The Haunted Closet (Nu'est)

Horror Story Compilation*

 

Hari ni hari minggu. Selalunya hari minggu, takda siapapun yang tinggal di asrama ni sebab diorang semua balik rumah masing-masing untuk bercuti. Dan aku plak, tinggal bersama kawan-kawan aku yang malas nak balik sebab parents diorang terlalu busy untuk jemput diorang balik. Nak naik bas, malas. Ambil masa yang lama untuk sampai. Maklum la kitorang ni tinggal jauh dari sini. So, kitorang buat keputusan nak melepak jer kat dorm ni. Lagipun, kitorang bebas nak buat apa saja, sebab warden takda. Senang cakap, dalam blok asrama ni, tinggal kitorang berempat saja.

 

Dalam sekolah ni, ada 4 blok asrama. Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D. Blok A dan Blok B berada di depan, manakala dua blok lagi di bahagian belakang. Dalam setiap blok pula, ada 7 dorm(bilik). Dorm 1, Dorm 2, Dorm 3 dan seterusnya. Kitorang sebenarnya duduk di dorm yang berlainan, tapi disebabkan hanya kami berempat saja yang tinggal, so kami berkumpul dalam satu dorm.

 

Kami melepak di tingkat bawah sekali, di bilik tv dengan harapan nak tengok tv. Tapi malangnya, takda satupun rancangan yang best. So, kami hanya bersembang kosong, sehinggalah salah seorang kawan aku, mula buka citer seram pasal sebuah dorm yang ada dalam blok ni. Aku dah mula berpeluh. Seram sejuk.

 

"Korang nak dengar citer tak?" soal Baekho.

 

"Citer apa?" soal Minhyun semula.

 

"Kalau pasal citer seram, aku tak mau. Aku takut." aku memotong cakap mereka.

 

"Kau tu memang penakut. Macam perempuan. Dah la muka pun lebih kurang perempuan." Jonghyun menyakat aku tanpa mengendahkan renungan maut aku kat dia. Dia dan kawan-kawan yang lain mula ketawakan aku. Aku menjuih.

 

"Ejek la. Tapi kalau sesuatu jadi kat korang lepas dengar citer ni, aku tak bersangkut." ucapku.

 

"Okey, ceritanya macam ni." Baekho mula membuka cerita.

 

Dua tahun yang lalu, ada seorang pelajar yang namanya Aron. Dia seorang yang pendiam. Dan entah apa silapnya, ramai pelajar tak suka dia. Diorang suka buli dia. Budak-budak yang satu dorm dengan diapun suka buli dia. Kadang-kadang diorang suka jatuhkan dia dari katilnya di tingkat atas. Kadang-kadang, diorang suka kutuk dia. Dan ada masanya, diorang suka pekena dia sehinggalah sesuatu yang tak disangka terjadi.

 

Satu hari tu, iaitu pada hari minggu, diorang pekena dia. Diorang ajak dia main hide and seek. Diorang suruh dia duduk dalam almari dan mula mengira. Dia hanya mengikut sebab dia percayakan diorang. Dan apa yang dia taktau adalah diorang mengunci pintu almari itu dari luar. Kemudian, semua pelajar tu keluar dari dorm tersebut. Diorang bermain di halaman asrama sementara menunggu ibu bapa diorang datang dan bawa diorang balik. Diorang sibuk bermain, sampai terlupa akan hal Aron yang dikunci di dalam almari.

 

"Mana Aron?" soal Pn. Kwak iaitu ibu Aron.

 

"Aron dah ikut kawan dia balik rumah diorang." jawab Chunji. Budak-budak yang pekena Aron dah balik ke rumah masing-masing, dan sebelum diorang balik, diorang suruh Chunji cakap kat parents Aron yang Aron balik dengan diorang. So, itulah yang Chunji cakap.

 

"Dia ikut kawan dia balik? Kenapa dia tak cakap pun?" Tn. Kwak kehairanan.

 

"Maybe dia lupa. Okey la, uncle, aunty. Mak sayapun dah sampai tu. Saya balik dulu." ucap Chunji sebelum dia beredar.

 

"Akhirnya, dia dapat juga kawan." ucap Pn. Kwak sambil tersenyum.

 

"Mari kita balik." ajak Tn. Kwak. Dan mereka pun pulang dengan tanggapan Aron sedang berseronok habiskan cuti seminggu dengan kawan-kawannya.

