Jadikan Aku Yang Terakhir

Antologi Cerpen Hazzie
Please Subscribe to read the full chapter

Wajahnya telah lama aku cuba untuk buang dari ingatanku. Hilai tawanya sudah lama aku cuba untuk melupakannya. Tapi, semua itu seakan sia-sia apabila semuanya kembali menghantui hidupku. Dirinya sekali lagi bertandang dalam hidup aku yang mana aku fikir aku sudah aman dari lelaki bernama Khairul Husaini.

Hari – hari yang aku habiskan waktu bersamanya merupakan hari yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila. Dia datang tidak disangka-sangka memberikan aku harapan bahagia atau mungkin cuma aku sahaja yang beria dengan segala perhatian yang dia berikan selama aku menjadi sahabatnya. Sahabat cuma sahabat, tidak lebih dari itu. Sekali lelaki itu menyatakan bahawa engkau cuma sahabat, jangan sesekali menaruh hati atau hatimu akan terseksa.

Tiba-tiba muncul seorang perempuan. Hawa namanya, perempuan yang sangat dia cintai. Lebih cantik dan sopan orangnya, jika nak dibandingkan dengan aku yang entah apa-apa ini. Berpakaian perempuan berperangai seperti lelaki.  Lantas sekelip mata dia pergi tidak dipinta membuatkan aku yang belum bersedia hidup tanpa aturan dirinya terpinga-pinga. Duniaku menjadi gelap seketika. Perjalanan hidupku sepanjang tahun 2 dan 3 di UNITEC penuh dengan sandiwara. Aku berpura-pura tidak sakit apabila dia bersayang-abang dengan Hawa. Aku tahu apa yang mereka lakukan saat itu salah. Menyerahkan cinta sebelum nikah. Bersentuhan tangan, melagakan pipi dan bertukar ciuman itu semua haram tapi aku biarkan tanpa menegur. Aku pura-pura buta dan tuli kerana jauh dalam sudut hati aku juga ingin begitu.

Bodohnya aku. Jahilnya aku. Aku seolah-olah tidak percaya kepada yang namanya jodoh. Sepatutnya aku paksa hati aku untuk melupakan dia. Buang diri dan ingatan aku pasal dia walaupun sakit. Saban hari aku cuma boleh memandangnya dari jauh dan berfikir. Kenapa engkau tidak perasan akan kehadiranku selama ini. Mungkin engkau bukan jodohku. Saat itu barulah aku kembali mencari pemilik hati aku yang sebenar. Allah S.W.T. Aku cuba sedaya aku untuk memenuhkan hati aku dengan ingatanku kepada Allahu Rabbi. Tahun 3 pengajian aku di UNITEC sudah menjangkau semester kedua. Di saat ini, aku dan rakan-rakan sekelasku sibuk menyiapkan projek sarjana muda. Di saat itu juga, ada jejaka datang menagih cinta aku. Khairul Irfan namanya. Pelajar Sarjana tahun akhir dalam bidang Medical Elektronik.

Aku sengaja memanggilnya Khairul walaupun dia meminta untuk dipanggil Irfan. Aku merasakan bahawa aku bersama dengan Khairul apabila aku memanggil Irfan dengan panggilan Khairul. Aku berkompromi dengan cintanya. Akhirnya aku mengalah kerana dia sangat bersungguh-sungguh menagih cinta aku. Aku bertunang dan bernikah dengannya. Di mata orang kami bahagia, di mata kami cuma lakonan semata.

Dari sini kisah aku bermula. Dari sini aku mula mengenal dan mengetahui segala rahsia. Setelah 3 bulan aku menjadi isterinya, aku nekad untuk memberikan sepenuh perhatian dan hatiku buatnya namun dia dengan tiba-tiba menolak hajatku dengan lembut. Rupa-rupanya dia telah lama menghidap penyakit dan rasa bersalah kerana tidak memberitahu aku hal sebenar. Penyakit keturunan katanya. Patutlah selama ini dia tidak pernah menyentuh aku. Tidak pula marah apabila aku menolak apabila dia ajak untuk bersama. Dia cuma senyum dan berkata, “Takpe, abang faham. Izzah tak sedia lagi.”

Hari ini genap 16 minggu aku bersamanya sebagai seorang isteri. Genap dua minggu juga aku di hospital menemani dirinya yang terlantar. Tangannya yang kurus yang sebelum ini aku pegang tanpa kasih sayang, kini aku pegang erat dengan penuh sayang. Tidak adil sekiranya aku tidak pernah menyayangi dirinya, suamiku. Aku kucup tangannya. Aku elus rambutnya dan kucup dahinya. Aku takut jika sampai waktu aku tidak mampu untuk melakukannya lagi.

