Day 5

Play Life

Rumah Tuesday, Locco Road

          Kelihatan seperti ada orang yang pulang ke rumah. “Mama, esok Tuesday malas nak pergi sekolah.” Tuesday menghempaskan diri ke sofa yang empuk. “Kenapa dengan anak mama ni? Ada , masalah kat sekolah ke?” tanya Pn. May pada anak kesayangannya itu.

          “Tuesday baru je putus dengan Sunday, so tomorrow I want rest at home.” keluh Tuesday sambil memandang kaca TV, sampaikan dia tidak sedar yang dia sedang lihat channel Tamil.

          “Habis sampai bila sayang, kamu kan dah nak exam.” risau Pn. May, dia takut kalau Tuesday tidak boleh nak fokus. “Mama jangan risau, mama mintak cikgu tusyen ajarkan Tuesday kat rumah. Please..~” rayu Tuesday sambil membuat ‘puppy eyes’.

 

Kelas AA11, High School XII

          “Hey Sunday, apa dah jadi ni?” tanya Saturday yang entah dari mana munculnya dia. Sunday sedikit pun tak hiraukan kedatangan rakannya. Dia menekup mukanya sebelum menarik nafas panjang. Kelihatan seperti ada seseorang yang menyertai Saturday.

          “Takde apa-apalah. Eh, kau pun ada September?” kalih Sunday walhal September memang sekelas dengan dia. “Kau dah lama hidup ke? Aku ni dah 3 tahun sekelas dengan kau. Kau kenapa Sunday?” bengang September melihat Sunday yang tak ubah seperti zombie.

          “Aku dah.. aku dah putus dengan..”

          “dengan Tuesday!”

 

Lobi Einstein, High School XII

          “Wednesday! Kau tau sesuatu tak?” Monday yang sebelumnya macam monyet sakit perut kembali riang. Wednesday seperti kena serangan kejutan elektrik apabila Monday datang terus memeluk bahunya. “Kau dah kenapa?” -oo-

          “Awak ni… Banyak pula gosipnya. Esok sambung eh.” perli Friday sambil memberi isyarat mata kepada Thursday supaya duduk ditempatnya. “Sunday tu atlet kelas AA11 kan?” Monday seperti teringin mendengar gosip Thursday. “Haah, awek dia si Tuesday tu. Ouchh…!!” melompat Thursday bila pinggangnya dicubit Friday. “Biarlah..” jeling Thursday pada Friday. “Tapikan Monday, sayangnya diaorang dah putus dan aku suka.” lepas sahaja Thursday habis cakap tangannya ditarik Friday. “Sorry..~” kata Friday pada Monday.

          “Macam tu lah yang aku dengar bila si Thursday tu bagitau tadi.” terang Monday panjang lebar. “So?” Wednesday buat double jerk. “That’s my best to find way to close with Tuesday.” kata Monday lagi terserlah ‘evil smile’ di mukanya. “Aishh, kau jangan cepat sangat buat keputusan, kita tak tahu lagi perkara sebenar.” nasihat Wednesday.

 

To be continue...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rickjoe1004
#1
Nice story ^^