Day 1

Play Life

Padang Sekolah, High School XII

          “Mana boleh?” Wednesday melepaskan keluhan. “Boleh la, sekali ni je. Please.~” Monday menarik lengan baju Wednesday. “Kau giler? Bukan senang tau tak?” geram Wednesday sambil memandang sahabatnya itu.

          “Aku tau.. tapi.. Aku dah lama sukakan Tuesday tu.” rayu Monday sambil menunjukkan muka 20 sen pada Wednesday. “Okay, tapi kalau dia..” belum sempat Wednesday habiskan ayat, terlebih dahulu Monday memotongnya. “Takpe, aku terima seadanya.” Wednesday memandang ke arah wajah Monday, sayu.

          “Hye, Tuesday! Boleh saya jumpa awak sekejap?”

 

Perkarangan Kelas, High School XII

          “April! Tunggu kejap.” termengah-mengah Tuesday. April terpaku selepas namanya dipanggil gadis tersebut. “Hah, awak dah kenapa? Macam orang kena kejar anjing.” April membuat reaksi pelik selepas melihat Tuesday yang kepenatan.

          “Awak ada nampak Sunday tak?” tanya Tuesday sambil tangannya memaut bahu April. “Itu aje? Yang berlari macam hilang anak sebab nak tanya mana Sunday?” April sedikit geram dengan pertanyaan Tuesday. “Aishh, janganlah jawab dengan pertanyaan.” sangkal Tuesday sedikit kecewa. “Entah.” ringkas jawapan April.

          April berlalu meninggalkan Tuesday yang masih tercari-cari Sunday.

 

Padang Sekolah, High School XII

          “Hye, Tuesday! Boleh saya jumpa awak sekejap?”

          “Ada apa ye? Penting sangat ke?” balas Tuesday sambil matanya melihat keliling padang. Kata-kata yang ingin disampaikan oleh Wednesday tersekat di kerongkongnya, seperti ada kayu. “Maaf saya tak boleh lama ni.” kata Tuesday selepas melihat keadaan Wednesday yang hanya mendiamkan diri. Wednesday sedar akan itu.

          “Kawan saya, Monday. Dia nak sangat berkenalan dengan awak. Kalau boleh la. Tapi bagus juga kalau tak boleh.” Wednesday terpaksa mengeluarkan ayat yang dia simpulkan sebentar tadi. “Huh? =..= Nak berkenalan? Tapi kalau sebagai kawan, saya tak kisah sangat. Kalau..” belum sempat Tuesday menghabiskan ayat, dia terus berlari ke arah kelibat yang dicari-cari sejak tadi. Larian dihentikan. “Maafkan saya, dan tolong sampaikan pada Monday tentang ini. Hanya KAWAN saja.” panjang lebar penjelasan Tuesday. Wednesday hanya membalasnya dengan senyuman tawar.

 

To be continue...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
rickjoe1004
#1
Nice story ^^