which one?

which one?

Da Hyun tergesa gesa menuruni tangga rumahnya kerana dia telah terlambat untuk ke tempat kerjanya. Da hyun bekerja sambilan sebagai seorang pelayan di sebuah Restoran Kimchi yang terletak di bandar Seoul. Dia terpaksa bekerja demi untuk menyara keluarganya yang susah. Sedang dia tergesa gesa hendak pergi ke tempat kerja, dia telah terjatuh ke dalam longkang. Sakitnya tidak terkata. Pakaiannya kotor, pergelangan tangan dan kaki luka akibat terjatuh.

Dia mencuba sedaya upaya untuk keluar dari longkang itu, tetapi tidak berdaya kerana dia berasa amat lemah. Tiba2 ada seorang jejaka datang membantunya untuk keluar dari longkang itu. Sejurus dia berjaya keluar dari situ, matanya kelihatan kabur dan kepalanya terasa amat sakit. Dunianya tiba2 menjadi gelap dan kelam....

 

"Aku ada dekat mana ni?" tanya Da hyun di dalam hati setelah terjaga dari pengsannya. Dia berasa amat pelik melihat persekitaran di sekelilingnya. Dia berada di sebuah rumah boleh dikategorikan sebagai "Syurga". Rumah yang 10 kali ganda besar dari rumahnya yang hanya sebesar sebuah kedai. Dia menyedari bahawa pakaiannya telah ditukar dan lukanya sudah dibalut. 

Dia berjalan menuju ke ruang dapur, dan tiada seorang pun yang kelihatan di situ. "tak ada orang ke dekat rumah ni?" Da hyun tertanya tanya sambil menuju ke ruang tamu pula. di situ juga dia tidak menemui sesiapa pun. "peliknya, siapa yang bawa aku datang sini? mana pergi orang orang dalam rumah ni?" Da hyun bertanya seorang diri sambil berjalan ke seluruh ruang di rumah itu.

"Saya yang bawa awak datang ke sini" Da hyun segera menoleh untuk mencari gerangan yang membawanya ke situ. Dia terkejut bahawa jejaka yang berada di hadapannya adalah seorang jejaka yang digilai oleh gadis2 di sekolahnya, Byun baekhyun. 

"err awak? awak ke yang menolong saya? awak ke yang tukar pakaian saya?! awak ke yang balut luka2 saya?" Da hyun bertanya kepada Baekhyun sambil memeluk tubuh.

"Ya, saya yang bawa awak datang ke rumah saya. Awak pengsan atas riba saya tadi, saya buntu. saya terus bawa awak datang sini. jangan risau, bukan saya yang tukarkan pakaian awak" senyum Baekhyun. "tapi orang gaji saya yang tukarkan. dan mereka juga lah yang balut luka2 awak tu" tambah Baekhyun.

Da hyun berasa lega sambil tersengih. "Oh yeke, tapi kenapa saya tak nampak pun sesiapa dekat dalam rumah ni selain awak? mana pergi orang gaji awak?" tanya Da hyun kepada Baekhyun.

"Orang gaji saya dah pulang ke rumah, yang selebihnya ada di dalam bilik mereka." jawab Baekhyun. "hmm awak lapar tak? belum makan lagi kan?" baekhyun bertanya.

"ehh! pukul berapa ya sekarang?!" Da hyun bertanya, dia tersedar bahawa dia tidak ke tempat kerjanya. Baekhyun tergelak melihat kerenah Da hyun sambil berkata "sekarang dah pukul 10 malam, kenapa awak nampak tegesa gesa ni?". 

"Alamak! aku tak sempat nk pergi tempat kerja lah! confirm bos marah" Da hyun segera mengambil begnya dan merancang untuk berlalu pergi dari rumah yang terlalu asing baginya itu. Baekhyun segera menghalangnya "Awak! saya dah telefon bos awak tadi, saya beritahu dia bahawa awak sakit dan tidak dapat datang ke tempat kerja harini. Bos awak dah beri kebenaran untuk bercuti. so, awak jangan lah risau ya" Baekhyun tersenyum. 

"Fuhh selamat" Da hyun menepuk dada. dia berasa amat lega. "err, terima kasih awak sebab sudi tolong saya." Da hyun berasa sangat terhutang budi dengan Baekhyun. "hmm macam mana saya nak balas budi awak? kalau awak minta bayaran, saya minta maaf. saya tak cukup duit sekarang ni, tapi lepas dapat gaji saya janji saya akan bayar dekat awak" tambah Da hyun.

Baekhyun ketawa sambil menjawab "Awak simpan je la duit gaji awak tu, saya tak nak pun. Duit saya pun ada. hmmm awak tak payah la balas apa2. saya ikhlas tolong awak, saya tak mengharapkan balasan pun. cumaaaa...." 

"cuma apa? awak nak saya buat apa?" tanya Da hyun. "Cuma saya nak awak makan malam dengan saya, saya tengah lapar ni. awak tak dengar ke perut saya dari tadi berbunyi" Baekhyun berseloroh.

"Oh haha. baiklah. Saya ingatkan awak nak suruh saya buat apa la tadi. buat terkejut saya je awak ni" Balas Da hyun sambil ketawa. Baekhyun juga turut ketawa. mereka sama sama ketawa. "haha, sudahlah. jom ikut saya ke dapur." ajak baekhyun. Da hyun mengangguk dan mengikutnya dari belakang tanpa berkata apa2.

Setelah selesai makan malam, Baekhyun mengambil keputusan untuk menghantar Da hyun pulang ke rumah, kerana dia tidak mahu keluarga Da hyun bimbang kerana Da hyun pulang lewat ke rumah. 

"Terima kasih awak." ucap Da hyun kepada Baekhyun setelah mereka sampai di perkarangan rumah Da hyun. "haa sebab apa awak berterima kasih?" 

"sebab awak tolong selamatkan saya, bagi saya makan, tolong ubatkan luka2 saya. hmmm dan nanti saya akan pulangkan baju yang awak bagi ni" jawab Da hyun sambil tersenyum. Baekhyun menggeleng "tak apa lah. baju ni saya bagi kat awak. lagipun saya ikhlas dan saya beruntung sebab dapat kenal dengan seorang yang cantik macam awak ni" puji Baekhyun.

Da hyun tersipu sipu malu lalu meminta izin untuk masuk ke rumah "err saya masuk rumah dulu ya, awak baliklah. lagipun dah lewat dah ni. jumpa di sekolah esok" Da hyun tesenyum. "awak nak jumpa saya lagi?" tanya baekhyun dengan perasaan yang seronok.

Da hyun senyum sambil melambaikan tangannya dan memberi isyarat menyuruh baekhyun pulang dengan segera. Lalu Da hyun meninggalkan baekhyun tanpa menjawab soalannya.

"Selamat malam awak!" Baekhyun menjerit setelah melihat Da hyun berlalu pergi. Da hyun menoleh ke belakang sambil melambaikan tangan. Baekhyun tersenyum. Dia berjalan pulang ke rumah dengan perasaan yang gembira. 

"adakah aku dilamun cinta?" tanya baekhyun di dalam hati. dia tersenyum......

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hobiscuits
#1
Chapter 7: haha omg comelnya tao
takut anjing cam apa je ahahaha
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 6: Oh daebak not bad sebab citer ni lagi dari citer sebenar hahaha cutenyer baekhyun
xoxosenshine #3
saeng ^^ daebak stroy !
hobiscuits
#4
sounds okay, but it's "zi tao" not "zhi tao"

oh and ni aera btw, haha