Reborn pt 1 (BTS - Suga & Jimin)

Horror Story Compilation*

May contained mpreg


 

Disebabkan rumah lama mereka akan diambil semula oleh tuan punya rumah, Suga dan Jimin terpaksa mencari rumah lain untuk disewa sebelum tarikh akhir tiba. Mereka diberi masa hingga hujung bulan itu untuk berpindah ke tempat lain. Suga mencadangkan agar mereka mencari di internet mengenai rumah-rumah yang boleh disewa, atau lebih baik lagi, rumah yang mampu mereka beli supaya mereka tak perlu menghadapi situasi seperti ini lagi.

 

Jimin bersetuju kerana mengikut pendapatan bulanan Suga sebagai pekerja di syarikat rakaman yang besar, mereka mampu untuk membeli rumah sendiri. Tapi apabila perkara ini dibincang dengan keluarga mereka, parents mereka membantah.

 

"Tak payah membazir duit kamu, simpan saja duit tu untuk masa depan kamu berdua. Biar mak dan ayah saja yang belikan rumah untuk kamu." tegas Pn. Park, mak kepada Jimin.

 

"Tak payah la, mak. Saya mampu beli ru..." belum sempat Suga menghabiskan ayatnya, Tn. Park pula menyampuk.

 

"Anggap saja ia hadiah perkahwinan dari kami sebab kami belum bagi hadiah untuk kamu berdua lagi." ujar Tn. Park.

 

"Dah 2 bulan kami kahwin, so ayah dah terlambat untuk bagi hadiah." ucap Jimin seperti merajuk bunyinya.

 

"Dah, abaikan saja topik ni. Yang pastinya, biar kami yang belikan rumah untuk kamu berdua, okey?" tegas Pn. Park sebelum dia beredar ke dapur untuk menyediakan makan malam.

 

Suga dan Jimin hanya mampu berpandangan sesama sendiri sebelum mengeluh. Harapan mereka untuk berdikari dihalang oleh orang tua Jimin.

 

Suga telah kematian ibu bapanya semasa dia berumur 3 tahun dan dia dihantar ke rumah anak-anak yatim selepas itu. Kemudian, Pn. Park dan Tn. Park yang masih tidak mempunyai anak telah mengambil Suga sebagai anak angkat mereka. Namun, 2 tahun kemudian, Keluarga Park dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Park Jimin. Pada mulanya, Jimin dan Suga kelihatan seperti adik-beradik sehingga la mereka dapat tahu yang mereka hanyalah adik-beradik angkat. Dan mulai dari hari itu, hubungan antara Jimin dan Suga yang pada mulanya sebagai kawan dan teman sepermainan berubah menjadi hubungan percintaan sehinggalah mereka akhirnya bersatu seperti sekarang.

 

- - - - -

 

Keesokannya, Pn. Park dan Tn. Park membawa Jimin dan Suga ke rumah yang mereka dah beli untuk pasangan itu. Jimin dan Suga terlopong melihat rumah yang terlalu besar untuk mereka yang hanya berdua.

 

"Mak tak rasa ke ini semua membazir? Kami cuma berdua, mana sesuai tinggal dalam rumah yang boleh memuatkan 100 orang." ucap Jimin lurus.

 

"Tak. Lagipun, kamu berdua takkan berdua untuk selama-lamanya, kan?" Pn. Park tersenyum.

 

"Maksud mak, kami akan berpisah? Sampai hati mak doakan macam tu." Jimin bersedih. Dia sebenarnya tak faham sangat dengan maksud maknya itu.

 

Suga hanya tertawa melihat gelagat Jimin yang kelihatan innocent itu. Lalu, dia membisikkan maksud Pn. Park ke telinga Jimin.

 

"Maksud mak, kita akan ada anak la. Tu yang kita takkan berdua dah sebab kehadiran si kecil nanti." jelas Suga, membuatkan Jimin tertunduk malu. Mukanya dah mula kemerah-merahan sebab menahan malu.

 

- - - - -

 

Seperti yang dijanjikan, cukup hujung bulan, Jimin dan Suga terpaksa berpindah keluar dari rumah lama mereka dan berpindah ke rumah baru mereka yang dihadiahkan oleh parents mereka. Pada awalnya, semuanya kelihatan normal dan mereka selesa tinggal di rumah itu. Namun, beberapa bulan kemudian Jimin mula rasa tak selesa tinggal di rumah itu.

 

"Yoongie-ah, saya rasa macam ada orang dok perhatikan kita la. Saya tak selesa." Jimin meluahkan isi hatinya yang selama ini disimpan supaya Suga tak risaukannya apabila dia keluar bekerja, tapi malam itu Jimin betul-betul tak selesa, jadi dia terpaksa juga bagitau Suga tentang itu.

 

"Bwo? Awak cakap apa ni? Siapa dok usha awak? Bagitau saya. Biar saya cungkil-cungkil biji mata dia sebab suka-suka jer usha bini orang." Suga mendakap Jimin yang duduk dalam pangkuannya. Mereka sedang menonton tv di ruang tamu.

 

"Sayapun tak tau la, Yoongie. Bila awak keluar pergi kerja, saya rasa macam tak sedap hati. Macam ada orang dalam rumah ni selain kita. Saya takut..."

 

"Apa yang awak cakap ni? Mana ada sesiapa dalam rumah ni selain kita. Jangan merepek la."

 

Jimin meleraikan pelukan Suga di tubuhnya lantas dia berdiri dari sofa dan memandang Suga. "Awak taknak percaya sudah! Kalau jadi apa-apa kat saya, awak jangan nak menyesal." Jimin beredar ke bilik mereka yang terletak di tingkat atas dengan marahnya. Dia tak sangka Suga sanggup kata dia penipu. Dia tak tipu dan dia betul-betul takut setiap kali Suga pergi kerja dan tinggal dia sendirian.

 

Pernah satu hari tu, masa dia sedang membasuh pinggan di dapur, dia dikejutkan dengan bunyi tv sedangkan sebelum dia beredar ke dapur, dia dah tutup tv. Lalu dia segera menuju ke ruang tamu dengan sangkaan Suga dah pulang, tapi bila dia tiba di situ, tv itu tak menyala pun. Dan Suga takda di situ. Bulu roma Jimin mula meremang, tapi dia cuba abaikannya dengan memikirkan semua itu mungkin khayalannya saja. Dia kembali menyambung tugasnya tadi.

 

Selain itu, Jimin juga pernah diganggu dengan suara budak menangis. Masa itu, Jimin bersendirian pada waktu malam sebab Suga terpaksa kerja lebih masa sampai esok pagi. Jimin yang tidur bersendirian segera menarik selimut dan menutupi seluruh tubuhnya. Dia menggigil ketakutan sampai dia hampir-hampir saja menangis. Susah juga untuk dia tidur, tapi dengan gambar Suga yang dipeluknya, dia teasa kehadiran Suga. Dan dengan perlahan-lahan dia mulai terlelap.

 

Dia tahu ini la jawapan dari Suga kalau dia ceritakan perkara ni pada pasangannya itu. Suga tak percayakan dia. Jimin berbaring di atas katil dan dia mulai menangis sebab Suga anggap dia penipu. Dan tiba-tiba...

 

"Arhhhhhhhhhhhhhh!!!!!" teriak Jimin selantangnya.

 

Suga yang sedang dalam perjalanan naik ke bilik mereka, segera melajukan langkahnya.

 

"Jiminnie! Jimin!" teriak Suga sebaik saja dia tiba di muka pintu biliknya. Tombol pintu cuba dipulas, namun ia berkunci. Dia mulai panik apabila jeritan Jimin masih tak berhenti.

 

"Min! Minnie-ah! Buka pintu ni! Apa dah jadi kat dalam tu? Please, jangan takutkan saya macam ni. Minnie-ah!" Suga mengetuk-ngetuk pintu bilik dengan kuat sambil cuba memulas tombol pintu itu dengan paniknya.

 

"Yoongie-ah! Tolong! Tolong saya! Tak! Saya taknak! Lepaskan saya! Jangan ganggu saya! Yoongie, tolong saya!" teriak Jimin dari dalam bilik membuatkan Suga hampir menangis sebab dia tak berdaya nak bantu pasangannya itu.

 

"Minnie, bertahan la! Saya nak pergi ambil kunci pendua." ucap Suga. Namun, belum sempat dia melangkah pergi, pintu bilik itu terbuka dengan sendirinya dan jeritan Jimin lesap begitu saja.

 

"Minnie!" Suga bergegas masuk ke dalam bilik dan dia terkejut melihat Jimin terlantar di atas lantai dengan darah di sekelilingnya. Suga segera mendapatkan Jimin lalu meribanya. Dia cuba menggerakkan Jimin berkali-kali.

 

"Minnie! Bangun la! Bangun sayang! Bangun!" namun sia-sia. Jimin masih tak sedarkan diri. Dengan tanpa membuang masa, Suga segera mendukung Jimin dengan bridal style sebelum dia bergegas keluar dari rumah dan menuju ke arah keretanya. "Minnie, jangan tinggalkan saya! Please...bertahan la..."

 

- - - - -

 

"Macam mana dengan isteri saya doktor?" soal Suga sebaik saja doktor yang merawat Jimin melangkah keluar dari bilik pembedahan.

 

"Dia tak apa-apa. Nasib baik kamu bawa dia ke sini tepat pada masanya. Kalau tak, dia mungkin tak dapat diselamatkan sebab dia kehilangan banyak darah." jelas doktor itu.

 

"Saya tak faham. Tadi kami sembang elok saja masa di ruang tamu, tapi sekarang...Kenapa dengan dia doktor?"

 

"He's in depressed and you know, stress not good for the baby, so take a good care of him. Dan kalau perkara ini terjadi sekali lagi...i'm not sure if the baby can survive. So, jaga dia baik-baik, ya?"

 

"What do you mean, doc?"

 

"Kamu tak tau? So, first time i guess." doktor itu tersenyum dan tangannya dihulurkan untuk berjabat dengan Suga. Suga menyambutnya dengan teragak-agak.

 

"Congratulation! Kamu akan jadi ayah dalam 7 bulan akan datang. Baiklah, saya minta diri dulu. Kamu boleh masuk dan lawat dia." ucap doktor itu sebelum dia menepuk bahu Suga dan beredar.

 

Suga masih terkejut dengan berita itu, sebab mereka tak merancang untuk ini lagi. Dan kini, dia terpaksa hadapinya sama ada dia suka atau tak. Dia perlahan melangkah masuk ke dalam wad Jimin dan dia terkejut bila Jimin tiba-tiba berlari ke arahnya lalu memeluknya.

 

"Yoongie! Saya takut! Saya takut sangat. Please, don't leave me again. I'm scared." ucap Jimin dengan tersedu-sedan. Jimin menangis membuatkan Suga panik.

 

"Minnie, kenapa ni? Apa dah jadi? Apa yang awak takut sangat?" soal Suga dengan penuh kerisauan. Dia tak pernah lihat Jimin seperti ini. Jimin seorang yang periang dan dia bukannya jenis yang suka menangis tanpa sebab. Dan kalau dia berkelakuan seperti ini, Suga pasti, tentu ada sesuatu yang dia betul-betul takut. Suga membalas pelukan Jimin dan mengusap-ngusap belakang Jimin sambil cuba menenangkannya. Dia dapat rasa tubuh Jimin yang menggigil.

 

"Saya dah kata ada sesuatu kat rumah tu. Tolong la percaya. Saya tak tipu." ucap Jimin bersungguh-sungguh. Tangisannya masih tak berhenti.

 

"Minnie, please stop crying. Cuba bertenang, Minnie. Doktor dah pesan yang awak tak boleh tertekan, jadi tolong la bertenang. Please, Minnie...poor the baby inside you. Please, be calm, eoh?" rayu Suga.

 

Mata Jimin terbeliak tatkala dia terdengar kata-kata Suga itu. Dia segera meleraikan pelukannya dan memandang Suga dengan pandangan yang tak percaya.

 

"A-Apa awak kata tadi? Baby? Baby apa?" soal Jimin yang dah mula tak sedap hati.

 

"You're pregnant. Don't you know?"

 

"No!" jerit Jimin sambil berundur membuatkan Suga tersentak dan mulai risaukannya.

 

"Minnie, bertenang la. Jangan histeria lagi. Please..." Suga cuba mendekati Jimin untuk memeluknya supaya Jimin boleh bertenang, tapi Jimin segera menepis tangannya dengan kasar.

 

"Tak! Ia tak mungkin! I'm not...i'm not pregnant...I'M NOT!" Jimin menghampiri Suga. Jimin kelihatan tak tentu arah. Dia memandang Suga dengan berlinangan air mata. "Please, Yoongie...tell me it's not true! Tell me that i'm not preg...argh!" belum sempat Jimin menghabiskan ayatnya perutnya mulai sakit.

 

"Minnie! Oh god! Kan saya dah minta awak bertenang? Aish, Minnie-ah~" Suga segera mendukung Jimin lalu dia membaringkan Jimin di atas katilnya semula. "Tolong la bertenang, Minnie. Saya tak sanggup nak tengok awak dalam kesakitan lagi. Please..."

 

"Yoongie, dia bukan anak kita. Please...help me to get rip of it...please..." pinta Jimin sambil dia menahan sakit. "Argh!"

 

"Apa maksud awak? Saya tak faham..."

 

"Dia bukan anak kita..." ucap Jimin sebelum dia mulai tak sedarkan diri. Suga segera melangkah keluar dari wad itu untuk mencari doktor.

 


To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimmiekimmie97
#1
I like how you make [Horror Story Compilation]. Hoping you can make more horror story.
Good job aunthor-nim
LilySenangHati #2
Chapter 7: Best. Tapi kalau edit Jimin tu jadi fully perempuan lagi best nak imagine betapa ayu dan comelnya jimin jadi perempuan. Btw memang nice.
ELFlisa #3
Chapter 8: creepy tapi best...
windbubblesehun
#4
Chapter 8: Lawak.part "sama-sama Kim" hahaha anw -..- jahat gila
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 8: orang lain yg buat salah, orang lain yg kena ..
Wu_Family_EXO
#6
Chapter 8: orng lain yg salah orng lain yg kene.. x patot betul..
ayyaaaa_chan
#7
Chapter 7: SWEET <3 SOBS DAN SEDIH ;; WAAAAAAA SUKA CERITA YG NIII >< SO NICE <3
KJNYeol
#8
Chapter 7: Ashik ceritanya...
Pairing couple yg saya suka ^^
windbubblesehun
#9
Chapter 2: Seramnya; ;;; dh lah dok sesorang ni ㅠㅠㅠㅠㅠ