Under the bed (Exo-K - Kai & Sehun)

Horror Story Compilation*

May contained Mpreg


 

"Mama! Mama! Tolong! Tolong Hunnie! Mama!" teriak Jonghun dari dalam biliknya membuatkan Sehun yang berada di dapur bergegas mendapatkannya.

 

"Sayang, kenapa ni? Kenapa kamu nangis?" soal Sehun apabila dia melihat anaknya menangis teresak-esak di atas katilnya sambil memeluk kakinya yang dirapatkan ke dadanya. Sebaik saja Sehun memeluk Jonghun untuk menenangkannya, dia dapat rasa tubuh Jonghun menggigil dan seluruh tubuhnya terasa sejuk. Jonghun ketakutan dan itu membuatkan Sehun risau.

 

"Hunnie, kenapa ni? Cakap dengan mama. Please..." soal Sehun apabila pelukan dileraikan. Dia memandang Jonghun yang dah berhenti menangis, namun air mukanya masih ketakutan. Sehun bingung. Ini bukan kali pertama Jonghun berkelakuan macam ni dan itu yang membuatkan Sehun semakin risau.

 

"Mama, dia nak ambil Hunnie. Hunnie tak mau ikut dia. Dia jahat. Muka dia menakutkan. Hunnie taknak." ucap Jonghun dengan nada yang masih terketar-ketar. Dan tiba-tiba Jonghun mula menangis semula apabila dia seperti ternampak sesuatu di belakang mamanya. Mata Jonghun masih tertancap pada benda tu, membuatkan Sehun menoleh ke belakangnya untuk melihat apa yang dilihat Jonghun, namun dia tak nampak apa-apa lalu dia kembali memandang anaknya.

 

"Ada apa, Hunnie? Kamu tengok apa?" soal Sehun.

 

"Mama!!" teriak Jonghun selantangnya dengan mata terbeliak sebelum dia tiba-tiba rebah dalam pangkuan Sehun. Sehun mulai panik, lalu dia segera menelefon Kai yang sedang bekerja.

 

Di hospital...

Sehun dan Kai menunggu dengan penuh kerisauan di sudut lain di dalam wad itu. Kai memeluk Sehun dari sisi apabila dia menyedari yang mata Sehun dah mula bergenang dengan air mata.

 

"Sabar la..." bisik Kai.

 

"Kai, saya takut..." ucap Sehun perlahan.

 

"Takda apa yang akan jadi kat anak kita. Awak jangan la risau. Jonghun kan kuat." Kai mengucup dahi Sehun untuk menenangkannya. "Sabar la."

 

Mereka melihat doktor memeriksa Jonghun dengan penuh debaran.

 

"Dia baru 4 tahun, Kai. Dia masih kecil. Saya tak sanggup kehilangan dia." air mata Sehun dah mula mengalir.

 

"Shh, jangan nangis sayang. Kita kena kuat untuk dia. Jangan la macam ni." Kai memujuk sambil dia menguis lembut rambut depan Sehun yang hampir menutupi matanya ke sisi.

 

5 minit kemudian, doktor yang memeriksa Jonghun menghampiri Kai dan Sehun.

 

"Macam mana dengan anak kami, doktor?" soal Kai.

 

"Dia tak apa-apa. Dia cuma terkejut dan memandangkan dia seorang yang lemah semangat, sebab itu la dia pengsan. Kamu berdua jangan risau. Dia sihat dan kamu boleh bawa dia balik." jelas doktor itu sebelum dia beredar meninggalkan mereka.

 

Sehun segera menghampiri katil tempat anaknya masih terbaring. Kai berdiri di belakangnya.

 

"Mari kita balik."

 

~ ~

 

Dalam perjalanan pulang...

 

"Apa yang dah jadi sebenarnya?" soal Kai sambil memandu.

 

"Saya dah kata, rumah tu tak selamat. Tapi awak taknak dengar." ucap Sehun sarkastik. Dia mengusap kepala Jonghun yang sedang tidur di ribanya.

 

"Awak jangan nak mula, boleh tak? Rumah tu takda apa la. Maybe Jonghun cuma bayangkan yang bukan-bukan." balas Kai.

 

"So, awak nak kata yang anak awak ni gila, la? Macam tu?" Sehun meninggikan sedikit suaranya.

 

"Saya tak bermaksud macam tu, okey. Sudah la. Saya taknak pasal ni, kita gaduh lagi." Kai menamatkan perbualan mereka dengan macam tu jer.

 

Sehun mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Dia marah sangat dengan Kai yang taknak percaya cakapnya. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu anaknya, tapi dia tak tahu apa benda tu. Dan kalau dia tahu, tentu dia dapat selesaikannya.

 

~ ~

 

Setibanya di rumah, Sehun mendukung Jonghun masuk ke dalam biliknya. Dia membaringkan Jonghun yang sedang nyenyak tidur ke atas katilnya dengan perlahan. Dia menyelimuti tubuh Jonghun sebelum dia melangkah keluar dari bilik anaknya itu.

 

Kai yang duduk di sofa dihampirinya dengan niat untuk berbincang tentang Jonghun.

 

"Kai, saya risaukan Hunnie." ucap Sehun sebaik saja dia duduk di sebelah Kai.

 

"Apa yang awak risaukan? Kan doktor dah kata yang dia takda apa-apa. Dia takda penyakit la, so tak payah la awak risaukan dia sangat." balas Kai dengan acuh tak acuh membuatkan air muka Sehun berubah.

 

"Senang jer awak cakap, kan? Yang duduk kat rumah ni dengan dia, saya. Saya tau apa yang jadi. Kenapa awak taknak percaya cakap saya?" nada Sehun seperti tak puas hati.

 

"Percaya yang ada hantu kacau anak kita? Percaya pasal benda yang tak wujud tu, ke?" Kai mengalihkan pandangannya daripada tv, ke arah Sehun. "Awak tau kan yang saya tak percaya benda-benda tu semua."

 

"Awak kena percaya Kai, sebab itu la yang jadi kat anak kita. Tiap-tiap malam, Hunnie menangis. Dia kata ada sesuatu yang nak ambil dia. Kalau sekali dua perkara ni jadi, saya tak kisah sangat. Tapi ia selalu berlaku dan saya tak sanggup tengok Hunnie macam ni lagi. Kalau awak perasan, berat badan dia makin susut, muka dia pucat dan dia kelihatan tak bermaya. Saya takut, Kai. Saya taknak kehilangan dia..." suara Sehun kedengaran berbisik di hujung ayatnya disebabkan dia mulai sebak memikirkan anaknya itu.

 

Kai yang menyedari Sehun hampir-hampir menangis, segera merangkul pasangannya itu ke dalam dakapannya. Dia mengusap perlahan belakang Sehun untuk menenangkannya.

 

"Hunnie takkan apa-apa, sayang. Dah, jangan la nangis. Awak tak boleh stress. Ingat apa yang doktor cakap? Saya taknak awakpun masuk hospital nanti." Kai memujuk. Dia merujuk kepada kandungan Sehun yang baru berusia 3 bulan.

 

"Kai, kita pindah ke rumah lain." cadang Sehun sebaik saja pelukan dileraikan.

 

"Pindah? Buat apa?" soal Kai yang masih lagi tak mengerti tentang kerisauan Sehun yang dianggap remeh.

 

"Saya..." belum sempat Sehun menghabiskan ayatnya, mereka terdengar Jonghun berteriak.

 

"Taknak! Jangan kacau Hunnie! Mama! Papa! Tolong Hunnie! Tolong!" teriak Jonghun dari dalam biliknya membuatkan Kai dan Sehun panik lalu bergegas ke biliknya.

 

"Hunnie!" teriak Sehun dan Kai dengan mata terbeliak apabila mereka yang baru tiba di dalam bilik Jonghun melihat Jonghun seperti ditarik sesuatu ke bawah katil. Jonghun berpaut pada kaki meja sambil menjerit.

 

"Yah, lepaskan anak aku!" teriak Sehun sebelum dia meluru ke arah Jonghun diikuti Kai. Mereka berdua cuba menarik sebahagian tubuh Jonghun yang dah masuk ke bawah katil keluar dari situ. Situasi amat cemas pada waktu itu dengan teriakan dan tangisan dari mereka.

 

Sedang mereka berusaha menarik Jonghun keluar dari bawah katil, mereka terkejut apabila mereka ternampak sepasang tangan yang menakutkan sedang memegang buku lali Jonghun. Tapi sebaik saja Jonghun berjaya ditarik keluar, tangan itu segera melepaskan buku lali Jonghun dan lesap di bawah katil.

 

"Awak nampak tak tu?" soal Sehun yang ketakutan sambil dia memeluk Jonghun seeratnya.

 

"Mari kita keluar dari sini dulu. Nanti baru kita bincang." arah Kai. Jonghun didukungnya dan tangan Sehun dipimpin lalu mereka bertiga bergegas menuju ke arah pintu bilik untuk keluar, tapi belum sempat mereka melangkah keluar dari bilik itu, pintu itu ditutup rapat oleh seseorang membuatkan mereka tersentak.

 

"Serahkan budak itu!! Hutang nyawa harus dibayar nyawa!!" ucap satu suara yang menggerunkan tanpa menunjukkan rupanya yang sebenar.

 

"Siapa kau?! Jangan ganggu keluarga aku! Pergi! Pergi kau dari sini!" laung Kai setegasnya. Jonghun diserahkan semula kepada Sehun. Sehun bersembunyi di belakang Kai dengan ketakutan.

 

"Aku takkan pergi selagi hutang aku tak terbalas!" balas suara itu yang bergema di seluruh bilik.

 

"Mama..." Jonghun masih lagi menangis.

 

"Hutang apa?! Kau jangan nak mengarut! Lepaskan kami pergi!" marah Kai.

 

"Kim Joonmyun, jangan kau berdalih! Aku dah bagi kau hidup yang kau mahu, jadi tunaikan janji kau untuk serahkan anak sulung kau atau yang lain akan jadi galang gantinya!" marah suara itu.

 

"Kim Joonmyun? Itu nama pemilik asal rumah ni." bisik Sehun ke telinga Kai.

 

"Aku Kim Jongin, bukan Kim Joonmyun. Kau dah silap orang. Biarkan kami pergi!" teriak Kai sambil matanya meliar melihat sekeliling bilik itu disebabkan pemilik suara itu tidak memunculkan dirinya. Dia seperti bercakap dengan deruan angin saja.

 

"Kim Jongin atau Kim Joonmyun, sama-sama Kim! Serah anak kau, atau yang lain akan jadi galang gantinya." ugut suara itu membuatkan Sehun dan Kai kecut perut. Apa yang dimaksudkannya? Siapa yang akan jadi galang gantinya? Kai dan Sehun saling berpandangan sebelum Kai mula menendang-nendang pintu untuk keluar.

 

Suara itu ketawa mengilai melihatkan tindakan Kai itu.

 

"Tak guna kau lari sebab aku akan sentiasa tuntut apa yang sepatutnya jadi hak milik aku!" ugut suara itu lagi sekerasnya.

 

Kai tidak mengendahkan amaran suara itu. Pintu ditendang berkali-kali sehinggalah pintu itu akhirnya terbuka. Kai segera membawa Sehun dan anaknya keluar dari rumah itu.

 

"Kita dah selamat. Benda tu takkan kacau kita lagi." ucap Kai.

 

Tiba-tiba Sehun mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Jonghun yang berdiri di sebelahnya mula risaukannya.

 

"Mama! Mama kenapa ni?" soal Jonghun.

 

Kai mulai panik apabila Sehun tiba-tiba rebah tak sedarkan diri di hadapannya. Tubuh Sehun diribanya sebelum matanya terbeliak sebaik saja dia terlihat cecair merah mula membasahi lantai.

 

"Sehun! Sehun, bangun la!" Kai cuba menggerakkan Sehun.

 

"Papa, mama berdarah! Papa, mama okey, kan? Papa!" Jonghun yang hampir tenang, mulai menangis semula melihatkan keadaan mamanya.

 

"Seperti yang aku kata tadi. Kau tak serahkan anak sulung kau, orang lain yang akan jadi galang gantinya. Anak kau yang belum lahir dah jadi milik aku! Hahahaha!" suara yang menakutkan itu kedengaran dari dalam rumah itu.

 

"Tidak!!" teriak Kai.

 


 

Kim Joonmyun ingin menjadi kaya dengan cara yang mudah, lalu dia berjumpa dengan seorang bomoh. Bomoh itu memberikan anak patung kayu yang buruk kepada Joonmyun untuk diletakkan di bawah katil. Setelah mantera dibaca, dan patung itu disimpan di bawah katilnya, Joonmyun tidur di atas katil itu. Keesokannya, dia mendapati sejumlah jongkong emas di bawah katilnya yang cukup untuk membuatkan dia jadi orang kaya baru.

 

Pada mulanya Lay iaitu pasangannya tidak mencurigainya namun lama-kelamaan apabila dia sering diganggu baru dia tahu kebenarannya.

 

"Apa yang awak buat ni, Joon? Awak dah melampau, tau!" marah Lay pada satu malam.

 

"Maafkan saya, saya taktau 'dia' akan tuntut janji macam ni." ucap Joonmyun dengan penuh rasa bersalah apabila nyawa isteri dan anaknya dalam bahaya.

 

Masa dia buat perjanjian, dia tak tahu yang benda itu akan tuntut nyawa anaknya sebagai pertukaran jongkong emas yang diberi itu. Dan kalau dia tahu, dia takkan buat perjanjian seperti itu. Bomoh itu dicarinya semula, tapi gagal sebab tiada siapa tahu mana perginya bomoh itu. Oleh itu, Joonmyun mengambil keputusan untuk pindah dari rumah itu bersama keluarganya selepas dia membakar patung itu.

 

Pada fikirannya, semua itu dah selesai lalu dia menjualkan rumah itu kepada Kim Jongin dan pasangannya Sehun. Namun sangkaannya meleset apabila penghuni baru di rumah itu diganggu juga.

 

 


 

TAMAT

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimmiekimmie97
#1
I like how you make [Horror Story Compilation]. Hoping you can make more horror story.
Good job aunthor-nim
LilySenangHati #2
Chapter 7: Best. Tapi kalau edit Jimin tu jadi fully perempuan lagi best nak imagine betapa ayu dan comelnya jimin jadi perempuan. Btw memang nice.
ELFlisa #3
Chapter 8: creepy tapi best...
windbubblesehun
#4
Chapter 8: Lawak.part "sama-sama Kim" hahaha anw -..- jahat gila
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 8: orang lain yg buat salah, orang lain yg kena ..
Wu_Family_EXO
#6
Chapter 8: orng lain yg salah orng lain yg kene.. x patot betul..
ayyaaaa_chan
#7
Chapter 7: SWEET <3 SOBS DAN SEDIH ;; WAAAAAAA SUKA CERITA YG NIII >< SO NICE <3
KJNYeol
#8
Chapter 7: Ashik ceritanya...
Pairing couple yg saya suka ^^
windbubblesehun
#9
Chapter 2: Seramnya; ;;; dh lah dok sesorang ni ㅠㅠㅠㅠㅠ