“Izzah, terima kasih sebab sudi bersama abang walaupun cuma untuk seketika.” Katanya setelah aku selesai menunaikan solat Tahajjud. Jam tepat menunjukkan pukul 4 pagi.

Suasana menjadi hening seketika. Ruangan wad 7B bilik 3, Hospital Besar menjadi nyaman. “Abang nak request satu surah boleh?”

Aku tersenyum dan mengangguk. “Abang nak dengar surah apa?”

Aku melipat telekung dan sejadah dan menyangkut di kerusi bersebelahan katil tempat terbaringnya suami aku.

“Abang nak dengar sayang baca surah Ar-Rahman.” Lemah dia menjawab.

Aku terus mencapai telefon pintar milikku dan aku mencari aplikasi Al-Quran. Surah Ar-Rahman terpapar. Tangan kanannya mengenggam erat tangan kiriku selama aku membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

“Allah dah makbulkan permintaan abang.” Dia berkata setelah aku selesai membacakan surah Ar-Rahman dan tersenyum. “Abang nak isteri yang kalau dia nyanyi suaranya sedap. Kalau dia baca quran suara dia sedap dan abang tenang bila dengar.”

“Abang, terima kasih sebab sanggup tunggu Izzah. Izzah tahu Izzah salah, Izzah tidak hargai abang. Izzah harapkan cinta orang lain selain abang.” Aku menggenggam erat tangannya. Air mata aku mengalir jatuh ke pipi.

“Abang dah lama maafkan. Abang tak pernah berkecil hati pun dengan Izzah sebab walaupun Izzah tak dapat lupakan dia Izzah masih berusaha berikan yang terbaik untuk abang.” Aku merehatkan kepalaku di bahunya. Tangan aku berusaha untuk mendakap tubuhnya dalam posisi tubuhku duduk di sampingnya.

“Izzah, Abang nak pesan satu benda kat Izzah.” Tutur suamiku lemah. Bibir pucatnya masih lagi berusaha mengukir senyuman semanisnya. “Jangan kita terlampau berusaha untuk tidak menyakiti hati orang lain. Belajarlah jujur dengan hati sendiri. Kadang-kadangkan Izzah, orang lain belum tentu terfikir untuk menjaga dan tidak menyakiti hati kita.” Pesanan itu aku telan dalam diam, cuba memahami makna tersirat di dalam ucapan dari suamiku yang sangat aku cintai. Hari berlalu, suamiku semakin melemah.

Rupa-rupanya episod Khairul Husaini belum berakhir dari hidup aku. Sekali lagi dia muncul di dalam hidup aku. Keluarga aku dan keluarga Irfan tiba. Begitu juga dengan keluarga Khairul. Semuanya seperti dirancang tapi aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Khairul baru sahaja melangkah keluar dari bilik suamiku. Langsung aku tidak pandang wajahnya. Aku menghampiri katil suami aku. Dia senyum memandang aku. Aku tersenyum kembali. “Hutang Izzah dengan abang dah langsai.” Dia tiba-tiba berkata.

“Apa maksud abang?” aku bertanya. Tangannya aku pegang kemas. Dia melepaskan tangannya dari peganganku.

“Izzah, masa abang dah tak lama. Abang nak Izzah bahagia. Abang belum sentuh Izzah jadi Izzah layak untuk bersama dengan mana-mana lelaki yang lain. Hari ini abang nak bebaskan Izzah. Izzah, abang ceraikan Izzah dengan talak satu.”

Mataku membulat. Nafasku tertahan-tahan. Air mataku mencurah laju. Perlahan kepala aku menggeleng. “Janji dengan abang, Izzah akan terima Khairul dalam hidup Izzah. Dengan pernikahan Izzah dengan Khairul, hutang abang dengan Izzah akan langsai. Abang tahu, Abang cuma bayangan dia. Izzah masih sayangkan dia. Izzah masih cintakan dia. Cinta dan sayang ni jangan kompromi. Ingat pesan Abang, jangan berusaha jaga hati orang, jaga hati Izzah dulu.” Tidak kusangka cerainya aku oleh Khairul Irfan disaksikan oleh Khairul Hussaini, lelaki yang tidak pernah kuduga akan muncul di hari penuh bersejarah.

Saat dia menghembuskan nafas terakhir aku tidak dapat mencium dahinya kerana kami bukan lagi suami isteri. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati aku saat itu. Aku hanya mampu menangis dan menangis. Aku melihat tubuhnya dibawa pergi ke kubur. Air mata masih lagi mengalir, sedih. Kecewa kerana tidak berbakti sehabis baik kepadanya saat dia masih hidup. Ya Allah, ampunkanlah dosanya. Tempatkanlah dia dalam kalangan orang yang beriman.

*****

Khairul Husaini memegang tangan Baba dan melafazkan akad, “Aku terima nikahnya Izzah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet