Aku Bukan Azzahra

Antologi Cerpen Hazzie
Please Subscribe to read the full chapter

Khaliesa Azzahra yang dari tadi asyik menikmati minuman sejuk yang dihidangkan pelayan restoran di pelabuhan ditegur seseorang dari belakang. Dia menekan butang berhenti pada klip audio yang bernombor 23 itu. Fon telinga ditanggalkan sebelah. Aliya Amaani, rakan serumah sewanya datang melabuhkan duduk di hadapan Khaliesa. Mata mereka bertentangan. Walaupun baru genap dua bulan mereka berkenalan dan tinggal serumah, keakraban mereka itu semacam sudah bersama belasan tahun.

“Asal kau berminat sangat dengan si duda tu?” soal Aliya setelah selesai membuat pesanan kepada pelayan restoran itu. Khaliesa Azzahra tersenyum nipis. Soalan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana dia harus menjawab. Kalau dijawab tidak tahu mungkin dia akan diketawakan Aliya.

Lama Khaliesa mendiamkan soalan Aliya. Mujurlah Aliya bukan pendesak. Aliya sejenis manusia yang santai dan bersahaja. “Kau percaya tak kalau aku cakap yang aku rasa macam aku kenal dia?” soal Khaliesa serius. Matanya masih lagi tertumpu ke arah si duda kaya yang sedang membersihkan kapal cruise itu.

“Percaya. Sebab mungkin lelaki tu kawan masa sekolah kau dulu ke, kawan masa zaman universiti kau ke kan?” balas Aliya yakin. Air jus buah oren selamat dihidangkan di hadapan Aliya. “Terima kasih.” Ucap Aliya ringkas sebelum sambung, “Kau kenal ke dia sapa? I mean setiap hari minggu kau mesti akan termenung kat sini tengok aktiviti si duda tu, which aku rasa aku akan bosan. Ye la, setiap minggu dia cuci kapal cruise dia yang aku rasa tak perlu cuci pun. Bukan dia pakai pegi belayar mana-mana pun.”

“Izzat Hussaini.” Kata Khaliesa tiba-tiba. “Nama dia Izzat Hussaini.”

“Wow. So memang betul la korang dua ni kawan?” soal Aliya kagum. Ternyata kawan serumahnya ini kenal dengan si jutawan muda itu.

“Aku kenal dia tapi dia tak kenal aku.” Jawab Khaliesa.

“Ceh, ingatkan dia kenal kau jugak.” Aliya berseloroh hampa.

“Bila aku tengok dia, aku faham rasa sedih dia, rasa kehilangan dia.”

“Hmm, yelah.” riak Aliya turut berubah sugul. Cerita Khaliesa tentang perpisahan antara dia dengan bakal suaminya itu sudah Aliya sedia maklum. Perpisahan melalui kematian. Tunang Khaliesa yang menghidap barah otak telah meninggal dua bulan lalu. Perpisahan itu juga yang membawa Khaliesa ke sini. Perpisahan itu juga yang membawa Khaliesa bertemu dengan Izzat Hussaini.

*****

Khaliesa masih lagi di situ. Menikmati jus epal kegemarannya di restoran di pelabuhan. Klip-klip audio yang Khaliesa ulang dengar dan tidak pernah jemu. Sesekali dia tersenyum, ketawa dan menitiskan air mata. Klip-klip audio itu yang menjadi peneman dirinya di hari minggu. Klip-klip audio itu yang menenaminya di kala dia khusyuk memerhatikan Izzat Hussaini.

“Dia suka makan ayam. Tak kisahlah ayam apa pun. Tapi dia paling suka ayam goreng.” Suara-suara di klip audio itu kedengaran di corong fon telinga. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup pada petang itu sangat menyamankan. Tudung labuh kuning cair yang dipakainya itu dipegang supaya tidak terbang ditiup angin. “Dia ni sangat pembersih. Setiap kali lepas mandi mesti dia akan bersihkan sekali bilik air. Sehari dua tiga kali dia kemas bilik tidur.” Khaliesa mengangguk. “Dia sangat bencikan lipas. Hahaha...” suara itu ketawa kecil. Khaliesa turut ketawa kecil. “Silap-silap meja makan pun dia panjat. Pernah sekali ada lipas di dalam bilik kami, meja solek aku dipanjatnya. Hahaha...” pecah ketawa Khaliesa.

