which one?

which one?

"Woi! tak nampak ke aku kat sini?! jalan macam orang tak ada mata je" Tao memarahi Da hyun kerana Da hyun secara tiba tiba melanggarnya. 

Da hyun lantas menjawab "Awak tu yang tak ada SIVIK! tak nampak ke kat sini tempat untuk BERJALAN! bukan tempat untuk berdiri termenung sambil teringatkan kekasih!" jawab Da hyun sambil tersenyum. bagi Da Hyun, Tao bukanlah saingannya. Dia tidak menyangka jejaka yang sedang memarahinya itu adalah jejaka yang digilai ramai perempuan di sekolah mereka. Seorang jejaka yang tidak pernah mempunyai adab, dan sentiasa berlagak.

"Ewah ewah minah ni!, mulut tu agak agak sikit! kau tak kenal ke siapa aku haa?!!! tak payah nk berlagak kat sini! aku tak taulah macam mana kau boleh ada kat sekolah ni. tempat ni tak layak untuk kau MAKCIK!" Tao mendengus

Da Hyun tergelak sambil berkata "Ada aku kisah? hahaha. Eh! dah la, daripada aku layan kau yang tk betul ni baik aku pergi masuk kelas! bye!" Da hyun menjelir lidah sambil berlalu pergi meninggalkan Tao yang sedang kemarahan.

Tao berasa sungguh marah kerana ini kali pertama ada seorang minah "miskin" yang berani melawannya. Tao merancang untuk membalas dendam terhadap Da hyun. Dia bertekad akan membuat Da hyun tunduk dan hormat kepadanya. Tao berjalan ke kelasnya sambil merancang strategi untuk membalas dendam. Yang pasti di fikiran nya, dia akan membuat Da hyun menderita akhirnya melutut meminta maaf kepadanya.

 

di dalam kelas.........

"Kau ni dah kenapa Tao? Dari tadi aku tengok kau asyik termenung" Tanya baekhyun kepada Tao kerana risau melihat Tao yang dari tadi asyik termenung.

Baekhyun adalah satu satunya kawan baik Tao. Mereka berkawan sejak kecil lagi, dan mereka seperti pasangan kembar kerana setiap hari sentiasa bersama. Tetapi baekhyun dan Tao adalah dua individu yang sangat berbeza. Baekhyun mempunyai hati budi yang sangat baik, dia juga seorang yang ringan tulang. gemar membantu sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan. Selain Tao, dia juga merupakan salah seorang jejaka yang digilai ramai perempuan di sekolah kerana ketampanannya dan budi bahasanya yang baik.

"Aku tengah fikirkan rancangan nak membalas dendam" jawab Tao. "kau ni tak habis habis dengan 'balas dendam' kau tu. Tak rasa penat ke? kalau ya pun kau marah dekat seseorang, bawaklah berbincang. bukannya selesaikan dengan cara membalas dendam" nasihat Baekhyun kepada Tao. Tao mengerling lalu meninggalkan Baekhyun keseorangan.

"Baekhyun ni bukannya nak membantu aku, apa punya kawanlah!" rungut Tao di dalam hati. dia tidak berpuas hati kerana Baekhyun tidak setuju dengan rancangannya. memang setiap kali Tao merancang untuk membalas dendam, Baekhyun akan membantah serta menasihatinya supaya berubah. Tetapi Tao tidak peduli dengan semua itu, dia tetap akan meneruskan rancangannya untuk membalas dendam dan tak akan ada sesiapa dapat menghalangnya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hobiscuits
#1
Chapter 7: haha omg comelnya tao
takut anjing cam apa je ahahaha
nurulizzahramanlee
#2
Chapter 6: Oh daebak not bad sebab citer ni lagi dari citer sebenar hahaha cutenyer baekhyun
xoxosenshine #3
saeng ^^ daebak stroy !
hobiscuits
#4
sounds okay, but it's "zi tao" not "zhi tao"

oh and ni aera btw, haha