Sixth Sense (TeenTop)

Horror Story Compilation*

 

Hari ni, hari pertama aku di sekolah baru. Aku baru pindah ke kawasan kejiranan ni, kelmarin. Sekolah ni hanya untuk para pelajar yang tinggal di kawasan sekitarnya sahaja. Aku melangkah masuk ke dalam kelas dengan penuh debaran. Hari pertama la katakan. Aku takut dibuli, dikutuk, atau dipinggirkan sebab aku pelajar baru. Korang tentu faham kan? Ala-ala dalam drama gitu. Bila ada pelajar baru jer, diorang mesti dibuli atau dipinggirkan.

 

Sebaik sahaja aku bertapak di dalam kelas Tingkatan 5A1, aku disambut meriah oleh semua pelajar di kelasku. Aku hairan. Diorang ni peramah? Nampaknya, drama-drama tu semua bohong la? Tak semestinya pelajar baru dibuli atau dipinggirkan. Aku menghela nafas lega, dan mula menyapa diorang.

 

"Nama saya Chanhee. Lee Chanhee. Nice to meet you guys!" aku memperkenalkan diri ku. Kemudian, diorang juga memperkenalkan diri masing-masing. Ramai sangat, tapi aku hanya ingat beberapa nama yang mudah disebut. Bang Minsoo, Ahn Daniel, Yoo Changhyun dan Choi Jonghyun.

 

Sedang kitorang sibuk berbual, aku tengok ada seorang lagi pelajar yang duduk berseorangan kat tempat duduk belakang sekali. Dia sedang baca buku. Dan nampak macam khusyuk sangat. Aku perasan, sejak aku masuk ke kelas ni tadi, dia langsung tak peduli pasal aku sedangkan pelajar-pelajar lain sibuk menyapa aku.

 

"Siapa nama dia tu?" soal aku kepada Minsoo, sambil menunding ke arah pelajar lelaki yang duduk di hujung tu.

 

"Siapa?" Minsoo berpaling ke arah yang aku tunjuk tadi. "Mana ada orang yang duduk kat situ. Kau mimpi ke?" ucap Minsoo yang berpaling ke arah aku semula.

 

"Dia ada la kat situ. Cuba korang tengok betul-betul." pinta ku lagi.

 

Dan kali ni, Changhyun, Jonghyun dan Niel pula yang tengok dan jawapan mereka juga sama. "Mana ada sesiapa kat situ. Kau ni berkhayal ke?"

 

Aku tak puas hati. Diorang ni betul ke tak nampak dia, atau diorang sengaja buat-buat tak nampak dia? Wait! Mungkin diapun pelajar baru juga dan diorang mungkin dah pinggirkan dia. Apa la. Kesian dia. Tak adil la macam ni. Diorang layan aku dengan baik, sedangkan diorang pinggirkan dia. Aku tak boleh terima.

 

Sedang aku begitu asyik dok tengok pelajar lelaki yang keseorangan tu, aku terkejut bila dia juga tengok kat aku. Aku melemparkan senyuman yang semanis-manisnya kat dia, tapi dia menjeling ke arah aku dan dia kembali membaca bukunya. Aku mengerti. Patut la diorang buat tak tau kat dia. Sombong rupanya. Dia bukan dipinggirkan diorang, tapi dia yang pinggirkan diri sendiri. Tapi takper. Aku nak juga kawan dengan dia. Entah kenapa aku tertarik dengan dia. Dia comel.

 

---------------------------

 

Loceng balik dah berbunyi. Semua pelajar termasuk kawan-kawan baru aku segera mengemas peralatan sekolah diorang dan mula beredar lepas ucap selamat tinggal kat aku. Aku pula, saja buat-buat lambat sebab aku nak temankan 'si comel' aku tu. Okey, oleh sebab aku tak tau nama dia, so aku gelarkan dia 'si comel'. [A/N: Ada yang membantah? Kalau takda, teruskan membaca^^]

 

Sesekali aku mengerling ke arah dia dan aku dapati dia still tenang dok kat tempat dia. 'Eh, dia ni taknak balik ke? Takkan dia nak tidur kat sini?' Fikirku. Kemudian, aku segera melangkah menuju ke arahnya.

 

"Hai! Rasanya kita tak berkenalan lagi, kan? Saya Lee Chanhee. Selamat berkenalan." ucapku sambil menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.