 

Seminggu kemudian...

Semua pelajar kembali ke asrama. Dan mereka terkejut apabila mendapati Aron dah tak bernyawa dengan mukanya yang kebiru-biruan seolah-olah lemas. Ya, Aron meninggal disebabkan dia ada penyakit asma dan masa budak-budak tu kurung dia, ubat penyedut dia takda bersama dia. So, inilah akibatnya.

 

Dan mulai dari hari itu, semua pelajar yang menggunakan almari tu, akan diganggu oleh 'sesuatu' yang dianggap sebagai 'roh' Aron. Dan semua pelajar yang pernah 'diganggu' akan ditemui mati pada keesokan harinya. Cara mereka mati sama seperti cara Aron mati iaitu lemas seolah-olah pernafasan mereka disekat dan muka mereka kebiru-biruan.

 

"Dan dengar kata, sampai sekarang roh Aron tu masih lagi mencari mangsanya. Sesiapa yang guna almari dia, akan dibunuh." jelas Baekho.

 

Aku mulai menggigil. Minhyun dan Jonghyun pun nampaknya sama macam aku. Muka diorang pucat. Dan yang paling menakutkan kitorang adalah, menurut Baekho kejadian tu berlaku kat blok ni, di dorm aku.

 

"So, diorang patut buang almari tu atau bakarkannya. Baru roh dia bebas dan takkan ganggu sesiapa lagi." ucap aku yang baru berani nak bersuara.

 

"Diorang dah buang, tapi ia muncul balik di tempat asalnya. Bakarpun tak jadi apa, bila ia kembali elok dan muncul semula di tempat asalnya." jawapan Baekho tu buat bulu roma kitorang lagi meremang.

 

So, maknanya almari tu masih ada dalam dorm aku la. Aku mula takut nak kembali ke dorm aku semula.

 

"Dan korang nak tau apa orang kata lagi?" soal Baekho.

 

"Apa dia?" soal kitorang serentak.

 

"Sebenarnya, cerita tu..."

 

"Sebenarnya apa?"

 

"Sebenarnya cerita tu..." Baekho memandang kitorang satu-persatu sebelum dia ketawa. Kitorang saling berpandangan. "Korang percaya? Itu semua tipu la!" Baekho gelak sampai terguling-guling.

 

Kitorang ada rasa nak marah dan terajang dia sebab takutkan kitorang, tapi lain pula yang kitorang buat. Kitorang tersenyum lega sebab semuanya hanya cerita semata-mata.

 

Aku menguap untuk kesekian kalinya sebelum aku segera beredar menuju ke dorm aku yang terletak di tingkat atas. Diorang bertiga dah tertidur kat depan tv, tapi aku tak boleh terlelap kat tempat lain selain dari tempat yang aku biasa tidur. So, aku beranikan diri kembali ke dorm sedirian. Aku tak takut sebab cerita Baekho tadi hanyalah cerita dan bukannya realiti...kan?

 


 

A/N: Sorry, citer ni tak la seram langsung...saya tak pandai la nak buat seram2 sangat sebab saya ni penakut...dan ini mungkin citer seram saya yg 1st dan last...tp kalau ada yang nak saya update citer len, komen jer... :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimmiekimmie97
#1
I like how you make [Horror Story Compilation]. Hoping you can make more horror story.
Good job aunthor-nim
LilySenangHati #2
Chapter 7: Best. Tapi kalau edit Jimin tu jadi fully perempuan lagi best nak imagine betapa ayu dan comelnya jimin jadi perempuan. Btw memang nice.
ELFlisa #3
Chapter 8: creepy tapi best...
windbubblesehun
#4
Chapter 8: Lawak.part "sama-sama Kim" hahaha anw -..- jahat gila
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 8: orang lain yg buat salah, orang lain yg kena ..
Wu_Family_EXO
#6
Chapter 8: orng lain yg salah orng lain yg kene.. x patot betul..
ayyaaaa_chan
#7
Chapter 7: SWEET <3 SOBS DAN SEDIH ;; WAAAAAAA SUKA CERITA YG NIII >< SO NICE <3
KJNYeol
#8
Chapter 7: Ashik ceritanya...
Pairing couple yg saya suka ^^
windbubblesehun
#9
Chapter 2: Seramnya; ;;; dh lah dok sesorang ni ㅠㅠㅠㅠㅠ