Asyik Khaliesa mendengar klip audio di dalam telefonnya itu sampaikan bila Izzat Hussaini hilang dari pandangannya juga dia tidak sedar. Tiada sesiapa di kapal cruise itu. ‘Mungkin dah balik rumah kot. Dah lewat dah ni kan.’ Khaliesa memberi tahu dirinya. Matahari senja mula menyuluh cahaya jingganya ke serata pelosok kawasan pelabuhan itu. Pekerja restoran di pelabuhan itu mula menghidupkan lampu menandakan Maghrib menjelang tiba dan sudah tiba masanya Khaliesa pulang ke rumahnya.

*****

“Khaliesa Azzahra!” laung seseorang dari belakang Izzat Hussaini. Langkahnya terhenti saat nama itu bergema di gegendang telinganya. Lantas kepalanya ditoleh ke arah mana datangnya suara itu. Seorang gadis genit berkulit cerah berpakaian kasual dan bertudung hijau labuh ke dada itu berlari anak melepasi dirinya ke arah seorang gadis berkulit cerah bertudung kuning.

“Ya Allah Aliya Amaani, kau dah kenapa? Jerit macam orang nampak hantu ni.” marah gadis yang dipanggil Khaliesa Azzahra itu. “Aku call kau tak jawab, dah tu boleh pulak terjerit-jerit macam orang hilang akal.”

“Weyh, ada orang cari kau kat rumah.” Nafas gadis yang dipanggil Aliya Amaani tercungap-cungap.

“Ya Allah, kau boleh je kan call aku. Tak payah datang sini pun.” Khaliesa menggeleng kepalanya berkali-kali. Tidak percaya akan ketidakwarasan rakannya yang sanggup ke pelabuhan ini semata-mata mahu memberitahu ada orang yang mencarinya.

“Phone aku mati plus aku tak hafal lagi nombor kau. Aku yakin kau ada kat sini thats why aku cari kau kat sini.” jelas Aliya masih lagi tercungap-cungap. Aliya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan nafasnya. Menenangkan dirinya dan cuba menstabilkan pernafasannya. “Lekaslah. Balik rumah cepat.” Aliya menarik tangan Khaliesa dan mengheret Khaliesa meninggalkan pelabuhan itu. Semasa mereka berdua berselisih dengan Izzat Hussaini yang dari tadi masih lagi berdiri di atas titi kayu sebesar jalan raya itu, nama Khaliesa Azzahra diseru Izzat.

“Khaliesa Azzahra.” Langkah kedua-dua gadis itu terhenti. Riak wajah kedua-dua gadis itu berubah terkejut. “Nama kamu Khaliesa Azzahra?” soal Izzat Hussaini kepada gadis itu. Gadis bertudung kuning itu lambat-lambat mengangguk.  “Cantik nama tu.” Khaliesa dan Aliya bertukar pandangan sebelum kembali memandang lelaki itu kembali.

“Saya minta diri dulu.” Izzat meminta diri tetapi Khaliesa menghentikan langkahnya dengan bertanya, “Nama kamu siapa?” Aliya menoleh ke arah Khaliesa dengan seribu satu persoalan di dalam mindanya. ‘Mak cik ni bukan ke dah tau nama lelaki tu asal tanya lagi?’

“Izzat. Izzat Hussaini.” Izzat berlalu pergi.

“Woi mak cik, kau bukan ke dah tau nama dia, asal tanya lagi?”

Khaliesa menggoyangkan bahunya dan menapak pergi meninggalkan Aliya yang masih terpinga-pinga di situ. “Hoi, tunggulah!” Aliya mengejar Khaliesa.

*****

Izzat Hussaini menutup album perkahwinannya. Wajah manis isterinya bermain di fikirannya. Khaliesa Azzahra. Sejak akhir-akhir ini dia kerap mimpikan almarhumah isterinya. Sejak dia bertemu empat mata dengan seorang lagi Khaliesa Azzahra, dia menjadi tidak keruan. Sejak dia mula menghabiskan masanya di pelabuhan berbual dengan Khaliesa Azzahra, dia sering teringatkan almarhumah isterinya. Kenapa Khaliesa Azzahra yang ini begitu mirip sekali dengan almarhumah isterinya? Cara berbual, senyuman dan ketawa Khaliesa Azzahra ini

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet