday!!” kedengaran ada orang yang memanggilnya. Dia beralih dan melihat ke arah manusia yang tergamak membuat bising di dalam perpustakaan. “Siapa pula tu?”

 

To be continue...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rickjoe1004
#1
Nice story ^^