which one?

which one?

 

.........................................

Tao berjalan sendirian di tengah malam. Fikirannya serabut kerana memikirkan macam macam masalah yang dialaminya. Sedang dia berjalan, tiba tiba dia tidak perasan bahawa dia telah terlanggar seekor anjing yang sedang nyenyak tidur di bahu jalan. Anjing tersebut terjaga, dan marah lalu mengejar Tao dengan laju. Tao berlari lintang pukang untuk menyelamatkan dirinya dari anjing tersebut. 

sejak dari kecil Tao memang amat takutkan anjing, kerana suatu ketika dahulu Tao pernah digigit oleh seekor anjing yang di bela oleh orang gajinya, gara gara kejadian tersebut, Tao telah memecat orang gaji tesebut. memori yang pahit itu masih kekal di dalam ingatannya.

 "Tidakkkkk! jangan kejar aku lah anjing gila, aku tak sengaja lahhh!!!!" Tao berlari sambil menjerit ke arah anjing tersebut, tetapi anjing tersebut masih terus mengejarnya dengan laju.

 

Sedang dia melarikkan diri dari anjing tersebut, Da hyun yang tiba tiba muncul di depan Tao terkejut apabila Tao menuju ke arahnya dengan laju. lalu mereka berdua berlanggar sesama sendiri, Tao jatuh tersembam manakala Da hyun yang sedang memikul bekas sampah terjatuh tertiarap. sampah sarap yang dipikulnya habis berselerak di atas jalan.

 "Yahhh! kenapa kau ni?! habislah sampah sampah aku ni!" Da hyun memarahi Tao kerana melanggarnya.

Tao hanya mendiamkan diri sambil memandang ke arah belakang untuk memastikan anjing tersebut sudah berlalu pergi ataupun tidak.

tiba tiba sedang Tao menyapu kotorang dari bajunya, dia terdengar nyalakan anjing tadi. sebaik sahaja dia menoleh ke belakang, dia terkejut kerana anjing tersebut berada sangat hampir dengannya. Tao menjerit lalu ke arah Da hyun dan terus memeluk Da hyun kerana terlalu takut. Da hyun terkejut dengan tindakan Tao. 

anjing tersebut berhenti mengejar Tao setelah dia melihat Da hyun bersama Tao. Da hyun yang sedang terkejut dengan tindakan Tao, lantas menolak Tao ke tepi lalu ke arah anjing tersebut.

 "Dodi~ where have you been haa?" Da hyun memeluk anjing tersebut dengan erat. 

 "kau ke yang bela anjing ni?" Tao bertanya setelah melihat Da hyun memeluk anjing itu. 

 "a'ah, ni anjing aku. tak sangka kau takut anjing. ingatkan lelaki macam kau ni tak takut apa apa. hahaha" Da hyun mentertawakan Tao.

Tiba tiba Tao menarik Da hyun ke arahnya, lantas berkata "kau jangan nak bagi tahu sesiapa pasal hal mi dekat orang lain eh! kalau tak, siap kau" Tao memberi amaran kepada Da hyun sekeras kerasnya.

 "hmm boleh je, tapi dengan syaratlah" Da hyun tersenyum nakal.

 "kau ni kan nak bersyarat syarat bagai pulak. haaa apa syaratnya?" Tao mendengus.

 "Aku boleh je tak bagi tahu sesiapa pasal hal ni dengan syarat kau kena lah berhenti buli aku dekat sekolah, dan hormat aku sebagai seorang perempuan yang COMEL" Da hyun menjawab sambil ketawa riang.

 "amboi, suka kau eh? hmm yelah yelah" Tao mencebik, dia terpaksa mengikutkan sahaja syarat Da hyun kerana takut rahsianya akan terbongkar dan dia mungkin akan mendapat malu yang amat sangat.

 "haa bagus bagus! macam ni la anak orang kaya. okaylah aku nak balik. bye" Da hyun beredar dari situ, tetapi langkahnya tehenti dan dia menoleh ke belakang lalu berkata "eh kejap. sebelum kau balik, tolong kutip sampah sampah ni eh? kau yang langgar aku tadi kan? hahaha bye!" Da hyun terus pergi meninggalkan Tao yang sedang terpinga pinga.

 "Cis perempuan ni lah! suka suka hati dia je mengarah aku" Tao mencebik.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hobiscuits
#1
Chapter 7: haha omg comelnya tao
takut anjing cam apa je ahahaha
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 6: Oh daebak not bad sebab citer ni lagi dari citer sebenar hahaha cutenyer baekhyun
xoxosenshine #3
saeng ^^ daebak stroy !
hobiscuits
#4
sounds okay, but it's "zi tao" not "zhi tao"

oh and ni aera btw, haha