which one?

which one?

di sekolah.......

Da hyun berjalan menuruni tangga kelas untuk ke kantin. ketika itu dia terasa sangat lapar dan ingin segera sampai ke kantin. sedang dia berjalan menuju ke kantin, tiba tiba datang sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan mengepungnya; lalu membaling telur busuk ke arahnya. dia tidak dapat melarikkan diri kerana waktu itu terlalu ramai pelajar yang mengepungnya. Da hyun hanya mampu menjerit meminta tolong.

Tiba tiba, ada seseorang dari arah belakang sekumpulan pelajar tersebut menjerit "BERHENTI!" Lalu sekumpulan pelajar itu berhenti dan menoleh ke arah suara tersebut. Alangkah terkejutnya mereka melihat gerangan yang menjerit sebentar tadi adalah Byun Baekhyun.

  "Apa yang korang tengah buat ni haa?! kenapa korang buli dia?!" sergah Baekhyun. Dia segera ke arah Da hyun dan membantu Da hyun membuang kulit telur dari pakaian, muka dan rambut Da hyun.

  "Oppa! why should you help her?! dia musuh Tao. jadi kita patut balas apa yang sepatutnya dibalas! perempuan ni sepatutnya hormat Tao! dasar orang miskin tak sedar diri" jawab salah seorang dari kumpulan pelajar tesebut.

  "Sekolah ni mak bapak korang yang punya ke? Tao tu pengetua sekolah ni ke?! kalau setakat korang datang sekolah sebab nak buli orang, baik tak payah datang sekolah. Buat habis duit mak bapak saja" marah Baekhyun. Kalau ikutkan hatinya, mahu saja dia berhentikan mereka dari sekolah. Tetapi dia tidak ada hak untuk berbuat begitu. "Lebih korang pergi dari sini sebelum aku hilang sabar" Tambah Baekhyun. Lalu sekumpulan pelajar tersebut beredar dari situ meninggalkan mereka berdua.

  "Awak tak apa apa?" tanya Baekhyun kepada Da hyun. Dia sangat menyesali denga perbuatan Tao. "Hmm saya minta maaf bagi pihak Tao. perangai Tao dari kecil memang tak pernah berubah" Terang Baekhyun tentang Tao.

Da hyun mendiamkan diri sambil membuang sisa sisa telur dari bajunya lalu dia beredar meninggalkan Baekhyun keseorangan. Baekhyun hanya mampu melihat Da hyun beredar meninggalkannya. Dia berasa sangat sedih dengan apa yang Tao lakukan. "Tao, bilalah kau nak berubah" Keluh Baekhyun di dalam hati.

 

Da hyun menuju ke kelas Tao. dia sangat marah dan geram dengan apa yang Tao lakukan kepadanya. "Kurang ajar kau ni Tao! kau ingat kau siapa haa?!" marah Da hyun di dalam hati.

Setelah sampai di kelas Tao, Da hyun lantas menjerit "Huang Zi Tao!!!". Semua pelajar yang berada di dalam kelas tersebut terkejut dengan tindakan Da hyun. Tao yang sedang duduk di bahagian belakang kelas turut terkejut setelah mendengar namanya disebut.

Tao segera menuju ke hadapan kelas untuk bertemu dengan Da hyun. Tao memberikan senyuman nakal kepadanya lantas berkata "eiuuuwww, cik adik BUSUK datang kelas kita la! hahaha. kau nak apa BUSUK?" tnya Tao kepada Da hyun. dia geli hati melihat keadaan Da hyun yang sangat busuk dan kotor.

Da hyun menghadiahkan senyuman sambil berkata "Sebenarnya aku datang sini nak bagi kau something special". Tao menjawab "Woooo! cik adik BUSUK nak bagi aku something! hahaha" 

  "Aku nak bagi ni haa!" Da hyun lantas menumbuk hidung Tao sehingga menyebabkan hidungnya luka dan berdarah. "haa ini la something special yang aku nak bagi dekat kau tu. sedap tak?! hahaha" Da hyun ketawa sambil berlalu pergi meninggalkan Tao yang berada di dalam kesakitan.

   "Biadap punya minah!" Jerit Tao. Dia mengerang kesakitan akibat ditumbuk oleh Da hyun. Pelajar pelajar yang berada di dalam kelas hanya terdiam dan tidak berani mendekati Tao. Tao beredar dari kelas, menuju ke luar sekolah. Dia mengarahkan pemnadu peribadinya untuk bawanya pulang ke rumah. Dia nekad untuk membalas perbuatan Da hyun yang telah memalukan dia di hadapan rakan rakan kelasnya. "Kau tunggulah Perempuan!" Tao berkata di dalam hati.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hobiscuits
#1
Chapter 7: haha omg comelnya tao
takut anjing cam apa je ahahaha
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 6: Oh daebak not bad sebab citer ni lagi dari citer sebenar hahaha cutenyer baekhyun
xoxosenshine #3
saeng ^^ daebak stroy !
hobiscuits
#4
sounds okay, but it's "zi tao" not "zhi tao"

oh and ni aera btw, haha