which one?

which one?

"Baek, datang rumah aku sekarang" pesanan ringkas dari Tao kepada Baekhyun.

 

.......................

 

Baekhyun memasuki perkarangan rumah Tao. Dia segera menemui Tao yang berada di ruang tamu. ketika itu Tao sedang bersembang dengan salah seorang rakan mereka, Chen. Chen juga merupakan sahabat baik Tao dan Baekhyun sejak dari kecil. Tapi pada umur 12 tahun, Chen terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat. 

"Chen!" Baekhyun lantas memeluk Chen. ternyata dia sangat merindui rakannya itu. Pada suatu ketika dahulu Chen lah peneman dan pendengar setianya ketika dia berada di dalam kesusahan dan kesedihan sewaktu zaman kanak2 dahulu. 

"Kau apa khabar baek?! rindunya dekat kau!" Chen memeluk Baekhyun dengan erat.

"haihh, korang rindu sesama korang je ke?! kesian aku terpaksa rindu diri sendiri" celah Tao sambil membuat mimik muka menunjukkan bahawa dia kelihatan sedih.

Baekhyun dan Chen ketawa mendengar keluhan Tao, lalu mereka ke arah Tao dan memeluk Tao dengan erat. "Aku rindu korang berdualah! kalau aku aku tak rindu kau, tak kan lah aku nak datang sini untuk jumpa kau kan?" Chen menjawab. mereka sama2 berpelukan erat, sambil ketawa melihat gelagat masing masing.

.......................

 

Setelah Chen pulang ke rumah............

 

"kenapa kau buat macam tu?" Tanya Baekhyun kepada Tao. "Aku buat apa?" Tao tidak faham dengan apa yang sedang Baekhyun persoalkan.

"kenapa kau suruh pelajar pelajar buli da hyun? hmm bila lah kau nak berubah Tao. Da hyun tak salah apa apa." keluh Baekhyun. dia sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Tao.

"kau ni dah kenapa?! selama ni aku buat macam tu, kau tak pernah nak kisah pun! kenapa bila aku buat macam macam dekat Da Hyun kau tiba-tiba naik angin pula?" Tao mendengus. Dia tidak menyangka bahawa Baekhyun sanggup menegurnya oleh kerana seorang perempuan miskin yang hanya tahu berlagak sahaja.

"Aku bukan naik angin, cuma aku tak suka dengan tindakan kau. tak baik kau membuli orang. lagi lagi yang tak bersalah macam Da hyun tu" terang Baekhyun. 

"Kau ni dari dulu memamg suka kan buat aku marah? kawan apa kau ni?! dah, aku malas nak dengar kau cakap apa apa lagi. sekali lagi kau kau ungkit pasal benda ni, kita putus kawan!" Jawab Tao, dia berlalu pergi meninggalkan Baekhyun keseorangan di ruang tamu.

"Tao bila lah kau nak berubah?, haiihh" keluh Baekhyun di dalam hati. Dia berdoa agar Tao sedar dan menjadi manusia yang berguna, berbudi bahasa dan tidak sombogn dengan harta kekayaan yang dimilikinya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hobiscuits
#1
Chapter 7: haha omg comelnya tao
takut anjing cam apa je ahahaha
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 6: Oh daebak not bad sebab citer ni lagi dari citer sebenar hahaha cutenyer baekhyun
xoxosenshine #3
saeng ^^ daebak stroy !
hobiscuits
#4
sounds okay, but it's "zi tao" not "zhi tao"

oh and ni aera btw, haha