 

"Awak nampak saya?" soalnya. Dan aku rasa hairan dengan soalannya tu. Iya la, apa punya soalan la. Mesti la aku nampak dia. Aku tak buta lagi, okey?

 

"Tentu la saya nampak awak. Siapa nama awak?" soalku semula.

 

"Dah lama saya tunggu. Saya nak minta tolong dari awak."

 

'Ish budak ni! Tak reti nak jawab ke? Orang tanya nama dia, dia boleh tukar topik plak.' Aku menjuihkan bibir. "Takper la kalau awak tak nak bagitau nama awak. Saya tak kisah pun." ucapku sambil mula melangkah meninggalkannya.

 

"Nanti! Nama saya Lee Byunghun!" teriak si comel aku tu. Dan aku segera berpaling untuk tengok dia, tapi malangnya dia dah lesap. Eh, mana pergi budak ni? Dia malu kot. Takper la. Asalkan aku dah tau nama dia.

 

-----------------------

 

Beberapa hari kemudian, lepas semua pelajar pergi ke kantin, aku duduk berbual dengan si comel aku. Aku dah ajak dia keluar, tapi dia cakap dia tak boleh tinggalkan tempat dia. So, akupun duduk la di situ temankan dia, walaupun perut aku ni dah berkeroncong.

 

"Awak memang selalu datang awal ke?" soalku.

 

"Maksud awak?" soalnya.

 

"Setiap pagi saya mai, awak mesti dah ada kat tempat awak. Duduk sorang-sorang. Awak tak suka bergaul dengan rakan sekelas ke?"

 

"Saya memang selalu kat sini. Tak pernah ke mana-mana." ucapnya dengan rupa yang muram. "Sebab tu saya nak minta tolong dari awak."

 

"Tolong apa?"

 

"Tolong bebaskan saya. Dah lama saya duduk kat sini. Takda sorang pun yang boleh bebaskan saya. Saya terseksa." dia mulai menangis. Aku panik.

 

"Awak jangan la nangis. Okey, okey, saya akan tolong awak. Cakap la macam mana saya boleh tolong awak."

 

"Tolong korek lantai tempat saya berpijak ni. Awak akan tahu sebabnya nanti."

 

"Apa? Awak bergurau, ke? Nanti tak pasal-pasal saya dicop sebagai perosak harta benda awam pula. Taknak la saya."

 

"Please, Channie...hanya awak yang boleh tolong saya. Dah lama saya tunggu orang yang boleh nampak saya untuk tolong saya. Dan awak la orangnya. Please, Channie..."

 

"Awak ni dah makin mengarut la! Padan la takda siapapun yang nak kawan dengan awak. Awak ni tak betul rupanya." marahku. Entah kenapa, aku rasa seperti aku dipermain-mainkan. Korek lantai kelas? Tak pernah dibuat orang sebelum ni. Merepek! Aku segera berlari keluar dari kelas.

 

'Takda orang yang nampak dia? Apa maksud dia? Dan dia kata, aku sorang saja yang nampak dia? Apa ni?' Aku mula berfikir dan terus berfikir, sampai la aku teringatkan sesuatu. Takkan la...?

 

Aku segera kembali ke kelas, dan aku dapati dia dah takda. Maybe dia merajuk kot. Tapi dia kata, dia tak pernah ke mana-mana. Tapi sekarang dia dah takda. Pelik la dia ni.

 

--------------------------

 

Aku duduk di meja makan, sementara omma aku menghidangkan makan malam.

 

"Omma, saya nak tanya sesuatu boleh?" aku mula berbicara.

 

"Apa dia sayang? Tanya la."

 

"Betul ke saya boleh nampak hantu?"

 

Omma aku terlopong dengan pertanyaan aku tu. "Kenapa kamu tiba-tiba tanya pasal ni?"

 

"Omma kata saya pernah nampak mendiang atuk masa saya kecil dulu. Betul ke?"

 

"Ya. Kamu ada kelebihan yang orang lain takda. Kenapa? Kamu ada jumpa sesuatu kat sekolah baru kamu ke?"

 

"Saya ada sorang kawan ni. Dia ni pelik sangat. Jarang bergaul dengan pelajar-pelajar lain, suka bersendirian, dan yang paling mengejutkan saya, dia kata, saya sorang saja yang boleh nampak dia. Omma rasa dia..."

 

"Dia ada minta kamu tolong apa-apa tak?"

 

"Macam mana omma tau?"

 

"Selalunya, kamu akan nampak hantu yang perlukan pertolongan kamu saja. Macam mendiang atuk kamu dulu. Dia minta kamu sampaikan kat kami yang dia perlukan upacara penyembahan setiap tahun supaya dia tenang. Kamu ingat tak?"

 

"Ingat, omma. Jadi maksud omma, kawan saya ni memang hantu la?"

 

"Kamu yang pernah nampak dia, jadi kamu la tentukan. Apa-apa pun, omma minta kamu hati-hati. Kita taktau sama ada dia ni hantu jahat atau baik. Okey?"

 

"Nae, omma."

 

---------------------------

 

Keesokannya, sedang aku dok mencari buku kat perpustakaan sekolah, aku terdengar sesuatu yang jatuh dari rak kat belakang aku. Aku segera berpaling dan aku ternampak majalah sekolah 2 tahun yang lalu ada di atas lantai. Akupun ambil majalah tu dan duduk kat tempat duduk aku ngan kawan-kawan aku.

 

"Buku apa tu, Chanhee?" soal Changhyun.

 

"Majalah sekolah 2 tahun yang lalu." balasku ringkas sebelum aku mula menyelak helaian demi helaian.

 

'Muka surat terakhir...' Aku terkejut. Ada seseorang berbisik kat telinga aku. Aku segera memandang sekeliling, tapi takda sesiapapun.

 

"Kau kenapa?" soal Jonghyun.

 

"Takda apa la." dalihku. "Muka surat terakhir?" Aku segera menyelak helaian yang terakhir dan aku tiba di ruangan berita. Dalam banyak-banyak berita mengenai sekolah ni, aku tertarik kat satu berita ni. "Misteri Kehilangan Pelajar selepas kelas malam." Itulah tajuk beritanya.

 

Kemudian, aku mula membaca isi kandungan berita itu. Dan mataku terbeliak bila aku terbaca nama pelajar yang hilang tu...'Lee Byunghun'?! Dia hilang lepas balik dari kelas malam. Sampai sekarang, takda siapa pun tahu apa yang dah jadi kat dia. Parents diapun dah pindah ke tempat lain untuk tenangkan hati yang sedih atas kehilangan dia. Pelbagai usaha dah dibuat untuk cari dia, tapi gagal.

 

"Apa yang kau baca tu, sampai tak berkelip aku tengok." tegur Niel.

 

"Korang kenal tak budak ni?" soalku sambil menunjukkan gambar Byunghun yang ada dalam majalah tu.

 

"Dia pelajar kelas kita, tapi dia hilang 2 tahun yang lalu. Sampai sekarang, takda siapapun tau pasal dia. Berita tu dah lama, lupakan jer la." jelas Minsoo yang menyambung bacaannya semula.

 

'Apa dah jadi sebenarnya? So, dia memang...han-hantu la?' Bulu romaku mula meremang. Memang aku dah biasa nampak benda-benda macam ni, tapi itu 2 tahun yang lalu. Selama ni aku tak pernah la nampak lagi, sampai la si Byunghun ni muncul. Tiba-tiba pandangan aku mulai kabur dan...black-out...

 

--------------------

 

Eh, aku kat mana ni? Nampak macam dalam kelas aku, tapi kenapa takda sesiapapun kat sini. Aku berjalan dan terus berjalan sehingga aku tersepak sesuatu dan tersungkur di lantai.

 

"Tolong...Channie, tolong saya..."

 

Aku dengar suara yang sayu sedang minta tolong. Aku tak nampak pemilik suara tu dalam keadaan yang gelap ni. Tapi aku kenal suara tu. "Byunghun...awak kat mana?"

 

"Awak duduk atas saya..."

 

Aku tersentak. Aku duduk atas dia? Tapi aku tersungkur atas lantai. Aku tak rasapun tubuh badan manusia. Aku segera berdiri, dan entah macam mana, satu cahaya muncul dan menyuluh ke arah tempat yang aku jatuh tadi. Ia, memang lantai. Lantai mozek. Aku tersungkur atas lantai mozek tadi, tapi kenapa Byunghun kata aku jatuh atas dia? Wait, mana dia?

 

"Channie...saya kat dalam ni..." Aku ternampak Byunghun berdiri atas mozek tempat aku terjatuh tadi. Dia menunding ke arah mozek tu.

 

"Awak cakap apa ni?" soalku kehairanan.

 

"Mozek ni pernah dikupil. Awak tak perasan, ke?" soalnya.

 

Aku mengangguk bila aku dapati mozek itu seperti terangkat sedikit. Seperti pernah dikupil dan diletakkan semula. Kemudian, aku memandang Byunghun, dan aku terkejut bila dia menangis.

 

"Please, Channie...dah 2 tahun saya tak bersemadi dengan aman. Hanya awak yang boleh tolong saya." selesai bercakap, Byunghun tiba-tiba lesap.

 

Dan aku mulai sedarkan diri dari pengsan. Aku kini ada kat bilik sakit dengan dikelilingi kawan-kawan ku.

 

"Bagus la awak dah sedar!" ucap Changhyun.

 

"Apa dah jadi?" soalku.

 

"Awak pengsan kat library tadi."

 

Oh, baru aku ingat. Kemudian, aku segera berlari menuju ke kelas aku diikuti mereka berempat. Aku tolak kerusi dan meja milik Byunghun ke tepi dan ternyata, ia seperti dalam mimpi aku. Aku meminta tukang kebun sekolah untuk mengambil keluar mozek-mozek yang kelihatan terangkat itu dan dia menurut. Beberapa keping mozek dah dikeluarkan. Aku meminta tukang kebun itu mencangkul tanah yang kelihatan, sedalam yang mungkin sehinggalah kitorang terhidu sesuatu yang busuk.

 

"Bau bangkai!" teriak Niel sambil menekup hidungnya. Yang lain juga menekup hidung masing-masing.

 

----------------------------

 

Pakar forensik mengesahkan rangka manusia yang kitorang jumpa tu, memang milik Byunghun. Dia ditanam di situ hampir 2 tahun. Pihak polis pula mula menjalankan siasatan untuk mencari pembunuh Byunghun.

 

"Awak, terima kasih sebab tolong saya..." ucap Byunghun yang tiba-tiba berdiri kat sebelah aku.

 

"Sa-sama-sama..." aku cuba memberanikan diriku. "Hunnie, awak tau tak siapa pembunuh awak dan kenapa dia buat macam ni?"

 

Byunghun menggeleng. "Saya tak ingat."

 

"Habis, macam mana kita nak tangkap dia?"

 

"Tak perlu, Channie. Biar la orang tu. Saya cuma nak dikebumikan dengan cara yang betul. Itu saja. Saya tak berdendam dengan dia. Dia akan dapat balasannya nanti."

 

"Apa yang awak cakap ni? Awak boleh tenang ke tanpa tahu siapa pembunuh awak?"

 

"Thanks, Channie! Saya takkan lupa jasa baik awak. Saya dah tenang sekarang. Thanks!" ucap Byunghun sebelum dia mengucup pipiku. Aku terasa dingin bila dikucupnya. Dan bila aku menoleh, dia dah takda.

 


 

A/N: Hehe...citer ni mengarut sikit...saya dah kekurangan idea ini....semoga para pembaca puas hati dengan citer ni...jgn mrh yer...^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimmiekimmie97
#1
I like how you make [Horror Story Compilation]. Hoping you can make more horror story.
Good job aunthor-nim
LilySenangHati #2
Chapter 7: Best. Tapi kalau edit Jimin tu jadi fully perempuan lagi best nak imagine betapa ayu dan comelnya jimin jadi perempuan. Btw memang nice.
ELFlisa #3
Chapter 8: creepy tapi best...
windbubblesehun
#4
Chapter 8: Lawak.part "sama-sama Kim" hahaha anw -..- jahat gila
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 8: orang lain yg buat salah, orang lain yg kena ..
Wu_Family_EXO
#6
Chapter 8: orng lain yg salah orng lain yg kene.. x patot betul..
ayyaaaa_chan
#7
Chapter 7: SWEET <3 SOBS DAN SEDIH ;; WAAAAAAA SUKA CERITA YG NIII >< SO NICE <3
KJNYeol
#8
Chapter 7: Ashik ceritanya...
Pairing couple yg saya suka ^^
windbubblesehun
#9
Chapter 2: Seramnya; ;;; dh lah dok sesorang ni ㅠㅠㅠㅠㅠ